Ahad, 7 April 2013

Pincuk Buah rokam

Assalamu'alaykum Blog..nampak tak kerajinan aku sekarang..betapa rajinnya aku mengupdatekan blog ni..tak kisahlah walaupun topiknya entah apa-apa entah...janji aku update kan kan! Nak compare dengan dulu setengah tahun sekali pun susah aku nak update blog..mmg kemalasan tahap gaban tuh..padahal macam-macam citer aku nak abadikan kat sini..tapi malas punya pasal semuanya terlepas cenggitu jer....Ok! Sudah! baik haku diam sekarang!! Kalau dah start bercakap macam tulah mmg tak leh stop dah..huhuuu....

Wokeh! Mulakan dengan topik aku hari ni..Korang pernah tengok tak buah rokam? alaa..buah bulat2..kecik kaler merah..masam rasanya...Satu malaysia panggil dia buah rokam tapi aku panggil buah asam tumis..tak tahulah kenapa..dari aku kecik lagi aku dengar aruah tok aku panggil dia macam tu..
Nilah rupa buah rokam masa masih kat pokok ( gambar ihsan dari pakcik google)
Kat umah mak sedara aku ada buah ni..mak sedara tu mak menakan tau orang penang kata, aku pangge dia makchak, atau emak besaq, satu satunya mak menakan aku kat dunia ni yang aku sayang hihi, kalau pokok ni berbuah banyak mak besaq aku akan call la suruh aku p amik sbb dia tahu aku memang suka..hah! apa korang cakap..best! takdak apa yang nak dibestkan sangat pun setakat buah rokam ni jer...kalau umah mak besaq aku tu ada buah anggur ker buah stoberi ka..takpalah jugak aku nak tumpang berbangga..hehe..tapi kawan2 aku pun ramai gak yang kata best sebab kata depa buah ni susah dah kita nak jumpa la ni..dah dilanda kepupusan..

Tak ramai orang yang reti nak makan buah ni..kat sini aku nak ajar korang cara nak makan buah ni..aku selalu buat pincuk..jangan tanya aku kenapa nama dia macam tu..aku pun tak tahu..mmg sedar2 jer aku tau makanan tu aku panggil pincuk...Buah ni kalau korang buat pincuk..gerenti tak buang punya..korang boleh makan licin sampai menjilat mangkuk..aku yang tukang cerita ni pun dah rasa menitik ayerlio..

Bahan-bahan untuk pincuk ni..
Cili padi
Belacan
Garam dan gula secukup rasa

Sukatan korang jangan tanya banyak mana..aku pun main agak2 jer..depend la buah korang tu banyak mana..Gula pulak mesti lebih dari garam..sebab buah tu masam giler..nak balance kan balik masam tu..Cara-cara nak buat dia korang tumbuk cili padi, Belacan dan garam sampai lumat..lepas tu tumbuk buah rokam ni tadi dalam lesung..tumbuk sebiji sebiji..jangan tumbuk sampai hancur..tumbuk bagi dia pecah pecah jer..sambil tumbuk sambillah korang kaup letak dalam mangkuk lain..nanti penuh lak lesung batu tu...tumbuk sampai habis buah tu..akhir sekali masukkanlah gula dalam mangkuk tadi..kacau then adjust rasa dia..korang tambah lah apa yang kurang..garam ker gula ka...buah ni dia berjus..bila tumbuk dia akan keluar air sendiri..tak perlu letak air...So korang kena tumbuk pelan-pelanlah yer sebab dia keluar air nanti mercik mata naya...Haish! takkan itu pun aku nak bagitau kot...:) Korang jangan lupa cuba tau..Babai...



Buah Rokam yang masih belum ditumbuk
Pincuk yang dah siap..tunggu masa jer nak di nikmati...mmm..sedapnya...Bon appetite.





9 ulasan:

  1. kat mne boleh dpt buah ni??ade di negeri mne??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tgk komen ni..actually tekejut jugak..ada jugak yg sudi singgah blog saya..tq anyway..saya kat penang..tak pasti buah ni asal mana tp masa kat tempat kerja dulu pun ramai yg tak tahu tentang buah ni..kalau ada yg tahu mesti dia tu org utara.

      Padam
  2. Tq2.. kami baru dpt buah rokam ni..kwn bawak..perghh masam.. tapi pikir balik mesti ada cara makannya..hmmm nak try la buat sambal ni mcm sedapp je..

    jemput jenguk blog sy..tq
    mohkitasihat.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi, sama2..komen ni pun saya baru tgk..maaflah dear sekelian..insyaAllah nanti saya ziarah blog awak ya

      Padam
  3. Yeahhh rindu buah rokam... sejak pokok ni tumbang disambar petir kat umah tok, da xmkn da... adoyaii...

    BalasPadam
  4. Yeahhh rindu buah rokam... sejak pokok ni tumbang disambar petir kat umah tok, da xmkn da... adoyaii...

    BalasPadam
  5. zaman budak2 dl suka makan buah ni...tp skrg susah dah nak dpt...ada lg x buah ni skrg sis?teringin nak makan plak..klau ada bgtaw ye sis. nak beli..

    BalasPadam
  6. saya org johor..rumah arwah atuk sy ada pokok buah ni..dulu masa kecik2 suka petik dna mkn gitu je..sedap..masam2..

    BalasPadam
  7. Mai la amik ,kami sedekah.,penuh di pokok ni,.area salak tinggi selangor.0122689284

    BalasPadam