Salam Ramadhan untuk semua, hari ni dah masuk hari yang ke11 kita menjalankan ibadah puasa..sungguh pantasnya masa berlalu..aku sebenarnya nak update blog ni dari hari pertama puasa, tapi tangguh punya tangguh sampailah hari ni. Tahun ni memang berbeza sangat dari puasa tahun tahun sebelumnya.. berpuasa tanpa emak.. sunyi, kosong, sedih, pilu dan macam macam perasaan lagi bercampur baur dan bermain dalam lubuk hati ni..ya Allah, letih sungguh melayan rasa.. Hanya Allah yang maha mengetahuinya..hanya airmata menjadi penawar rindu dan lara hati.
Tahun lepas bulan puasa macam ni pagi pagi lepas hantar Amir sekolah, Aku terus pi rumah mak.. Aku tidur sekejap kat sana, dah bangun aku mengaji dengan mak, sembang pi sembang mai, gelak pi gelak mai.. Pukul 2 start kereta pergi ambik Amir baru aku terus balik rumah..tahun ni lepas hantar Amir aku dah tak ada arah tuju..YaAllah rindunya aku dekat mak.. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Disebabkan aku tak nak rasa keseorangan dan kesedihan, lepas hantar Amir tahun ni aku ke rumah emak besaq.. Sebab tahun ni aku mengaji kat masjid.. jadi sementara nak tunggu waktu mengaji pukul 9 pagi aku lepak la dulu Kat rumah mak besaq..sementara dia ada kan.. tahun depan belum tentu lagi macam mana, entah ada entah tidak. Semoga Allah panjangkan umuq mak besaq dan berikan dia kesihatan yang baik, Aamiin.
Berbalik cerita tentang mak.. Puasa tahun lepas bila petang aku nanti telefon mak, Tanya mak berbuka apa.. Kadang2 mak call aku.. rindunya nak dengar suara mak.. Semalam pun aku dail number mak, saja jer nak lepaskan rindu yang bersarang dikalbu.
Baru ni dua tiga hari sebelum puasa, adik balik dari asrama.. macam biasa bila dia balik mesti ada baju yang koyak, seluar yang koyak.. Dulu aku tak peduli semua kerja menjahit tu, sebab mak yang settlekan, la ni mak dah takdak..memang aku la yang kena jahit semuanya.. nak jadi cerita pulak, dah hari nak balik Asrama baru Adik bagitau jubah dia nak kena jahit, melilau aku cari benang putih. Tak jumpa pulak, Masa dah suntuk mana sempat pi kedai beli benang.. Tiba tiba teringat nak tengok dalam handbeg mak. handbeg mak ada aku simpan sebab masa mak demam dan pergi tu dia memang ada kat rumah aku..sebulan mak duduk rumah aku, menghabiskan sisa sisa hayatnya bersama dengan aku. Bila buka beg dia macam macam la perasaan menerpa..cari punya cari, memang ada benang putih dalam beg tangan dia, dia bawa siap-siap dari rumah. Tap tapp airmata aku jatuh macam tak boleh berhenti.. mak memang penyelamat aku.. bukan saja semasa hayatnya.. masa dia dah takda pun sama..lepas tu aku jumpa acuan kuih siput dalam beg dia.. dia bawak mai rumah aku sebab dia tahu cucu cucu dia suka makan.. Dia angan angan nak buat lah tu..malang nya tak sempat.. airmataku berguguran lagi.
Semoga Allah tempatkan mak ditempat yang paling baik disisiNya..Wahai Pemilik Syurga, Syurga itu Indah, indahkanlah lagi dengan kehadiran mak aku. Ramadhan tahun ni memang sangat sayu.. Tapi aku pura pura kuat demi anak anak. Anak anak aku ni kesayangan Mak, jadi aku mesti kuat supaya anak anak aku bahagia.. bila cucu mak bahagia mesti mak pun turut bahagia di Sana.
Handbeg mak, dah berdebu pun. Jelas lagi nampak dimata aku macam mana mak punya happy bila aku hadiahkan beg ni kat dia dulu. |
Benang putih dan acuan kuih siput yang ada dalam beg mak. |
Alfatihah buat mak, semoga Allah mengampunkan semua dosa mak.. Kak sayang mak dari dunia sampai akhirat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan