Isnin, 29 Jun 2015

Ayam panggang ala kenny rogers menggunakan periuk noxxa.

Assalamu'alaykum semua,
Hari ni dah masuk hari ke12 berpuasa, bising betul hari ni, dari pagi sampai nak masuk tengah hari jiran sebelah ni dok pasang radio kuat kuat. Menguji kesabaran sungguh. Depa buat kenduri semalam, jadi sampai hari ni tak puas lagi pasang lagu. Dah la semalam pun berdentum-dentum sampai subuh. Sabaq sajalah..takpelah biaqlah jiran sebelah tu..nanti lama lama diamlah kot.

Hari ni Isnin, Amir tak pi sekolah harini. Demam katanya, aku pegang badan dia memang panas pun, biaqlah dia, kesian pulak nak paksa jugak. Dahlah puasa, bukan apa, takut jadi macam sebelum ni, paksa juga dia kesekolah, last tak sampai pukul 10 cikgu dah call suruh datang ambik..sebab tak larat sangat dah kat sekolah.



Entry hari ni sebenarnya nak cerita pasal menu berbuka semalam, aku masak ayam panggang ala kenny rogers. Selalu aku kalau buat ayam panggang resepi mesti versi hentam saja..main letak apa saja yang terlintas, tapi kali ni tak, kali ni aku ikut resepi..resepi ni banyak boleh dapat dekat blog-blog masakan yang lain..semuanya macam sama saja, siapa owner sebenaq pun aku tak tahu..hmm dari segi rasa pulak, bagi aku ok, sedap jugak..tapi kalau ada kentang mesti lagi sedap..bakaq sekali dalam periuk noxxa, malangnya takde stok kentang kat rumah.

Kebetulan aku buat video sebab ada kawan mintak tolong ajarkan step by step cara panggang ayam dalam periuk ni..jadi aku pun buatlah.. Kesian juga kat kawan kawan. Dah beli periuk tapi tak berani nak guna..aku pun bukan pandai buat video. bolehlah ala kadaq asalkan orang lain boleh faham cukup lah. Dah alang alang ada video aku share terus lah kat sini..senang cerita.

Hmm aku cuba download video terus kat sini tapi tak tahu pasaipa macam tak funtion ja..takpalah aku Share link youtube saja no.. Nanti hampa leh tengok, kalau hampa nak tengok la, kalau takmau tengok pun takpa..takdak masalah..



Ok jom tengok resepi dulu..

Ayam panggang ala kenny rogers.

Bahan - bahan untuk perap ayam :
(aku guna semua separuh dari sukatan sebab buat 1/2 ekor ayam saja.

3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (aku ganti kicap manis dan sos tiram)
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mix herbs ( aku campur oregano)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan
Sedikit mentega

Cara-cara:
Blend semua bahan dan lumur pada ayam. kemudian perap..ikut suka nak perap lama mana..lagi lama lagi sedap..dalam blog ada yang suggest perap semalaman, tapi aku perap 3 jam saja.

Cara menggunakan periuk noxxa.

Masukkan ayam yang telah diperap. Kemudian tutup. Tekan hi pressure 7minit kemudian tekan on.

Selepas 7 minit tekan button off, angkat tombol untuk keluarkan semua wap. Baru boleh buka penutupnya.

Tekan Button stir fry kemudian tekan on. Balik balik kan ayam sampai nampak warna dia dah cantik. Tekan button off, dah siap. Senang saja..selamat mencuba semua ya.. Hmm ni kalau mak ada mesti dia suka..

Ok gais, sampai sini dulu. Jumpa lagi. Maassalama. 

9 ulasan:

  1. HANYA JAUHARI MENGENAL MAKNIKAM! Rugi taw sape takde periuk ajaib noxxa nih. Usahakanlah dapatkan satu. Siapa yg teringin nak piuk noxxa tuh..mai beli ngan ibuyati. RM670-lengkap ngan beratus resepi noxxa dlm 4 ebook di hantar tru email. Laku keras piuk nih...Biasa ibuyati jual rm720. Katalog price RM788.65. 1 june 2017 harga baru ye...tak jadi naik june 2016 lepas. Pm 019-2494819. harga ahli rm657.20. Harga ahli baru RM614.80. Jadi ahli lah yg terbaik! Pm 019-2494819

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Boleh email kan saya resepi.. Dah beli periuk noxxa n mesin buat mee.

    BalasPadam
  4. Mcm.mana cara nk mendapatkan ebook

    BalasPadam
  5. Wahhh..mmg sdp..sy dh cuba..terima kasih

    BalasPadam
  6. Ada masa nak try buat...Terima kasih pemberi resepi...

    BalasPadam
  7. feberet ni...blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Terima kasih resepi. Insyallah nak try nanti

    BalasPadam