Khamis, 2 Januari 2014

Kisah pagi ini

Assalam semua rakan blog, Ini adalah post pertama aku kat blog untuk tahun 2014..hanya kopipes apa yang aku post kat facebook..untuk koleksi diri sendiri..hmm...awal-awal tahun dah ada cerita sedih..

Pagi tadi p market terdengar sayup2 dihujung telinga bunyi anak kucing menangis. Tercari2 aku dr mana dtgnya bunyi, akhirnya terjumpa disatu sudut kat market tu. 2 ekor baby yg dah berapa hari tak menyusu, badan dah sejuk, basah dan menggeletar, tak hiraukan org sekeliling aku dengan air mata bercucuran menggendong baby itu ke kereta, dengan harapan ibu meow kat rumah dapat sedekahkan sedikit susunya utk baby malang ni, rasa sedih teramat mengapa ada manusia yg tergamak buang anak yg masih kecil mcm ni tanpa ibunya sekali, memang sah2 lah nak membunuh niatnya. Sampai dirumah ibu meow aku murni hatinya memeluk dan menjilat baby2 ni tp sayangnya mereka dah terlalu lemah, dah tak boleh nak hisap susu pun, sebentar tadi kedua-duanya telah pergi, walaupun sedih tp aku puas hati sebab diakhir hayat mereka, mereka dapat merasa kehangatan badan dan kasihsayang seekor ibu, maaf meow kakak tak dapat jaga meow berdua tp kakak akan semadikan meow sama mcm meow kakak yg lain..berlari-larilah kesyurga..deritamu didunia telah berakhir (kuseka airmata dipipi)

Maaflah semua kalau rasa mcm baca novel.
Moral cerita: aku memang tak boleh p market. Sekian