Isnin, 10 Oktober 2011

Aku dan Arthritis

   Menjalani kehidupan seharian sebagai pengidap Rheumatoid Arthritis bukanlah satu perkara yang mudah, Aku mula mendapat penyakit ini pada tahun 2001,Sampai sekarang dah masuk 10 tahun aku menjadi penderita setia penyakit ini. Arthritis atau dalam bahasa lainnya disebut radang tulang dan sendi bukanlah sama seperti sakit sendi yang biasa. Pakar seluruh dunia pun belum dapat mengenal pasti dengan tepat apa punca sebenar penyakit ini, Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun (penyakit yang terjadi pada saat tubuh diserang oleh sistem kekebalan tubuhnya sendiri). Apa yang pasti puncanya bukan pemakanan seperti yang di war-war kan sesetengah orang. Cuba korang bayangkan bagaimana perasaan korang kalau nak buka tudung botol pun tak boleh, nak pegang tombol pintu pun jari sakit terketar-ketar, nak pakai bra pun kena harapkan bantuan orang lain, tu belum masuk bab nak ikat rambut, Dan bab bab nak uruskan diri sendiri yang lain, Kesian sungguh dekat aku, rasa macam tua sebelum waktu.

Masa mula-mula sakit tu menyerang aku pun tak tahu aku ni sakit apa..ingatkan sakit kaki yang biasa biasa..aku tetap gagahkan diri pergi kerja..bila rasa sakit sangat aku menangis sorang sorang, aku biarkan saja, takdalah nak pergi klinik ker apa sebab ingat hari ni sakit esok boleh baik, sebelum ni pun aku memang sorang manusia yang sihat dan aktif, memang tak sangka lah kan yang aku akan diserang penyakit ni. Melihatkan ketabahan aku penyakit ni tak puas hati..dari hari kehari sakit aku semakin teruk, dia mula menyerang ke jari2 tangan, siku, bahu, kaki dan lutut dan akhirnya sampai satu tahap aku dah tak terdaya untuk bangun, sendi-sendi aku kaku, jari-jariku ada yang macam dah mati..rahangku sakit sampai nak buka mulut untuk makan pun airmata terkeluar dengan sendirinya, dah tak perlu menangis dah. Mak dengan habibi aku dah mula kelam kabut, mungkin depa ingat aku dah nak mati kot masa tu. Memang ada gaya macam orang nak mati pun.Terbaring ja atas katil, bergerak sikit pun dah rasa sakit, dengan badan yang kurus kering masa tu..

Masa tu barulah aku sedar, diri ni disayangi rupanya..banyak jugak la tempat family aku bawak pi berubat, termasuklah bomoh. Dekat mana dengar orang kata bagus semua mak akan suruh habibi aku bawak..tapi bomoh biasala jawapan standard diorang, dulu ada orang meminang aku tolak la, ada orang tanam benda belakang rumah lah..orang buat lah..tah apa-apa lagi depa dok merepek. Actually aku tak kisah kalau depa nak merepek apa sekali pun..merepek lah asalkan penyakit aku sembuh. malangnya merepek macam-macam duit aku habis, masa aku terbuang tapi penyakit aku tetap setia dgn aku. La ni kalau sebut bomoh jangan harap aku nak pi, memang pangkah terus. Kalau berubat dengan ustaz tu aku okla..sebab ustaz dia menggunakan ayat Quran kan, tak sembuh pun takpa, at least aku ikhtiar, Tuhan pun tak suruh kalau sakit kita duduk jer tunggu mati, Dia suruh kita ikhtiar.

Kat hospital pun aku pi check jugak, lepas buat blood test kat Bagan Speciallist doctor sahkan aku ada rheumatoid arthritis. Masa zaman tu penyakit arthritis ni memang tak famous lagi. Bila sebut arthritis boleh dikatakan semua orang tak tahu, semua orang akan bertanya sakit apa? macam mana sakit dia? Macam mana boleh kena tu? Penat pulak nak cerita..bukan macam darah tinggi ker kencing manis ker cancer, yang tu famous semua orang tahu. Doktor kat Bagan kata penyakit aku tak ada ubat masa tu, 2 minggu sekali aku kena pi hospital semata2 untuk ambil ubat tahan sakit dan vitamin saja. Banyak jugak ubat yang aku kena makan masa tu salah satunya steroid la.Steroid tu la yang berjaya men’bangun’kan aku kembali. 

2 tahun aku berulang alik ke hospital Bagan, aku dah mula fedup. Tak ada ubat yang doktor Bagan bagi untuk menyembuhkan aku sepanjang tempoh tu, hanya pain killer saja. Aku fikir kalau setakat pain killer kat farmasi pun boleh beli,tak payah nak berulang jauh2. So aku decide untuk stop pergi bagan dan beli ubat kat farmasi saja. Masa mula-mula nak beli tu problem gak la,pekerja farmasi tu tak bagi aku beli prednesolone tu banyak2..dia kata ubat tu terhad tak leh jual lebih takut customer makan over dos.Lepas tu dia tarbiah aku lagi kata ubat tu kalau makan selalu rosak hati, jantung dan buah pinggang, kena makan sekali sekala saja. geram gak aku dok bagi kuliah kat aku macam tu pada hal benda tu semua aku dah study dah. Lepas tu aku tarbiah dia balik aku kata aku nak hidup sekarang , sekarang mmg dah confirm aku hidup so aku perlu ubat tu untuk menahan kesakitan aku dan teruskan kehidupan aku,buat apa nak fikir masa depan yang belum tentu tu.Kalau aku tak makan ubat ni, jari aku mengkerekot, kaki aku bengkak keras, kaku, masa depan aku lumpuh..tak guna juga kot. Pastu aku kata kat dia aku tau bila aku perlu makan bila aku tak perlu. bukan aku nak makan macam makan nasi. Last-last dia kalah. Sampai la ni setelah bertahun-tahun aku jadi customer tetap farmasi tu, siap ada diskaun lagi.

Sampai tahun 2007 aku makan ubat farmasi, sepanjang tempoh tu macam-macam jugak ‘ubat’ yang datang mencari aku, maklumlah dah tau aku sakit ramai yang nak ambik kesempatan nak berbisnes, tapi aku tau yang ikhlas pun ada. Macam–macamlah makanan tambahan yang aku dah try konon bagus untuk penyakit aku, sebut apa saja product kesihatan MLM, Hampir semua aku dah try. yang mahal ka yang murah ka, tak jadi apa pun semua tipu ja. Tapi hairan kebanyakan testimony yang guna product-product tu sembuh dan ber iya kata product tu bagus, aku sorang saja yang tak sembuh (nampak sangat testimony tu tipu dan dibayar untuk jadi testimony, kan kan!). Sampai la ni kalau orang nak introduce product kesihatan kat aku aku rasa macam bukan dia nak tolong aku, dia cuma nak jual barang ja. Dia nak tolong diri dia sendiri sebenarnya.Tak baik kan? semoga aku tak jadi macam tu mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain. Korang pun jangan jadi macam tu jugak yer. Baik aku makan kurma dgn habatussauda lagi bagus. Lagipun dah disebut dalam hadis habatussauda tu adalah penawar untuk segala penyakit kecuali mati (HR Bukhari).

Salah sorang Doktor kat tempat kerja aku, Doktor Tee namanya. Dr Tee ni jadi tempat aku bertanya dan meminta pendapat tentang penyakit aku ni, dah jadi macam doktor kaunseling aku, dia banyak bagi motivasi kat aku, banyak memuji aku, dia cakap aku ni cukup strong, tak merungut, penyabar, kuat semangat dan jenis orang yang tahan sakit. Dia yang suggest aku pergi Loh Guan Lye sebab masa tu dah ada pakar untuk penyakit ini kat sana. Dia tulis surat untuk Dr Tan kat Loh Guan Lye supaya aku refer kat sana..Aku pun tak cakap banyak. aku follow saja. Bermula lah episode baru aku kat Loh Guan Lye. Selepas di periksa, Dr.Tan kata dah teruk sendi-sendi aku rosak,yang rosak tu tetap rosak memang tak boleh repair dah, apa yang dia boleh buat cuma bagi ubat dan suntikan untuk halang sendi lain dari terus rosak. Tiap-tiap bulan aku akan follow up kat Loh guan Lye, Kira famous la aku kat situ sampai staf–staf kat situ selalu konfius, depa kata aku bukan patient tapi salah sorang staf jugak kat situ, maklumlah dah kerap sangat tengok muka aku. Selalu jugak aku admit kat situ sebab satu suntikan ambik masa sampai 6 hingga 7 jam, sepanjang tempoh di suntik tu aku akan dikawal rapi oleh dayang-dayang kat hospital tu sebab Dr Tan kata takut aku sesak nafas atau alah, mana tau ubat yang di suntik tu tak sesuai dengan badan aku. Ubat-ubat tu pulak mahal betul harganya(bagi aku la), satu suntikan berharga RM5000 hingga RM8000, Dr. Tan kata ubat tu actually untuk kanser tapi dah diuji sesuai digunakan untuk arthritis. Nasib baik insuran company aku yang tolong bayarkan, Kalau harap aku nak bayar duit sendiri pakai tak berubat la jawabnya. Menurut DrTan jugak sepanjang tempoh aku mengambil suntikan dan ubat ubat ni aku tak leh mengandung, nasib baik aku dah ada 2 anak, tak lah terkilan sangat.Cuma impian aku nak kan anak perempuan tak tercapai la jawabnya.Tapi takpa, aku tahu apa yang ditentukan Allah itu adalah yang terbaik untuk aku.

Sampai tahun 2009 saja jodoh aku dengan Loh Guan Lye, Aku tak dapat berubat kat sana lagi sebab insuran company dah gugurkan Loh Guan Lye dari list mereka.So, company takkan cover lagi kalau aku terus berubat kat sana,dengan berat hati aku stop. Sedih gak la nak tinggalkan doktor aku tu dan staf-staf kat situ,maklumlah aku dah mesra ngan depa sampaikan uncle security kat hospital tu pun selalu babai kat aku bila aku discharge, Ingat lagi dia selalu kata suruhlah sapa-sapa bawak u mai,kesian selalu mai sorang. Nanti tengah drive pening ke apa sapa nak tengok. Aku senyum saja. Kemesraan depa salah satu sebab aku happy berubat kat sana.

Hampir stengah tahun aku kembali makan pain killer saja tanpa pergi mana-mana hospital. Hujung 2009 Dr Tee bagitau aku nanti akan ada Pakar Rheumatoid Arthritis dekat KPJ, Doktor melayu. Tanpa buang masa aku ambik surat dari DrTee dan pergi KPJ pulak. Bermula pulak episod baru dengan doktor Anwar, Sampai sekarang aku masih dengan KPJ. Aku tak tahu sampai bila boleh nak bertahan dengan KPJ ni, Doktor baik sangat, mesra, bila sembang rasa macam adik beradik, Staff Ok, hospital pun cantik, canggih lagi, yang tak tahan tu harga ubat yang terlalu mahal. Doktor Anwar kata ubat yang Loh Guan Lye bagi tak berapa sesuai dengan aku, so dia bagi ubat lain, ubat saja dah RM16000 campur duit wad, procedure dan lain-lain jadi RM18000. Bayangkanlah..dengan tiap-tiap bulan aku kena ambik suntikan tu, susah hati jugak la. Sobs!

Dengan penyakit yang aku hadapi ni aku akui aku tak dapat bagi A dalam semua perkara dalam kehidupan aku, lebih-lebih lagi dalam bab pelajaran anak-anak aku, Malam adalah waktu yang sangat letih untuk aku, dan seboleh-bolehnya aku nak rehat saja, dulu aku cuba juga luangkan masa untuk tengok buku pelajaran depa, cuba jugak untuk mengajar homework depa tapi aku buat semua tu dengan terpaksa, last-last aku yang pressure, lebih letih,lebih sakit. Aku fikir kalau aku boleh kerja dan jaga diorang dgn baik tu dah cukup syukur, So aku tak tekankan sangat dah tentang pelajaran diorang, bukan sengaja aku nak abaikan bab pelajaran diorang, tapi Allah lebih mengetahui apa yang aku lalui, aku yakin sampai masa diorang akan tahu fikir sendiri, sampai masa cepat atau lambat, mesti timbul minat dalam diri depa untuk belajar dan berjaya. Kalau tak minat pun takpalah sebab aku percaya haluan untuk anak-anakku telah ditentukanNya. Restu dan doa aku sentiasa bersama mereka. Aku yakin semuanya dah tertulis di Loh Mahfuz. Cemerlang dalam peperiksaan bagi aku adalah untuk meraih pujian dan kebanggaan didunia saja, aku tak kisah kalau tak dapat semua tu, Walaupun satu hari nanti anak-anakku tak dapat menjadi seorang doktor,majistret ataupun lawyer cukuplah jika mereka menjadi manusia yang bertanggungjawab dan menjadi anak anak yang menyantuni aku sampai akhir hayat aku. Rezeki dah ditentukan Allah dan aku percaya pada rezeki Allah. Hidup didunia pun sementara saja, hidup di Akhirat sana yang kekal abadi. Tak apa kalau mereka tak berjaya didunia, semoga mereka berjaya di akhirat sana, Aamin Allahumma Aamin.

Sampai sekarang selepas 10 tahun aku masih belum sembuh, masih tak dapat duduk melepak kat lantai macam orang lain, masih solat guna kerusi, masih jalan senget benget, namun masa merawat segalanya aku reda dengan ketentuan dan ujian yang telah Allah berikan padaku, telah disebut dalam AlQuran Allah tak akan menguji hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya, So, aku tau aku layak untuk ujian ini. Aku tak duduk ja kat rumah menunggu mati..aku tetap buat kerja rumah, tetap jalan-jalan, tetap pergi kerja, tetap bela kucing yang berderet deret dan tetap enjoy my life, walaupun hidup dengan penuh kesakitan. Dan tiap-tiap hari aku tetap ambil ubat demi nak meneruskan kehidupan. Cuma kadang-kadang timbul jugak rasa malu dan rendah diri sebab tak dapat jalan cantik macam orang lain, asal jalan saja senget, asal senget saja jalan. hmm! lebih-lebih lagi kalau hari tu sakit aku terlebih,bengkak pun lebih, lebih lagi la kesengetannya, kadang-kadang aku perasan ada mata yang perhati, dalam hati depa mesti tertanya-tanya kenapa aku jalan hodoh, kesian kat depa, tak mau datang tanya aku sendiri, kalau tanya mesti aku boleh jawab segala kemushkilan depa tu. Nak tergelak pun ada sebab kat tempat kerja macam-macam spekulasi timbul, yang berani datang tanya aku face to face takpalah.. yang tak berani tanya,pandai pulak depa reka cerita sendiri kononnya aku dulu eksiden sebab tu jalan macam tu, tergelak aku bila cerita tu sampai kat telinga aku.Tapi kadang-kadang aku rasa ok.sebab bila pikir balik aku cuma jalan senget, jalan buruk dan walau sakit macam mana pun aku masih boleh jalan, aku masih berdikari, apa lagi yang aku mahu, kerana ada lagi insan yang lebih malang dari aku dalam dunia ni, yang tak boleh jalan. Aku sakit sakit pun masih boleh jalan, Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi.

So, pada sesiapa yang mengidap Rheumatoid Arthritis ni aku harap sentiasa tabah dan berfikir positif macam aku jugak, sebab jika kita berusaha melawan penyakit ini dengan aktif kita masih akan dapat menikmati kehidupan kita, Jika tidak, mungkin kita akan lumpuh dimasa depan sebab aku pernah terbaca mereka yang mengidap arthritis akan dicacatkan oleh penyakit mereka sendiri. So sad, dan yang paling sedih arthritis ni sejenis penyakit yang tak boleh cure.dia akan sentiasa aktif dalam badan kita. sampai mati takkan sembuh kecuali dengan kuasa Allah. Kalau ada emak, adik, kakak atau isteri yang mengidap penyakit ni layanlah mereka dengan baik, sedikit belaian kasih sayang sudah cukup untuk meringankan beban kesakitan yang mereka tanggung sebab kalau korang nak tahu sakit yang aku rasa tu memang sakit sangat, Allah saja yang tahu. Pada yang baru nak dapat penyakit ni rawatan awal sangat penting, jangan biar dah teruk macam aku baru nak berubat. Sebab menurut doktor kalau dapat rawatan awal masih ada harapan untuk menghalang kerosakan sendi dari terus berlaku.

Akhir sekali pesan dari aku,sentiasalah berhusnuzon dengan Allah, terima apa yang Dia bagi dengan redha, kalau sihat pun dari Dia, kita sakit pun sebab Dia yang bagi, Sakit dalam satu jangka masa yang amat panjang adalah tanda rahmat dan kasih sayang dariNya, Semoga inilah yang menjadi asbab dan jalan untuk membawa aku dan kita ke Syurga. Aamiin Allahumma Aamin.

75 ulasan:

  1. Salam kak..saya sedih baca kisah kak..saya pun penghidap reumatoid athritis..sejak umuq 22 sekarang dh 26..saya faham apa yang kak rasa...saya pun alami...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih siti habsah,semoga kita sama² tabah menghadapi ujian dari Allah ni ya..terima kasih juga sudi tinggalkan komen😊

      Padam
    2. Salam..sedih dgn kisah puan. Sy lelaki, lebih berat nak tanggung sakit ni, dah sebulan kena..sdg belajar terima keadaan..

      Padam
  2. Salam kak..saya sedih baca kisah kak..saya pun penghidap reumatoid athritis..sejak umuq 22 sekarang dh 26..saya faham apa yang kak rasa...saya pun alami...

    BalasPadam
  3. salam kak,sy pon menghidap penyakit yg sama..dh hampir 11tahun.sy memahami perasaan akk.sy jugak dh mula berjalan senget.tapi sy masih bekerja.dh 2 kali keguguran.mungkin faktor ubat ubatan yg dh lama sy ambil.sy harap semua sahabat2 yg senasib dengan kita tabahlah menghadapi dugaan.
    kepada puan siti habsah mohd noor ni no saya bolehla puan hubungi saya untuk berkongsi apa2 berkenaan penyakit yg kita hadapi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm liza pun dah lama jugak ya mengidap penyakit ni, maaflah akak lambat reply, tak perasan ada komen sebenarnya..insyaAllah nanti senang kak wasap liza ya..

      Padam
  4. no no sy 0175904353(liza)

    BalasPadam
  5. As Salam Kak. Kagum saya dgn ketabahan akak. Saya baru je dpt tahu yg saya mengalami Rheumatoid Arthritis dan juga Sacroiliitis dlm 3 bulan lepas. Kekejangan dan sakit yg teramat sangat terutama sebelah pagi dan menyebabkan saya selalu tak dpt bekerja seperti biasa. Saya dah tak berani nak mengangkat benda berat. Saya nak tahu, Dr Anwar tu bekerja di KPJ yg mana? Ingin saya buat rawatan susulan dgn beliau. Informasi akak didahului dgn ucapan terimakasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaykumussalam, allahu maaf lambat akak reply, dah jumpa belum dengan doktor anwar..dia dekat Kpj klinik rheumatology, boleh jugak cari dia dekat seberang jaya, sekarang dia bukak klinik sendiri..adik boleh tengok dekat fb dia Anwar Samhari..

      Padam
  6. Salam. Nama saya fatin. Umur 23, masih belajar. Rheumatoid arthritis dapat dikesan dari umur 20. Sekarang doktor cadang saya guna biologics. Ada pendapat tentang ubat ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaykumussalam fatin, maaf akak lambat reply, cemana sekarang dah guna ubat biologic belum, takpa ikut saja cadangan doktor tu, akak sekarang pun masih dalam rawatan biologic..nanti kalau fatin terbaca komen akak ni reply la balik ya..share ubat apa yang doktor bagi untuk fatin..akak 4 tahun lepas doktor pernah bagi enbrel ubat biologic..kena balik inject sendiri kat rumah..cucuk dekat perut..tapi 6 bulan ja akak ambik..lepas tu doktor stop sebab dia kata enbrel tak sesuai untuk akak..

      Padam
  7. Salam akak.saya pun penghidap rheumatoid arthritis sejak 2007. Sejak dari 2007 sy follow up dgn pakar rheumatology di hospital putrajaya.saya makan ubat sulfasalazine dan alhamdulillah serasi selama 7tahun ni makan ubat tu.saya dh tak sakit-sakit teruk.sekarang akak masih follow up dgn dr anwar ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. asslm wamy yusoff...ok ke awk mkn sulfasalazine ? sy google byk kesan buruk ambik ubat tu..

      Padam
    2. asslm wamy yusoff...ok ke awk mkn sulfasalazine ? sy google byk kesan buruk ambik ubat tu..

      Padam
  8. Assalam. Pada semua sahabat saya ingin kongsikan pengalaman daya jugak. Saya sudah lama mengidap RA cuma baru menyedarinya 4 tahun yg lepas. Alhamdulillah selepas berjumpa dgn Dr Shukor di KPJ Tawakal RA saya terkawal. Saya boleh buat kerja seperti orang lain dan menjalani hidup spt org lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk tye, klau bersila blh lg x?sbb sy skrg nk naik divider tgi pn dh xblh.. Kaki sbelah kiri rsa mcm dh keras dh.

      Padam
  9. Salam kak, isteri sy hadapi penyakit ni, rawatan kat dr ni bape harganya? Area mane..ni no sy 0193087897

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahal juga la rawatan untuk pesakit RA ni nmber dr anwar boleh call untuk tanya 0164148095/043838829 alhamdulilah sekarang saya bertambah sihat selepas jalani rawatan biologic..

      Padam
  10. As salam kak.. Sy aishah pengidap RA jgk.. Skrg doc bg sy ubat tahan skit.. Ap nma ubat tu meloxicam xsilap, n bnyak jgk ubat dye..tp tgk pd ujian drah tiap 2bulan msih tgi kdar radang sy nie.. Sedih sgt.. Sy dduk dgn mertua.. Kdg2 nk bt kje dtg penat xlarat n skrg paru2 sy mengeras n trpaksa ambk ink healer 😢😢 smoga Allah bg syurga untuk kte nti.. Sbb dgr doc ckp skit nie sush nk smbuh😥

    BalasPadam
  11. Ni no sy kak klau akak nk share ap2 0193258449

    BalasPadam
  12. Kak.. Sya bru blik hospital doktor kata sya golong pnyakit RA nie.. Tpi ptg n tgh mlm bdan sya panas sgt2..klo sya byk brgerak duduk lma msti lenguh2 bdan doktor xbgi ubat ape2.. Sya rsa mcm nie thun lpas.. Lpas sya krje angkat bnde berat.. Umur sya bru 21 thun.. Sya xthu nk than skit mcm mna skrg sya pksa jgk utk brgerak kdang sya buat bunyi tulang sya lpaskn lenguh.. Skit xtrtanggung.. Doktor kta pnyakit adik bradik SLE.. Spupu sya sakit SLE.. Dh meninggal.. Skrg sya pksa brhnti krje utk brubat.. Sya pracangan nk smbng bljr n nk berkerja mcm org lain..

    BalasPadam
  13. Sy jg pesakit RA... sedih bc kisah ni... sama apa yg dilalui sblm ni... jatuh bgn seorg pesakit RA... moga kita semua dlm lindungan Allah... Allah yg beri kita ujian ni... diuji dgn kesakitan... Allah jua yg tau hikmah yg tersembunyi itu... redho dah..
    y

    BalasPadam
  14. salam..kalau sakit tumit tu antara tanda RA ke?

    BalasPadam
  15. semua boleh try vivix shaklee. mhal sedikit tp sayang kn nyawa kita or org trsayang dlu. apa nk brkira psl nyawa kan. mak sy pun kena jgk. minum konsisten bln2. bln pertama da kurang sakit. boleh gerak2 da kaki dr awal xleh pijak lantai lngsung. sy share bnda baik. bkn jual :)sama2 kita ikhtiar

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum semuanya. Sy xberani nak komen banyak2. Tetapi boleh cuba. Anak sy pernah kena artritis juvenil. Memang sy dan isteri cukup tekanan.bayangkan dgn segala kemungkinan yg bakal dihadapi berikutnya. Akhirnya sy buat sendiri ubat untuk anak sy. Hanya gunakan minyak kelapa bersama ramuan rempah ratus moyang sy Dan tambah 3 jenis kayu herba hutan. Alhamdulillah...hingga kini anak sy sembuh sepenuhnya. Normal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan sy seorg pesakit RA.. Sy sedih bila pikirkn Anak2 yg msh Kecil bila tahu penyakit ini tiada penawarnya.. Blh sy tau ramuannya dn ingin mencuba.. Blh hubungi sy 0193818262.. Terimakasih

      Padam
    2. Salam tuan sy seorg pesakit RA.. Sy sedih bila pikirkn Anak2 yg msh Kecil bila tahu penyakit ini tiada penawarnya.. Blh sy tau ramuannya dn ingin mencuba.. Blh hubungi sy 0193818262.. Terimakasih

      Padam
    3. Salam tuan.boleh kongsi tak apa a herba utkbskit RA.sbb sya pun sakit ra jga.kdua tgn,leher siku dmua sakit.nleh wsp 01117824761

      Padam
    4. Salam..Ada jual tak minyak yg tuan buat tu..

      Padam
    5. Salam blh sy dptkn nma jenis kayu herba htan tu

      Padam
    6. salam...tuan anak saya baru ja dlm 3 bulan kena penyakit ni... boleh saya hubungi tuan no saya 012 6522653 jalan kebun klang

      Padam
  17. Tiap penyakit ada ubatnya. Ubat ini yg Sy hasilkan hanya jika ada permintaan. Daripada menanak kelapa...meramukan bahan...renyahhh...tapi hasilnya...syukur pada Allah SWT

    BalasPadam
  18. Pilunya rasa bila baca kisah penderita RA. Saya juga salah seorang dari penderita RA. Skrg tgh dptkan rawatan ulangan di Gleneagles. Setakat ni, melalui xray, belum menunjukkan tahap yg serius. Ubat yg saya ambil, antaranya, Prednesolone (steroid) , Arava, plenequil, vitamin (kalsium) ubat gastric. Bila sakit ni menyerang mmg seksa. Jari sakit, sendi bahu, rahang, lutut. Baru2 ni saya admitted sbb ia serang dibukulali.bisa, berdenyut2, dan seluruh kaki menjadi bengkak. Bukulali tak boleh sentuh. Sakit yg amat. Entahlah.. Sakit mcm ni takkan ada org yg faham, kecuali bila dah kena pd diri sendiri. Pernah jugak secara tiba2, benda yg saya pegang boleh terlepas. Pegang sudu yg ada makanan, tak sempat suap ke mulut pun boleh terlepas tanpa sebab. :'(

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum..maaf sy nak bertanya rawatan biologic tu..rawatan macam mana yer..mahal tak kos perubatan? sy penghidap RA jugak..sendi pergelangan tangan sy sudah tidak bergerak lagi.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum.. Semoga terus tabah dan sembuh dr penyakit puan. Sy pun baru ambik ujian darah buat kedua kali utk mengesahkan menghidap RA. Tunggu keputusan 2minggu lagi. result pertama setinggi 93..

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kak... Saya pn baru dapat tau yg saya positif sakit RA ni... Smga kita sama2 tabah mghadapi skit ni..mugkn klau ada apa2 info yg dpt mmbntu mgurangkan sakit ni share2 yer

      Padam
  22. Sekarang n ramai ya yng mengidap RA...muda2 la....termasuk la saya...kalu sapa2 yg Ada info boleh share dgn sya...0128271004....sya Ada kenal sorang makcik nie masa pi jumpa pakar...dia dah 30tahun lebih mengidap RA..Dari umo 30an smpai sekarang umo 60an...hanya bergantung pada ubat untuk kurangkan keradangan...

    BalasPadam
  23. asslm..kk sakit pd sendi tgn..bgkak..blum buat apa2 prubtn..td pi klinik dok suruh buat xray..esok kk nk buat .dok bimbng kk mngidap RA.. ya Allh sedihnya..kk rasa..kk bru je khilngn mak seminggu lepas..mninggal dunia..skit buah oingngg kronik..ksefihn ni oun blum hilang...

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.

    Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 👉🏼 En Mohd Zuhairi- 017 468 7570

    2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
    Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital👍🏻

    3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

    4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
    - Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
    Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
    - Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
    - Masalah Keputihan
    - Darah Tinggi
    - Buah Pinggang

    5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit

    -Sy share mlalui
    pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.

    Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.💪🏼

    Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
    Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
    Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
    Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
    ~~~~
    Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570

    💐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
    In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn

    BalasPadam
  25. NOTE :
    Kebanyakan pesakit2 yg mengambil penawar jus ini tetap meneruskan temujanji doktor masing2....tidak boleh tinggal kan rawatan hospital utk melihat perubahan penyakit mereka...walau bagaimana pun..mereka mengatakan terdapat perbezaan jika membuat rawatan hospital ketika bersama2 mengambil jus ini dan dgn tidak mengambil nya.. jus ini diteruskan oleh mereka apabila kesan nye mereka tidak rasa sakit teruk semasa rawatan hospital dan kekal cergas bertenaga dan menambah selera makan terutama nya semasa rawatan kimo.
    - Ia bukan lah jus rawatan yg memanaskan badan anda. Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN dan ia merupakan herba yang amat perlu di miliki oleh setiap pesakit..

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring


    BalasPadam
  26. As salam.... selepas 3 thn baru saya sedar yg saya menghidap penyakit RA... sedang berubat dgn Doc Abdul Shukor KPJ Tawwakal KL. Susah juga sebenarnya yer nak menguruskan kehidupan hari2.. senyiasa berasa sakit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sue smoga Allah memberikan kesembuhan dan penawar kepada penyakit ini. Jgn putus asa. Suami sy tengah sakit. Doc syak RA. Boleh sy tahu apa rawatan dan ubat y diberikan oleh Dr shukor.

      Padam
  27. Kalau ra ni ada ke tahap yg serius dan tahap yg kurang serius ye. Saya bru diagnose tp ukuran 8 .cuma hospital tu x de pakar. Doc sy x berani nak komen. Allah.. takut juga dengar kesakitan ni. Tp saya ade tgk di YouTube dr jue.dia bertukar dari ubat ke supliment dan cara pemakanan. Saya ni memang rasa demam lah sekarang ni. Buat masa ni x consume apa2 ubat. Rasa sakit makan panadol.tp akn dirujuk juga pd doc. Ni sakit autoimmune. Mungkin kita boleh cuba supliment yg boleh balance kan imune balik. Wallahualam

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum..sy jgk ada pnyakit ni RA..sedih sgt baca blog ni..sbb sama dgn khdupan sy skrg😭😭😭😭😭😭😭

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum..sy pon ade RA.. since 2012.. umur mse tu 26 taun.. rse mcm org tua jugak la.. awl diagnose mmg rase sedih sgt la..memula sbb demam.. sendi kt ibu jari bengkak.. doc suruh ambk drh utk confirmkn btl ke RA.. bile da dh ujian drh..mmg confirm ade RA doc nasihatkn pegi cr hospital yg plg dkt dgn rumah yg ade rheumatologist..sy pn pilih sunway medical centre..sbb tu plg dkt dgn rumah..mkn ubat methotrexate tu memula..rse gak la kurg tp lps tu ade effect dkt liver function.. then doc tuka ubat sulfasalazine xbrape jln..still stiff (kejang) mse bgn tdo..
    To make it short.. sy ade pegi rawatan homeopathy.. alhamdulillah..ade kurg dr sblmnye walaupon x sihat sepenuhnya.. xde kejang2 dh bgn tdo..cume klau sejuk ade la rse kebas2 skit..sy taw penyakit nih mesti ada penawar nye. Sbb semua pyakit ade ubat.. tp xjmpe lg..cume jge pemakanan..sy rse lebih kerap sakit klau mkn daging2.. atau seafood..so sy kurgkn ambl..pada semua yg ade RA ni. Jgn putus hrpn .ikhtiar berubat ok..Allah tak uji kite lebih dr ape kite mampu.. dan kite di uji sbb Allah sy.. tenang yea.. sy harap Allah akan sembuhkn kite semua secepatnya. Aminn.. Mgkin cr ni asbab kite semakin dekat dgn Nya... Salam :) HN

    BalasPadam
  30. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeLXrcZRZ3pqJiq4c1M6nZj-G01soXgnX1z0mDlv4Or2C0Wag/viewform?usp=sf_link

    hello, good morning.
    i'm fitrah. i am conducting a survey on functional abilitis of upper limb/extremities for person with RA. it is because my mom also one of it. thus i choose this title for my final project to know more about the condition and how pain, morning stiffness can impact functionality in daily life.
    i hope madam/ sir willingly help me to fill the survey.
    your information will be keep safely and not spread to other.

    BalasPadam
  31. Bole share d FB penulisan ni sbb sy pn penghidap RA about 8y

    BalasPadam
  32. Salam semua, saya baru diagnosis positif RA sebulan lepas,bermula dri ibu jari tangan yg sakit,then selepas sebulan msih sakit then beralih ke kedua belah lutut, masyaAllah sakitnya tuhan saja yg tahu setiap kali nk bangun tido,menangis rs nk bwa kaki, skrng sya check ngn doc ismail di hos pusrawi, tpi skrng dah refer to hosp putrajaya untuk refer rhemutalogist. Bila bc mengenai RA ni,masyaAllah,tkut betul tpi saya selalu berdoa pd Allah, jika penyakit ini mendekatkan saya pdnyaMaka saya rela. Tpi jika penyakit ini menjauhkan saya pdNya maka sembuhkanlah. Semoga kita semua tidak putus semangat insyaAllah setiap penyakit pasti ada ubatnya,allah menduga kita pasti ada sebabnyaungkin asbab untuk kita kembali kepadanya,jika sebelum ini kita terleka.

    BalasPadam
  33. Puan, saya juga pesakit RA. Dah 14 tahun. Semoga Allah sembuhkan kita semua, dikurniakan ketabahan dan moga2 sakit ini menjadi kafarah dosa2 yang lalu.

    BalasPadam
  34. Salam semua..klu ada yg sudah sembuh dari penyakit RA bgtau ya..sy nk tahu penawarnya..tak tahu nk rawat mcmna.asyik makan pain killer..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya terkena sakit psoriasis Arthritis Feb 2019,sekarang saya dah boleh ubat pain killer, saya cuma masih makan mtx, acid folic n chloromine , supplement saya makan cmx/afx (sejenis rumpai laut) alhamdulillah saya nak stop mtx, doktor izinkan lagi, disamping tu saya juga amalkan minum jus halia dicampur lemon dan serai...
      Kalau bab makan semua saya kata boleh elwrgic n gatai, tapi dok kata tu bukan elwrgic boleh makan, saya dgr UTube Dr jue, Dr Nordin darus Dr Zaiful akbar kita kena jaga makanan. Saya nak sangat jumpa Dr Nordin darus...katanya boleh sembuh dlm masa 6 bulan kalau betul2 pantang makanan.
      Ini no saya 0166760620 kalau ada nak share apa2. Saya doakan semua pesakit RA kuat tabah dan sabar, jgn putus harapan, selalu baca Quran setiap hati 1 juz , kita ikhtiar apa saja. Ujian dugaan , redo dan ambil hikmahnya.

      Padam
    2. Sila tinggal no wahatsapp snang nk hbugi. Tq...

      Padam
  35. Salam semua saya ingin share artikel minyak zaitun untuk arthritis. Anda boleh klik di link https://assayedolivehouse.com/arthritis/

    https://www.oliveoiltimes.com/health-news/arthritis-foundation-recommends-olive-oil/63385

    BalasPadam
  36. Saya juga pesakit arthritis baru lagi hampir setahun umur baru 26tahun lelaki pulak jarang2 lelaki nak kena sakit ni memang sakit memerlukan semangat yang kuat untuk lawan penyakit ini yang penting jangan mudah putus asa hidup pasti di teruskan...

    BalasPadam
  37. Sape2 yang ade tahu ubat atau rawatan untuk memulihkan arthritis tolonglah share supaya dapat membantu kita semua kalau tak boleh pulih pon dapat mengawal supaya tidak lebih teruk untuk meneruskan hidup seperti manusia lain

    BalasPadam
  38. Saya pun tahu pesakit RA sekarang nk buat rawatan ke hospital susah keadaan sekarang.cuma mkn ubat tahan sakit je Dr kt klinik bagi.klau ada yg tahu ubat apa yg bagus bagitahu ya.sementara nk jumpa DR pkar selayang nti.sendi jari2 tangan saya sakit sgat.bleh la wsap saya 012 9335557 tlg ya

    BalasPadam
  39. Aslmkum.. 1bln yg lepas sy g ke klinik.. Doctor x ray kaki n tangan sy.. Then refer kt Ppum.. Dsbbkn covid 19 n PKP nie sy x berani nk pegi hsptl.. Blh share apa2 info dkt sy mengenai RA... Tima kacih.. Tlg ye

    BalasPadam
  40. Salam ada sorang rakan saya hidap masalah arthritis pada tangan. Saya suggestkan beliau makan minyak zaitun, cuka, madu, delima. Alhamdulillah dengan izin Allah dia sembuh. Yang paling utama harus berhenti sementara waktu pengambilan gula putih dan tepung putih seperti kuih, roti, biskut, pasta. Ini menyebabkan keradangan dalam badan. Perbanyakkan pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun,santan fresh, coconut oil, avocado, pure butter(anchor). Pengambilan lemak sihat akan menguatkan sistem imuniti tubuh badan dan juga memberikan tenaga.

    https://www.oliveoiltimes.com/health-news/arthritis-foundation-recommends-olive-oil/63385

    Boleh whatsapp 0123736354.

    BalasPadam
  41. Terima kasih kerana saya dapat membaca pengalaman kawan2 dalam blog ini
    saya sendiri ada la RA dan sedang menerima rawatan pakar hospital
    semoga penyakit ini ada penawarnya
    ubat yang dapat mengubati RA

    BalasPadam
  42. Kak oyen blh x wasap sy 0126985269 sy nk ty kak buat rawatan apa skrg

    BalasPadam
  43. Sedih baca nya... somi kita baru je kena��������������dia asik moody jer...wat betoi pon kena marah...wat salah lg kena...de tak amalan ayat al quran yg boleh di kongsi.... wassap ler saya 0125866744-pae

    BalasPadam
  44. Ap kata kita buat group utk RA...senang nk tanya ap² ubat... Sy salah sorang pesakit RA dri umur 22Thn...
    Ni no ws 0139853217

    BalasPadam
  45. Kak blh wasap saya? Adik saya dh 3minggu tak dapat jalan umur 33tahun, doc ckp dia pengidap RA. Sebelum ni dia mmg ada gout tp biasa 3-4hari dia ok dh ni dh dekat 4minggu terbaring shj mula2 dia ok, skrg ni dia nampak down... 0146424799

    BalasPadam
  46. Abg sy baru je alami simptom2 RA ni.. dan dia ada semua radang sendi2, buku lali, lutut, jari, bahu, siku.. sy sedih tengok keadaan dia yg sush nk bergerak, sakit amat..skrg dia ada mkn t.prednisolone, dgn painkiller je.. sementara dr sahkan betul2 samaada RA, tp dr syak RA.. tolog bantu sy mcm mana untuk handle smua ni..sy berharap sgt semua yg senasib dgn abg sy dapat share pengalaman dan perjalanan sepnjg didiagnose dr RA.. ni no sy 0196014991.. klu ada group, mohon add kn no saya.. untuk kongsi hal2 tentang RA ni dan rawatan2 serta ubat ubatan..😢😌

    BalasPadam
  47. Saya 3 bulan dh kena RA. Makan methotrexate seminggu 4 biji. N folik asid. Sekarang sendi masih sakit. Dh 11tahun kencing manis dgn insulin. Suntik 4 kali sehari.ada juga makan suplemen Dr Dr jue rm 530.namanya paramylon arx. Sekarang boleh bertahan.Alhamdulillah.

    BalasPadam
  48. Allahuakbar ramai juga pesakit RA. Semoga di permudahkan segala urusan kita. Sy juga ada RA. Diagnosed 10/2018. April 2020,Dr stop mtx sebab CRP & ESR sy da turun ke tahap normal. Tp baru2 ni RA tu serang balik. Maybe sebab perubahan gaya hidup sy sejak setahun yg lalu. Saya akan dptkan consultation dr Dr & mula amalkan balik gaya hidup sy 2 thn lepas yg membuatkan bacaan CRP & ESR sy normal.
    Keep fighting guys. Aamiin

    BalasPadam
  49. Ayah saya baru di diagnosed RA..jika ada group or info,minta jasa baik utk add saya..0195790948..saya doakan semua pesakit RA akan sihat seperti sedia kala..terima kasih

    BalasPadam
  50. Saya jg baru di diagnosis sakit RA ni..hanya ubat tahan sakit d beri..kalau ada grup wsp perkongsian tentang RA ni tolong add no sya ya...01151827475

    BalasPadam
  51. Saya juga mengalami simptom RA..cuma belum disahkan.. tapi memang setiap hari kena lalui..solat pun atas kerusi.. sakitsendi tangan dan sendi kaki mebuatkan saya susah untuk sujud.. mula mula kena, pikir sekejap jer sakit ni. Tetapi memang setiap hari rupanya tak elok elok sehingga sekarang..

    BalasPadam