Isnin, 21 Disember 2015

Breadmaker dan saya

Assalamu'alaykum, lamanya tak mengupdate blog, malasnya yaAllah hai..terlalu banyak yang nak diceritakan, tetapi malas tu lagi banyak, so malas lah yang menang, maaflah kalau ada yang tertunggu tunggu tentang perkembangan saya ni..tak sangka pulak blog yang huduh ni ada yang rajin dok jadi tukang baca.. email pun jarang jarang saya buka, sekali buka ehhhh.. Ada yang bertanyakan tentang saya..tentang penyakit arthritis saya ni..tak kurang juga yang nak tahu tentang arthritis sebab baru terjebak dengan penyakit tu.. eh betul ker terjebak.. macam salah word jer..

Maaf sangat sangat kalau ada email yang belum saya reply, saya bukan sombong ker, hidung tinggi atau takdak hidung ker apa.. cuma bila umur dah meningkat ni nak belek phone lama-lama pun dah tak boleh sangat.. Peninglah, meloyalah.. Pandangan mata jadi kembang, kelabu.. macam macam.. satu demi satu nikmat hidup yang Allah tarik balik.. tapi takpa, syukur sangat sebab masih bernafas, masih boleh jalan, masih boleh drive. Alhamdulillah wasyukrurillah 'ala ni'matillah.. Maka, Nikmat Tuhan yang mana yang nak saya dustakan kan?

Entri kali ni saya nak cerita tentang tajuk kat atas tuu...tapi muqaddimah dah jadi panjang lebar.. hairan sungguh, saya memang tak reti cerita pendek-pendek macam orang lain..kalau cerita mesti jadi panjang.. hehe.. kalau komen kat fb pun sama, asal komen jer..panjang lebar..tu malas nak komen tuh...

Breadmaker.. itulah tajuk hari ni..saya ni tak pandai buat roti..tak ada perasan minat pun nak buat sebelum ni, Bukan setakat tak pandai dan tak minat, tangan ni memang tak mampu nak menguli.. nak pakai baju sendiri pun kadang-kadang terkial kial, nak buka tudung botol pun kadang kadang tak mampu..kalau boleh buka pun mesti dengan susah payah..inikan pulak nak menguli roti..setakat doh pizza tu lepaslah saya nak buat..sebab tak payah uli teruk teruk kan, gaul ala kadar jer..dah siap.

Saya sendiri pun sebelum ni tak pernah ada keinginan nak buat roti walaupun saya dan anak anak penggemar roti..apa susah..nak makan beli lah kan..macam tu lah saya fikir dulu..tapi itulah, manusia berubah kan..macam tu lah saya.  Sejak sebulan ni punyalah teringin nak buat roti..teringin sungguh sungguh, macam mana kuat perasaan teringin nak buat tu, macam tu jugak lah perasaan teringin nak memiliki breadmaker.. Iyalah dah tangan tak kuat menguli kan..nak buat roti dah tentu tentu kena ada bm. sebulan saya punya menggugel.. Nak cari bm apa yang ok, dah tentulah saya cari yang murah dan mampu milik, nak cari yang mahal tak mampu pulak saya, takpalah murah pun,  janji ada..Alamak makin menggugel makin berkobar kobar semangat saya nak beli bm, bestnya tengok feedback blogger lain tentang mudahnya buat roti guna bm.. Macam nak kena beli hari ni jugak ler..tak boleh tangguh tangguh dah...huhu...

Hari ni saya ada appointment kat gynae.. nantilah entri lain saya cerita kenapa saya perlu pergi gynae.. Panjang ceritanya.. kalau cerita sekarang nanti jadi novel pulak entri ni..kehkehkeh. Balik dari gynae ni kalau masih ada kudrat yang tersisa saya nak terus pi cari breadmaker idaman hati..harap harap petang ni breadmaker tu dapat ikut saya balik sekali..aamiin3x.

Ok cukup dulu entri kali ni..nak siap siap dah ni..nanti lambat pulak.. Dahlah jauh gyane tu..kat pulau nuu..sebelum tuu hangpa semua perasan tak entri ni..saya dah guna saya sebagai ganti nama diri.. bukan lagi aku.. sopankan? kaan..heee..anak sapalah niii..Harap harap bertahan lah saya tuu.. tak biasa sebenarnya. Rasa janggal sangat, tapi takpa pelan-pelan belajar..nak jadi sopan kann..hehe, dah tua-tua baru nak sopan.. ekekekeke..
Ok.. Maassalama...


Sabtu, 29 Ogos 2015

Mak, kak dah datang



Assalamu'alaykum semua,

Hmm malas betul sebenarnya update blog guna henpon ni, letih merenung tambahan pulak aku kerap sakit kepala sekarang ni, mungkin sebab cuaca pun tak elok, jerebu kuat kat luar tu, kadang kadang sampai redup macam nak hujan, tapi tak hujan pun..gelap sebab jerebu saja.

Kemarin Jumaat, rutin aku setiap jumaat pergi jumpa mak, ziarah kubur dia..ni sebab eksiden bulan lepas, dah sebulan aku tak dapat pergi jumpa mak, takde transport, kereta masih belum siap, bukan saja kekubur, kemana pun aku tak dapat pergi..kelas mengaji pun kena stop sementara. Mujur ustaz faham.

Kebetulan pulak, kemarin Zul balik keja awal, dapat lah dia pergi ambik adik kat asrama naik wira buruk tu, alhamdulillah jalan perlahan lahan selamat jugak sampai dengan kereta tu pun, jadi lepas balik ambik adik aku ajak la dia pergi kubur mak, mak mesti dah lama tunggu, hairan kenapa aku lama tak datang.

Wira buruk yang banyak berjasa..


Kubur Tok dan Mak, terubat rindu bila mai sini,
rasa seolah depa memang menunggu kedatangan aku.


Lepas balik dari kubur, aku singgah sat kat rumah mak sebab ingat nak tengok Fatihah, Ibu dia bawak dia pergi sunat, tak balik lagi rupanya, takdak orang pun kat rumah, Jadi aku tengok-tengok pokok pokok peninggalan mak sajalah. Banyak lagi sebenarnya pokok pokok dia, tapi aku snap yang ni saja.

Pokok-pokok bunga mak yang tak terjaga bila mak dah takdak,
terbayang wajah mak bila aku tengok pokok-pokok ni.

Sejak mak takde rumah ni nampak sangat Usang, tak
berseri macam masa mak ada dulu.
Fatihah masa kat klinik sunat, nangis sekejap saja
IBu dia kata.




Sampai kat sini dulu..semoga anak anak menakan aku membesar menjadi anak anak yang solehah dan menjadi panawar dan penyejuk hati semua orang.
semoga mak dan tok bahagia di Sana, kak sentiasa rindukan mak dan tok. Mak tunggu ya, satu hari nanti kak juga akan menyusul. InsyaAllah kita akan bertemu lagi.

Khamis, 27 Ogos 2015

Sanah Helwah Fatihah

Assalamu'alaykum semua,

Hari ni dah cukup setahun umur Fatihah, YaAllah, YaAllah, YaAllah, cepat sungguh YaAllah masa berlalu, rasa macam segala-galanya baru sangat. Teringat emak sangat ceria dan cergas masa jaga cucu last dia ni.. masa jaga adik ipar aku dalam pantang. Rupanya dia nak tinggalkan kenangan yang sangat manis untuk kami anak anak kenang sepanjang hayat kami kat dunia ni.

Kesian Fatihah.. dia membesar tanpa sempat mengenal tok yang sangat sayangkan dia, tok yang semua orang sangat menyenanginya.. tok yang semua orang sayangkan dia. Semoga Fatihah membesar menjadi anak yang solehah menjadi penawar mata dan penyejuk hati semua. Mak selalu doakan agar Fatihah dan kakak kakak Fatihah akan menjadi anak yang berjaya duniawi dan ukhrawi. Mak sayang semua anak anak menakan mak dari dunia sampai akhirat. Sanah Helwah Fatihah.



Selasa, 25 Ogos 2015

Makcik

Assalamu'alaykum semua,

Makcik dah takda, 13 ogos baru ni, tapi baru hari ni teringat nak update blog, Makcik ni asalnya stray, tapi lepas beranak kat Muezza dia terus menetap kat rumah ni..sepanjang hidup dia, dia memang tak pernah sihat. Sentiasa selsema yang agak teruk jugak. Aku tak perasan pun yang makcik dah nazak, cuma perasan dia tak makan tengah hari tu. Tidur ja macam dah tak larat sangat, lepas tu kat dia bau busuk semacam.
Masa maghrib tu lepas solat aku berdoa kat tuhan, bukan sebab aku nak dia pendek umur tapi aku tak nak dia tersiksa lebih lama. Lagi pulak aku pun tak sihat nak kelola itu dan ini..aku doa aku cakap kalau memang makcik boleh sembuh, sembuhkanlah dia dengan segera, tapi kalau tak boleh, Aku minta Allah permudahkan dia supaya dia tak tersiksa lebih lama. Tak sangka doaku dimakbulkan. Bangun pagi esok aku tengok Makcik dah takdak..sayu jugak rasa hati.. Tapi aku tau memang itu yang terbaik untuk dia dan aku.

Malam Makcik pergi tu malam khamis, malam yang sama juga aku mimpi mak. Dalam mimpi tu kami masih kat rumah lama dulu, kat Sungai Baong, YaAllah, terubat rindu kat rumah tu walaupun hanya nampak dalam mimpi. Nampak sah almari usang kat ruang tamu kecik tu, dengan bawah rumah tempat kami tidur dan pintu menuju kedapur..Indahnya waktu itu.. ada mak, ada tok, aku ada semuanya..hanya Allah yang maha mengetahui, masa berlalu.. Semua tu takkan kembali lagi.. Tapi
masih segar hidup dalam hati aku.
Terima kasih Allah kerana hadirkan mimpi itu walau hanya sekejap cuma..

Aku masih tertanya-tanya, kenapa aku mimpi mak malam Makcik mati tu, apa hubung kaitnya, sedangkan aku ni memang susah nak mimpi.. Lagi lagi dekat mak, walaupun hakikatnya aku sangat rindu.. Persoalan yang memang tiada jawapannya..





Ni gambar terakhir Makcik, damailah Makcik disana..setakat ni saja yang kakak mampu untuk jaga makcik, Sampai kita bertemu lagi satu hari nanti, hmm kesian Muezza dah senasib dengan kakak. Tiada ibu untuk bermanja.

Rabu, 8 Julai 2015

Kakak rindu Nano

Bismillahirrohmanirrohim,

Ini Nano, Anak Awan. Nano ni manja sangat, memang dia kesayangan aku dan mak..tapi Nano dah hilang, dia tak pernah keluar rumah pergi jauh..Selalu kalau dia keluar, tak pernah lama, main tepi rumah saja, sekejap saja nanti dia balik.



Nano, Kakak rindu Nano sangat sangat.. Dulu masa toklang baru saja pergi tinggalkan kakak, Nano la pengubat rindu kakak kat toklang, sebab tu kakak sayang sangat kat Nano, dari baby sampai umur Sebulan lebih Nano duduk atas katil dengan toklang, masa 2 3 hari sebelum toklang nak tinggalkan kita pun, toklang dukung Nano, Nano ingat tak lagi? Toklang dukung dan bagitau toklang sayang Nano dan kesian dekat Nano sebab toklang terlanggar kaki Nano dengan Wheel chair, Nano pergi mana,  tiba tiba saja hilang. Nano bukan biasa keluar main jauh jauh..Nano manja sangat dengan kakak, mustahil Nano nak tinggalkan kakak..Kalau Nano masih hidup kakak harap satu hari nanti Nano balik. Kalau Nano tak dapat balik sebab Nano kena kurung, kakak doakan satu hari nanti Nano terlepas dari kurungan tu..tapi kalau memang Nano dah takda kat dunia ni, kakak minta maaf sebab tak jaga Nano dengan baik sampai Nano hilang dan mati kat luar waktu Nano tengah manja dan sihat sangat..sampai hari ni.kakak rindu Nano.. semoga dekat negeri akhirat nanti kakak dapat bertemu semula dengan Nano.

Walaupun sedih tapi kakak terima semua takdir tuhan ni Nano, pasti ada hikmah tersembunyi yang kakak tak tahu..satu demi satu kucing kakak hilang. Semoga Nano bahagia walau kat mana pun Nano berada.

Sabtu, 4 Julai 2015

Ramadhan, hujan dan emak

Bismillahirrohmanirrohim,

Hari ni hari Sabtu, 17Ramadhan, maknanya dah 17 hari umat islam menjalankan ibadah puasa, sepanjang 17 hari ni memang panas sangat. Alhamdulillah semalam hujan dah turun. Berkat hari nuzul nya AlQuran harini maka hujan pun nuzul sekali.. alhamdulillah syukur sangat dengan rahmat dariNya..

Sejuk pagi ni, Nyaman, redup dan tenang.. Damai sekali..dah nak masuk tengah hari tapi masih sejuk lagi..Badan pun rasa segar jer..rasa macam nak buat housekeeping hari ni..erm.. hari ni nak berbuka apa pulak ya.

Semalam sempat pergi jumpa mak sebelum buka puasa. Berbuka kat luar saja semalam.. 6.30 baru sampai kubur, seronok sangat, rasa macam Mak memang dok tunggu aku pi..maklumlah dah 2 minggu aku tak pergi jenguk dia sebab masalah abang guna kereta.

Mak, Kak rindu sangat dengan mak, takdak kata kata nak gambarkan perasaan rindu tu. Kak tahu mak pun rindukan kak kan?
Semoga kita dapat bertemu lagi di syurga ya mak. Aminnn.

Isnin, 29 Jun 2015

Ayam panggang ala kenny rogers menggunakan periuk noxxa.

Assalamu'alaykum semua,
Hari ni dah masuk hari ke12 berpuasa, bising betul hari ni, dari pagi sampai nak masuk tengah hari jiran sebelah ni dok pasang radio kuat kuat. Menguji kesabaran sungguh. Depa buat kenduri semalam, jadi sampai hari ni tak puas lagi pasang lagu. Dah la semalam pun berdentum-dentum sampai subuh. Sabaq sajalah..takpelah biaqlah jiran sebelah tu..nanti lama lama diamlah kot.

Hari ni Isnin, Amir tak pi sekolah harini. Demam katanya, aku pegang badan dia memang panas pun, biaqlah dia, kesian pulak nak paksa jugak. Dahlah puasa, bukan apa, takut jadi macam sebelum ni, paksa juga dia kesekolah, last tak sampai pukul 10 cikgu dah call suruh datang ambik..sebab tak larat sangat dah kat sekolah.



Entry hari ni sebenarnya nak cerita pasal menu berbuka semalam, aku masak ayam panggang ala kenny rogers. Selalu aku kalau buat ayam panggang resepi mesti versi hentam saja..main letak apa saja yang terlintas, tapi kali ni tak, kali ni aku ikut resepi..resepi ni banyak boleh dapat dekat blog-blog masakan yang lain..semuanya macam sama saja, siapa owner sebenaq pun aku tak tahu..hmm dari segi rasa pulak, bagi aku ok, sedap jugak..tapi kalau ada kentang mesti lagi sedap..bakaq sekali dalam periuk noxxa, malangnya takde stok kentang kat rumah.

Kebetulan aku buat video sebab ada kawan mintak tolong ajarkan step by step cara panggang ayam dalam periuk ni..jadi aku pun buatlah.. Kesian juga kat kawan kawan. Dah beli periuk tapi tak berani nak guna..aku pun bukan pandai buat video. bolehlah ala kadaq asalkan orang lain boleh faham cukup lah. Dah alang alang ada video aku share terus lah kat sini..senang cerita.

Hmm aku cuba download video terus kat sini tapi tak tahu pasaipa macam tak funtion ja..takpalah aku Share link youtube saja no.. Nanti hampa leh tengok, kalau hampa nak tengok la, kalau takmau tengok pun takpa..takdak masalah..



Ok jom tengok resepi dulu..

Ayam panggang ala kenny rogers.

Bahan - bahan untuk perap ayam :
(aku guna semua separuh dari sukatan sebab buat 1/2 ekor ayam saja.

3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (aku ganti kicap manis dan sos tiram)
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mix herbs ( aku campur oregano)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan
Sedikit mentega

Cara-cara:
Blend semua bahan dan lumur pada ayam. kemudian perap..ikut suka nak perap lama mana..lagi lama lagi sedap..dalam blog ada yang suggest perap semalaman, tapi aku perap 3 jam saja.

Cara menggunakan periuk noxxa.

Masukkan ayam yang telah diperap. Kemudian tutup. Tekan hi pressure 7minit kemudian tekan on.

Selepas 7 minit tekan button off, angkat tombol untuk keluarkan semua wap. Baru boleh buka penutupnya.

Tekan Button stir fry kemudian tekan on. Balik balik kan ayam sampai nampak warna dia dah cantik. Tekan button off, dah siap. Senang saja..selamat mencuba semua ya.. Hmm ni kalau mak ada mesti dia suka..

Ok gais, sampai sini dulu. Jumpa lagi. Maassalama. 

Ahad, 28 Jun 2015

Ramadhan tanpa mak

Assalamu'alaykum rakan blog,

Salam Ramadhan untuk semua, hari ni dah masuk hari yang ke11 kita menjalankan ibadah puasa..sungguh pantasnya masa berlalu..aku sebenarnya nak update blog ni dari hari pertama puasa, tapi tangguh punya tangguh sampailah hari ni. Tahun ni memang berbeza sangat dari puasa tahun tahun sebelumnya.. berpuasa tanpa emak.. sunyi, kosong, sedih, pilu dan macam macam perasaan lagi bercampur baur dan bermain dalam lubuk hati ni..ya Allah, letih sungguh melayan rasa.. Hanya Allah yang maha mengetahuinya..hanya airmata menjadi penawar rindu dan lara hati.

Tahun lepas bulan puasa macam ni pagi pagi lepas hantar Amir sekolah, Aku terus pi rumah mak.. Aku tidur sekejap kat sana, dah bangun aku mengaji dengan mak, sembang pi sembang mai, gelak pi gelak mai.. Pukul 2 start kereta pergi ambik Amir baru aku terus balik rumah..tahun ni lepas hantar Amir aku dah tak ada arah tuju..YaAllah rindunya aku dekat mak.. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Disebabkan aku tak nak rasa keseorangan dan kesedihan, lepas hantar Amir tahun ni aku ke rumah emak besaq.. Sebab tahun ni aku mengaji kat masjid.. jadi sementara nak tunggu waktu mengaji pukul 9 pagi aku lepak la dulu Kat rumah mak besaq..sementara dia ada kan.. tahun depan belum tentu lagi macam mana, entah ada entah tidak. Semoga Allah panjangkan umuq mak besaq dan berikan dia kesihatan yang baik, Aamiin.

Berbalik cerita tentang mak.. Puasa tahun lepas bila petang aku nanti telefon mak, Tanya mak berbuka apa.. Kadang2 mak call aku.. rindunya nak dengar suara mak.. Semalam pun aku dail number mak, saja jer nak lepaskan rindu yang bersarang dikalbu.

Baru ni dua tiga hari sebelum puasa, adik balik dari asrama.. macam biasa bila dia balik mesti ada baju yang koyak, seluar yang koyak.. Dulu aku tak peduli semua kerja menjahit tu, sebab mak yang settlekan, la ni mak dah takdak..memang aku la yang kena jahit semuanya.. nak jadi cerita pulak, dah hari nak balik Asrama baru Adik bagitau jubah dia nak kena jahit, melilau aku cari benang putih. Tak jumpa pulak, Masa dah suntuk mana sempat pi kedai beli benang.. Tiba tiba teringat nak tengok dalam handbeg mak. handbeg mak ada aku simpan sebab masa mak demam dan pergi tu dia memang ada kat rumah aku..sebulan mak duduk rumah aku, menghabiskan sisa sisa hayatnya bersama dengan aku. Bila buka beg dia macam macam la perasaan menerpa..cari punya cari, memang ada benang putih dalam beg tangan dia, dia bawa siap-siap dari rumah. Tap tapp airmata aku jatuh macam tak boleh berhenti.. mak memang penyelamat aku.. bukan saja semasa hayatnya.. masa dia dah takda pun sama..lepas tu aku jumpa acuan kuih siput dalam beg dia.. dia bawak mai rumah aku sebab dia tahu cucu cucu dia suka makan.. Dia angan angan nak buat lah tu..malang nya tak sempat.. airmataku berguguran lagi.

Semoga Allah tempatkan mak ditempat yang paling baik disisiNya..Wahai Pemilik Syurga, Syurga itu Indah, indahkanlah lagi dengan kehadiran mak aku. Ramadhan tahun ni memang sangat sayu.. Tapi aku pura pura kuat demi anak anak. Anak anak aku ni kesayangan Mak, jadi aku mesti kuat supaya anak anak aku bahagia.. bila cucu mak bahagia mesti mak pun turut bahagia di Sana.
Handbeg mak, dah berdebu pun. Jelas lagi nampak dimata aku macam mana mak punya happy bila aku hadiahkan beg ni kat dia dulu.

Benang putih dan acuan kuih siput yang ada dalam beg mak.

Alfatihah buat mak, semoga Allah mengampunkan semua dosa mak.. Kak sayang mak dari dunia sampai akhirat..

Isnin, 8 Jun 2015

Kasi Muezza dan Sandy

Assalamu'alaykum rakan blog,

Dah lama tak bersiaran..kononnya nak istiqamah untuk update blog tiap tiap hari untuk posting sehari sehelai alQuran pun tak boleh, hanya separuh jalan jer, ish, malunya aku, hangat hangat taik unta sungguh aku kan..tapi tak mengapalah tak update pun asalkan kat dunia nyata aku sempat membacanya..kan? (pujuk hati sendiri). Entahlah, aku pun tak tahu dari mana datangnya malas yang bertingkat tingkat ni..bukan kemahuan aku sebenarnya..(ialah, semua orang pun tak mahu kan?)

Sebelum operation, masing masing ketakutan. Kakak yang sedih tengok. 



Gamber lepas Kena operate, Cian muezza Dan sandy.


Oklah, takmaulah melalut panjang, dah nama pun malas..entry hari ni nak cerita tentang Muezza dan Sandy. Sabtu baru ni dah selamat bawa depa pi kasi, kalau ikutkan aku bukan banyak rm sangat, takda peruntukkan pun untuk nak kasi budak2 ni, 2ekor dah rm300 tapi dah aku ni baik ngan doktor tu dapatlah rm260, mahal jugak tapi terpaksa, kalau tidak bertambah lagi bilangan anak bulus dalam rumah ni.

Setiap yang kita buat bukan suka2. Mesti ada sebab dan alasan kan kenapa kita kita buat macam tu. Hanya orang yang bela banyak kucing macam aku jer faham kenapa perlu nak kasi kucing ni. Tambah macam aku ni keadaan kesihatan pun tak mengizinkan, walaupun kucing kat rumah dah tak ramai macam dulu, Tinggal dalam 20ekor lebih ja sekarang ni..tapi main dengan sakit dan tak larat kadang kadang rasa tak terjaga. Sebab tu aku kena pastikan bilangan kucing dalam rumah ni tak bertambah lagi, ada yang kata, kenapa tak buang ja, buang kucing? Oh tidak! Tidak sama sekali, aku dok kutip kucing jalanan lagi adalah, Kucing aku keluarga aku, dunia aku..buang kucing sama macam buang keluarga sendiri. Aku bela kucing sebab sayang bukan sebab minat. Ada beza tau 2 benda ni.

Baru ni pun MPSP datang bagi surat amaran, jiran sebelah la ni komplen, bau katanya, dah 10 taun aku dok kat sini, dah 10 taun aku bela kucing, takkan baru sekarang busuk, fikir dulu la sebelum komplen, aku tak sihat sangat akhir2 ni. Tak mampu nak buang poo kucing tiap2 hari. Mungkin bau tu sampai kat rumah depa. Iyalah aku mengaku salah aku, tapi dulu macam tu ker? Tak kot. Rasanya kuat dan busuk lagi bau asap yang depa dok guna untuk upacara sembahyang tu. Anjing depa siap mai berak kat depan rumah aku tapi aku tak pernah cakap apa sebab aku bertolak ansur, aku pun bela kucing, aku pi buang ja sengap2 tahi anjing tu, Walaupun dalam hati sakit sebab depa tengok tapi depa tak larang anjing tu berak. Aku sakit hati kat tuan bukan kat anjing. Anjing tu akan terdidik kalau tuan dia pandai ajar.

Balik kat cerita mpsp tadi, mujur pegawai tu bagus orangnya, siap puji aku bagus bela kucing sampai buat rumah macam ni, jadi kucing tak boleh keluar. Main dalam kawasan rumah saja. Najis kucing pun aku tak buang longkang semua bungkus bagi lori sampah. Lega jugak bila dipuji. Aku tanya dia pulak, kalau anjing depa bising macam mana pulak encik..dia kata ambik gambar terus wassap saya, saya mai saman terus, tak bagi warning macam cik dapat ni dah..ha tudia, kalau ikutkan memang bising anjing depa selalu main atas jalan, tapi aku tanya ja, tak sampai hati pun nak komplen. Kesian kat anjing2 tu, bukan dia tau apa pun.


Pagar rumah aku yang encik MPSP puji sangat tu.



Asalnya nak cerita tentang Muezza dan Sandy ja, dah melalut sampai mana aku ni. Muezza, Sandy, kakak minta maaf ya kasi Muezza dan Sandy, kakak buat demi kebaikan kita bersama. Esok kat padang Mahsyar Muezza dan Sandy bagitau Tuhan ya yang Muezza dan Sandy maafkan kakak dan reda dengan apa yang kakak buat ni tau, Kakak doakan muezza dan Sandy cepat sembuh ya. Nanti lepas ni Muezza dan Sandy akan lebih sihat lebih gemok dan lebih cantik. Kesian sangat Muezza tadi takut sangat bila jumpa doktor.

Selasa, 7 April 2015

Sehari sehelai AlQuran An Nahl Ayat 94-110

Assalamu'alaykum teman blog kesayangan,
Just nak updatekan bacaan untuk harini,

MEMBACA QURAN SATU HARI SATU HELAI

Tarikh:7/4/2015 (Selasa)
Surah: An Nahl Ayat 94-110
M/S    :278-279
Juzuk:14

Drp Ibnu Mas'ud r.a Rosululloh s.a.w bersabda maksudnya:
Barangsiapa membaca satu huruf daripada al quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebajikan menyamai 10 pahala. Aku tidak mengatakan ﺍﻟﻢ itu satu huruf tetapi ا satu huruf ل satu huruf dan م satu huruf
(Hadis hasan sahih riwayat At Tirmidzi)



صدق الله العظيم✅

Teman2 jom baca sama2 ya, harini aku letih sangat sangat, dah tak dak idea nak tulis lebih panjang, jumpa jagi esok,ya, maassalama..

Nasi Lamuni buat Mak.

Assalamu'alaykum teman blog kesayangan..

Harini aku masih lagi kat umah mak besaq, rasa tak larat sangat hari ni, nasib baik masa awal pagi tu Nurul mai bawak pizza..jadi tak kalut sangat nak masak nasi awal sebab perut dah kenyang makan pizza.

Dah pukul 2petang baru mak besaq cakap nak buat nasi lamuni.,hari ni dia yang masak, aku cuma tolong2 ja..Nasik lamuni ni sebenarnya dah jadi macam menu tradisi keluarga kami.. Memang dari kecik-kecik kami dok makan nasik ni..Mak besaq rajin sungguh buat, mak dan tok pun sama, Sampai ke lani boleh kata dalam family semua suka..Adam yang kecik tu pun suka. Amir yang memilih makan sangat pun suka.. Mungkin sebab dah biasa dihidangkan sejak kecik..

Bila tengok nasi lamuni, teringat perbualan antara aku dengan emak, rasa seperti baru semalam dok sembang dengan dia.

Hari isnin 17 Nov 2014,
Emak: Hari Ahad ni kita buat nasi lamuni no, Zul cuti, adik pun balik dari asrama.
Aku: boleh mak, sedap gak tu..tapi kat sini takdak daun..
Mak: takpa nanti hang p minta kat rumah jiran kat depan tu..

Aku: (dalam hati- peliknya tak pernah mak suruh p minta kat rumah orang, selalu nak makan dia bawak siap2 daun atau p ambik ja kat rumah emak besaq)...

Dia tau anak, menantu, cucu dia suka, dia pun suka, dah lama tak makan. Teringin agaknya..Tak tahu apa yang dia rasa waktu tu, kesiannya mak, kami merancang, ketentuan Tuhan tak siapa menduga, rupanya dah tiada Ahad untuk mak, mak dah dijemput terlebih dahulu. Rancangan masak nasi lamuni terkubur bersama mak, sampailah hari ni.
Nasi lamuni hari ni hasil air tangan emak besaq, aku tolong sikit ja, enaknya tak terkata sama macam mak buat..Terima kasih emak besaq.

Semoga Allah kurniakan syurga tanpa hisab buat mak.. YaAllah dan para malaikat, Jagakan Mak untukku di Sana..semoga Mak berbahagia di Negeri Abadi. YA ALLAH..KU MEMOHON!

HASBUNALLAHU WANI'MALWAKEEL...

#AlfatihahBuatMak

Isnin, 6 April 2015

Sehari sehelai AlQuran An Nahl Ayat 80-93

Assalamualaikum teman blog kesayangan,

Malas bebenar nak update blog, lebih2 lagi nak konsisten istiqamah update tentang bacaan alquran setiap hari. Syaitan berkata "tak perlulah, tidur lagi bagus," tapi aku cuba lawan sedaya upaya. Aku nak tengok, siapa menang, syaitonirrojim menang ker atau aku yang menang, walaupun aku hampir2 tertewas sebenarnya.

Hari ni seharian aku kat rumah makcak, nampak dia seronok sangat aku pi bertandang kat rumah dia. Aku bawak siap pokok keladi yang aku ambik dari rumah mak mentua aku. Kami masak sayur asam keladi bersama sambil mendengar cerita2 zaman lalu dia. Habibi aku pulak buat kerja kat luar rumah, kerja yang dah berapa hari masih belum settle lagi sampai hari ni.

Dah siap sayur asam keladi, ikan pekasam goreng, sambal belacan dan ulam pucuk betik, kami makan tengah hari sama2, wah! Sedap pulak masakan aku hari ni, seronok sungguh tengok makcak dan habibi makan. Berselera, Alhamdulillah, hilang letih aku masak.

Sebelah petang aku balik rumah sat sebab nak pi kelas mengaji kat masjid Jawi, lupa nak cerita, aku sekarang ambik kelas mengaji kat masjid, kelas pengajian dewasa. Baru start 2 minggu. Ustaz ajar membaca dari bawah, dari iqra', mula2 ustaz ajar sebutan dulu, kena pastikan sebutan betul2 perfect, susah jugak sebenarnya tp aku sanggup asalkan aku dapat membaca dengan sempurna.
Belajar iqra dulu, tapi tak pa aku suka, sangat bagus untuk aku dunia dan akhirat.

Yang ni salah seorang ustaznya, ada tiga orang ustaz semuanya. 


Syukur sangat aku salah seorang yang dipilih Allah untuk mengaji disini.

Lepas habis mengaji pukul 6.30pm, aku pi balik kat rumah makcak, sampai pukul 8malam baru balik rumah. Esok kena pergi lagi, belum habis kerja habibi kat sana. Makcak siap bgtau esok nak buat sayur lemak asin2 dengan ubi keledek untuk tengah hari. Nak umpan aku lah tu, nak suruh aku p jugak..

Oklah, terpanjang pulak cerita ya, kita teruskan dengan bacaan untuk hari ni.

MEMBACA QURAN SATU HARI SATU HELAI

Tarikh:6/4/2015 (Isnin)
Surah: An Nahl Ayat 80-93
M/S    :276-277
Juzuk:14



صدق الله العظيم✅

Ok, semoga teman kesayangan dapat membaca sama2 ya, pahala bacaan kita sedekahkan buat saudara kita yang dah tak ada. Juga niat sedekahkan untuk muslimin muslimat yang masih ada atau yang dah tiada.
Esok aku masih lagi kat rumah makcak, tunggu kisah esok dan juga bacaan seterusnya ya. Maassalama..

Ahad, 5 April 2015

Sehari Sehelai AlQuran An Nahl Ayat 65-79

Assalamualaikum teman blog kesayangan,

Nak update bacaan untuk hari ni, sebab kejap lagi nak pergi hantar Hakim balik asrama, takut balik lewat pulak nanti, bila lewat nanti mata pun tak larat nak angkat susah pulak nak update, tumpang ada masa terluang ni baiklah aku post siap2 ya. Tidak nanti alamatnya tertangguh lagi bacaan untuk hari ni.

Ada kenduri rumah mak penakan habibi tengah hari tadi, tu yang lewat sikit hantar adik harini, letih betul pergi kenduri, bukan aku buat kerja apa pun, tapi sebab cuaca sekarang ni dengan panas, berkuap, berpeluh, kenyang lagi jadinya letih berlipat kali ganda..balik istirehat dulu kat rumah baru boleh continue dengan next program.

Ok teman, jom semak mukasurat hari ni.

MEMBACA QURAN SATU HARI SATU HELAI

Tarikh:5/4/2015 (Ahad)
Surah: An Nahl Ayat 65-79
M/S    :274-275
Juzuk:14





صدق الله العظيم
Ayat 65-79✅

Drp Ibnu Mas'ud r.a Rosululloh s.a.w bersabda maksudnya:
Barangsiapa membaca satu huruf daripada al quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebajikan menyamai 10 pahala. Aku tidak mengatakan ﺍﻟﻢ itu satu huruf tetapi ا satu huruf ل satu huruf dan م satu huruf
(Hadis hasan sahih riwayat At Tirmidzi)

Diharap aku dapat membacanya dengan istiqamah . Jumpa lagi esok untuk mukasurat seterusnya..lepas maghrib ni dah nak bertolak hantar adik. Maassalama.

Sehari sehelai AlQuran An Nahl Ayat 43-64 .

Assalamualaikum teman blog,

Macam biasalah, sebelum aku masuk tidur, aku updatekan dulu bacaan untuk hari ni, teringin sebenarnya nak update awal2 tp hairan selalu ja tak sempat..apa yang dibusykan pun aku tak tahu.

Oklah tak nak buang masa, kita teruskan dengan bacaan untuk hari ni,

MEMBACA QURAN SATU HARI SATU HELAI

Tarikh:4/4/2015 (Sabtu)
Surah: An Nahl Ayat 43-64    
M/S    :272-273
Juzuk:14





صدق الله العظيم
Ayat43-64✅

Jom baca bersama, tak rugi tau, ada pahala menanti kita. Sampai sini dulu, esok aku update bacaan yang seterusnya ya..maassalama..

Aktiviti hari ni

Assalamu'alaykum teman blog,

Hujan renyai2 kat luar rumah, nyaman, tenang dan damai bila dengar bunyi hujan..dah lama tak hujan lebat kat sini, kalau hujan pun sekadar renyai2 ja sekejap dan kemudian stop.

Sibuk aku harini, sebelah pagi kelam kabut siapkan kek besday Misha, mula2 ingat tak mau buat sebab badan memang lemah, lesu dan tak larat. Tapi bila kenangkan besday dia bukan tiap2 hari, aku gagahkan juga, Ibu dia request kek marie, jenuh aku fikir mcm mana nak jadikan kek marie sebagai sebiji besday kek. Maklumlah selalu buat dalam loyang saja. Akhirnya jadi juga kek Misha, Macam nilah hasilnya kek dari kerja tangan orang yg tak pandai macam aku ni, mujur depa semua suka. Alhamdulillah.


Jangan ditanya kenapa nama Misha besar gedabak, hehe..aku buat guna coklat putih, acuan abjad tu besar gedabak..hai nasiblah..maybe next time boleh di improve.

Selepas habis hantar kek kat Misha, kami terus bergegas kerumah makcak untuk habiskan kerja2 yang belum siap kemarin, banyak lagi, rasanya 2 3 hari pun belum tentu siap. Aku ni tukang teman ja..habibi yang buat kerja. Tapi letihnya tempias juga kat aku.






Dah lepas maghrib baru kami balik rumah, banyak lagi yang belum settle tu, nanti kena pergi lagi. Oklah, aku belum update ayat untuk bacaan hari ni, kejap lagi aku post ya, kena buat entry lain, entry ni dah panjang lebar,ok teman, jumpa lagi next post..maassalama..

Sabtu, 4 April 2015

Sehari sehelai AlQuran An Nahl Ayat 27-42

 Assalamualaikum teman blog,

Terlewat lagi update bacaan hari ni, sekarang dah pukul 12lebih maknanya dah masuk 4hb. Takpalah lewat mcm mana pun tetap kena baca jugak kan.

Hari ni aku pergi rumah makcak, temankan habibi bersihkan depan rumah makcak tu, rumput dah naik sama tinggi dengan orang, kesian pulak bila dengar dia bersungut tp takdak siapa yang nak tolong buatkan untuk dia, biarlah aku berbakti kat dia sementara hayat dia masih ada ni. Aku gembira. Rasa macam berbakti kat mak aku sendiri. Sebelah malamnya pulak pergi rumah mak mentua, kak ipar masak gulai itik, balik dah lewat baru nak mengaji. Oh ya sebelum aku terlupa ayah yati biras aku meninggal hari ni. Eloklah sambil sedekah kat mak aku sedekahkan sekali kat dia.

Tahap mengantuk aku hari ni lebih dasyat dari kemarin, Teman semua sebelum aku terlena, mari kita teruskan dengan bacaan,

MEMBACA QURAN SATU HARI SATU HELAI

Tarikh:3/4/2015 (Jumaat)
Surah: An Nahl Ayat 27-42    
M/S    :270-271
Juzuk:14




صدق الله العظيم
Ayat 27-42 ✅

Teman-teman jom baca bersama, kita kutip pahala sama2 ya, ok sampai disini, aku masuk tidur dulu..maassalama...

Khamis, 2 April 2015

Sehari sehelai AlQuran An Nahl Ayat 7-26

Assalamualaikum teman blog,

Disebabkan tak sempat nak update bacaan kemarin, hari ni terpaksalah update secara marathon ya, atau dalam bahasa islamiknya qada balik yang tak buat kemarin, hehe, macam2 lah haku ni.

Ok, This time takmau sembang kelaut sangat, badan dah letih sangat ni, mata nampak bantal ja, walaupun sebenarnya kerja kat luar rumah tak settle lagi, poo kucing dalam tray tu tak buang lagi, dah tengik baunya..ingat lepas ni kenalah gagahkan diri pergi settle yang tu dulu, baru boleh masuk tidur.

Ok teman kesayangan, kita teruskan dengan bacaan ok..

MEMBACA QURAN SATU HARI SATU HELAI

Tarikh:2/4/2015 (Khamis)
Surah: An Nahl Ayat  7-26      
M/S    :268-269
Juzuk:14




صدق الله العظيم
Ayat 7-26✅

Teman2 blog bolehlah baca sama2 ya, pahala bacaan niat sedekahkan untuk family kita yang dah tak ada, terutama sekali untuk mak kita, seterusnya niatkan sedekah untuk muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia, satu hari nanti kita juga pasti menyusul. Semoga  kita istiqamah, semoga aku istiqamah. Ok teman blog, mata dah macam panda, nak pi settle kerja kat luar jap, jumpa lagi esok untuk ayat mukasurat seterusnya. Maassalama..

Sehari sehelai AlQuran Al hijr Ayat 71-99 dan An nahl Ayat 1-6

Assalamualaikum teman blog,

Alamak!! Semalam terlena awal pulak, tak sempat nak update ayat yang dibaca kemarin, aku cuba nak konsisten update setiap hari, tak berjaya jugak..macam sibuk sikit aku dua tiga hari ni, dengan kelaslah, abayalah. Time pulak bukan main pantas berlalu, sekejap ja dah petang..hmm akhir zaman, kenalah terima hakikat kan.

Hari ni tadi tiba2 si adik call bagitau sekolah dia cuti esok, jadi hari ni boleh balik rumahlah..kelam kabut pecut ke asrama pulak pergi ambik dia, sampai rumah dah gelap. Setel itu setel ini dah pukul 11, baru sempat nak ngadap blog.

Oklah teman blog, ayat ni ayat kemarin sebenarnya, tapi kemarin tak sempat nak update, jadi aku update hari ni.

MEMBACA QURAN SATU HARI SATU HELAI

Tarikh:1/4/2015 (Rabu)
Surah: Al Hijr Ayat 71-99
            An Nahl Ayat 1-6
M/S    :266-267
Juzuk:14



صدق الله العظيم
Ayat 71-99
Ayat 1-6✅

Dekat ayat 5 tu dah terlimdung sikit dengan perkataan 1/2 Hizb 27, diharap teman2 yang nak baca boleh refer AlQuran ya, peganglah Quran selalu, pahala menanti kita..ok itu sahaja ayat untuk hari ni, eh ayat kemarin yang di update hari ni, kejap lagi aku update ayat hari ni ya teman2 semua, maassalama..