Selasa, 31 Mac 2015

Sehari sehelai Al Quran-Alhijr ayat 32-70

Assalamualaikum rakan blog,

Alhamdulillah, berjaya jugak aku hari ni, dah 2 kali aku buka blog untuk update, bukan senang tau nak luangkan masa dan kumpulkan sedikit kerajinan, sebab aku ni bukan spesis yang rajin update blog sebenarnya. Benda nak cerita tu memang banyak actually..tp tahap kemalasan tu melebihi segala2nya.


Kat luar gelap ja dari pagi, angin pun kuat jugak dengan guruh berbunyi sekali sekala, tapi hujan baru turun  renyai2 bahasa saja, alhamdulillah basah sikit pepohon, kat sini pun dah lama tak hujan.

Okeylah ayat untuk hari ni rakan blog,
Jom kita mengaji sama2.

MEMBACA QURAN SATU HARI SATU HELAI

Tarikh:31/3/2015 (Selasa)
Surah:Al Hijr Ayat 32-70
M/S    :264-265
Juzuk:14



صدق الله العظيم
Ayat 32-70✅

Rakan blog boleh join baca ya, kita kutip pahala sama2. Semoga aku dapat membacanya dengan istiqamah. Kita jumpa lgi esok ya untuk ayat seterusnya. Maassalama..

Kelebihan surah At taubah ayat 128-129

Assalamualaikum rakan blog,

Seperti hari-hari lain, Pagi selasa ini juga sunyi tanpa mak disisi, semakin hari semakin sunyi dan sepi, rindunya aku kat mak hanya Tuhan yang tahu, semoga Allah menempatkan mak ditempat yg paling baik disisinya. YaAllah rindunya aku pada mak syurga dunia akhiratku, YaAllah, Kau sampaikanlah salam rinduku ini pada mak aku yaAllah..Amin..

Dan airmata pun berguguran lagi.


Okeylah rakan blog, tu cuma muqaddimah ja untuk nak release sikit kesedihan dan kerinduan yg menggunung dalam hati aku ni, bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya, hari ni aku nak kongsi tentang kelebihan surah at taubah ayat 128-129.


Sebenarnya surah ni dah 10 tahun ditampal kat almari anak aku, aku pun dah lupa dari mana datangnya ayat tu, mungkin mak yg bagi kot atau anak aku yang bawak balik dari sekolah dia.


Dah 10 tahun kat almari, jadi secara tak langsung aku dah boleh hafal lah, sebab tiap2 hari dok tengok, malangnya aku tak pernah pun amalkan dan tak tahu pun apa kelebihan surah ni, pagi tadi ada sorang rakan bisnes wassap kat group tentang kelebihan mengamalkan surah ni, masyaAllah betapa ruginya aku sebab tak tahu dan tak mengamalkannya dari dulu. Terima kasih Allah kerana masih memberi aku ruang dan peluang untuk mengamalkannya..


Bila dah tahu macam biasalah aku mula menggoogel, dan aku jumpa banyak sangat feedback positif dari orang yang dah lama mengamalkannya..jom rakan blog, kita amalkan sama2.



Kelebihan surah at taubah ayat 128-129..


Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah

– jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.

– jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.

– jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.

– jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.

– jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.

– jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.

– jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.


Sampai kat sini saja, semoga ada manfaat untuk semua. Kat atas tu aku ada sebut tentang bisnes kan? Aku la ni dah buat bisnes online, jual abaya, baru dok belajar sikit2, nantilah aku cerita dan update kat sini. Bolehlah rakan2 blog beli kat aku ya.
InsyaAllah pasti puas hati dengan kualitinya. Maassalama, jumpa lagi next post.

Isnin, 30 Mac 2015

Sehari sehelai Al Quran-Alhijr ayat 1-31

Assalamualaikum rakan blog,

Hari ni 30Mac2015
Sempena bulan Mac. Bulan kelahiran mak, aku join PROGRAM MEMBACA QURAN SATU HARI SATU HELAI,

Sebelum ni pun aku baca jugak, tapi tak konsisten, bila malas baca sikit, kalau rajin baru nak baca lebih sikit. Bila aku dah join program ni harap aku dapat disiplinkan diri membacanya setiap hari, walaupun sedikit asalkan berterusan.
Semoga aku dapat membacanya dengan istiqamah . Pahala bacaan dapat aku niatkan sedekah kepada tokwan, tok, emak yang telah tiada disisi aku dan juga kpd semua muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Lepas ni insyaAllah aku akan konsisten updatekan blog, sebab nak update bacaan aku. Aku kena lebih disiplin lepas ni, Jika aku istiqamah membaca setiap hari maka dalam 10 bulan aku akan dapat khatam alQuran, apapun bagi aku niat sedekah untuk mak yang lebih penting,
InsyaAllah semoga apa yang aku buat ni diberkati.

Bacaan untuk hari ni,
Tarikh:30/3/2015 (Isnin)
Surah:Al Hijr Ayat 1-31
M/S    :262-263
Juzuk :14

Drp Ibnu Mas'ud r.a Rosululloh s.a.w bersabda maksudnya:
Barangsiapa membaca satu huruf daripada al quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebajikan menyamai 10 pahala. Aku tidak mengatakan ﺍﻟﻢ itu satu huruf tetapi ا satu huruf ل satu huruf dan م satu huruf
(Hadis hasan sahih riwayat At Tirmidzi)



صدق الله العظيم✅

Aku dah baca, rakan blog pun boleh la baca jugak ya, kita sedekah sama-sama ya :-)

Aku Rindu mak sangat-sangat, hanya Allah yang mengetahui.

Khamis, 5 Mac 2015

Aku tanpamu yang bernama ibu

Assalamualaikum rakan blog,

Dah lama tak update blog, terlalu banyak sebenarnya yang nak di update tapi aku tangguhkan sebab rasa aku belum cukup bersedia. Mak syurga aku dah pergi meninggalkan aku bulan nov last year, masuk hari ni dah 3bulan lebih, tapi sedihnya tetap sama macam hari pertama dia pergi..

Sebulan sebelum mak pergi dia datang duduk kat rumah aku, mak lansung tak menunjukkan tanda apa2, atau aku yang jahil tak nak memahami..bila mengenangkan bahagia sangat aku rasa tika dan saat itu. Kami masak bersama, makan bersama, ketawa bersama, dengar ceramah ustaz Jafri kat youtube sama2, tidur pun aku tidur dengan dia.
Kenangan paling manis aku bawa dia ronda2 pergi Parit Buntar, aku dan mak saja..masa balik tu aku singgah beli barang kat econsave, mak tunggu dalam kereta..bila aku masuk dalam kereta mengadu troley ketat dan tayar gelong smpai penat aku kena control trolley..mak pandang aku sambil kata, aku ingat  lagi ayat dia.."kesian anak mak, susah macammana pun kena buat sendiri, mak tak boleh tolong".

Fuh! Dah 3bulan lebih berlalu, aku sangka aku dah cukup kuat nak update blog tentang mak, rupanya merambu2 jugak airmata ni..insyaAllah mak, kak tak akan lupakan mak 7elagi hayat dikandung badan..kak takdak sesiapa dalam dunia ni yang menyayangi kak setulusnya selain mak, semoga Allah anugerahkan syurga buat mak..

Mati mak sedihnya tak sama macam putus cinta, tak sama mcm sedih sakit hati dgn suami, tak sama mcm mati kucing, tak sama dengan apa apa pun, hanya yang mengalami saja memahaminya..bila dah takda mak seluruh dunia dan isinya sudah tak bermakna dan tak berseri lagi..barulah aku sedar yang kasih sayang mak itu melebihi segala2nya yang ada dalam dunia ni.

Lama jugak aku down, akhirnya aku bangun perlahan2 sambil mengesat sisa2 kesedihan yang ada, memang dunia ni dah kosong tapi entah mcm mana aku tersedar yang aku juga seorang mak, aku simpan sedih aku jauh dilubuk hati, aku bangun demi anak2 aku, aku tak mau mereka hilang aku sebelum waktunya..aku nak jadi hebat macam mak jugak. Aku tau kalau mak tahu aku murung mesti dia pun turut bersedih.

Alhamdulillah, perlahan2 aku kembali kuat, dulu masa mak ada semua benda aku cerita dgn dia, yg seronok, yg sedih, yang lucu dan setiap kali aku beli benda baru dialah orang yg wajib tahu, tak sabar2 aku nak cerita kat dia, sekarang mak dah tak ada, aku cerita semua yang biasa aku cerita kat mak kat Tuhan..semua aku mengadu kat Tuhan, benarlah kata Tuhan, dia takkan ambil sesuatu dari hambaNya melainkan dia gantikan dgn yang lebih baik..

Sebenrnya semenjak mak tak ada aku tak pernah tinggal bersorangan lagi, kemarin adalah hari pertama dan hari ni hari kedua, aku takut tak dapat melaluinya, bimbang terkenangkan mak tp alhamdulillah aku berjaya dengan ditemani Alquran dan terjemahan. Sebelum ni ada anak aku kat rumah, lepas anak aku balik asrama mak mentua aku pulak dok kat sini, baru kemarin dulu dia balik rumah dia, nak tengok poknk cabai dia katanya, nanti dia datang balik. Masa salam tu dia pandang ja muka aku.

Dulu masa mak p mekah aku menangis jugak hari2 kat rumah risaukan mak kat sana..sampai aku pernah tulis kat sini dgn sampainya mak kat mekah aku rasa mcm sebelah kaki aku dah sampai kat sana. Samalah situasinya sekarang, dengan sampainya mak dalam kubur aku rasa separuh jiwaku pun ada dalam sana..

Kak sentiasa doakan Syurga buat mak, semoga Allah mengampunkan semua dosa2 mak. Wahai Allah, sesungguhnya Engkau sebaik2 penjaga, jagalah mak aku untukku sebaik2nya di Alam Sana, Sampaikanlah salam rindu aku yang teramat sangat untuk mak aku..mak, kak rindu nak dengar mak panggil kak, kak rindu jugak nak dengar mak sahut 'ya' bila kak panggil..rindu sangat2, kini tiada lagi.

Mulai hari ni aku akan slow2 update segala aktiviti aku dgn mak aku sepanjang dia meniti hari2 akhir dia, aku tak nak lupa sikit pun, semuanya akan aku rakam kat sini..

Rabbana Taqabbal Minna Bissiril Fatihah..
Dan airmata kembali berguguran.....