Ahad, 20 Januari 2013

Sup Ikan Haruan

Assalamu'alaykum rakan blog,
      Wah! haku ni, kalau tak jenguk,tak jenguk terus..sampai bertahun, bersawang blog ni..bila dah jenguk, jenguk sangat pulak..takpelah. tompang aku tgh ada mood nak menulis, baik aku tulis jer, sok kalau dah takde mood, buat tak taw jer lah..
      OK, sebenarnya aku nak cerita tentang sup ikan haruan, Korang pernah makan tak? Based on my experience sebelum ni, kalau aku masak sup ikan haruan memang tak sedap, Aku ni nak kata tak pandai masak tu tidakla, nak kata pandai pun tak jugak, tapi untuk makanan2 yang aku suka, aku pandai dan expert la. Bab ikan haruan ni mmg aku failed, pernah 2 3 kali buat dulu, ish! tekak aku pun tak pass cemana nak bagi orang lain makan. Biasa kalau dapat ikan haruan ni aku potong nipis2, goreng saja..mcm tu lagi sedap dari masak berkuah.
      Nak cerita jugak kenapa aku nak masak sup ikan haruan ni, Encik Suami aku baru lepas operate tangan dia sbb kemalangan kecil tempoh hari, so la ni dalam pantang la, dah dapat ikan haruan takkan nak goreng saja kot..So aku berazam nak try lagi sekali buat sup, mudah-mudahan kali ni sedap. Aku buat ikut citarasa aku saja, malas nak google resepi, sebab dulu dok google pun tak menjadi jugak pun, Aku masak ni guna apa ada dlm peti ais tu saja, malas nak keluar, kalau keluar mesti ada benda lagi yg boleh masuk dalam resepi ni..contohnya carot dan tomato....Halamak! dah panjang lebar ni..Jomlah layan resepi dibawah,


Sup Ikan Haruan


Bawang besar 1 biji-mayang

Bawang putih 1 ulas-mayang
Halia 1inci-dihiris halus
sedikit minyak masak untuk menumis,
Serai 2 batang- dititik
kulit kayu manis,
Bunga lawang,
Sup Bunjut,
Ikan haruan 3 ekor,
kiub ikan bilis-aku guna setengah jer
cili padi
lada sulah,
daun limau purut
daun sup-aku letak sikit jer
2biji limau kasturi,
garam dan gula secukup rasa,
Air-agak2 la korang nak kuah banyak mana.

Cara-cara membuatnya pun..

Macam biasalah..mula2 kena panaskan minyak, Aku letak minyak sikit jer, syarat nak menumis jer, kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang,korang mesti tertanya-tanya kan mana pi bunga cengkih aku, huhu...actually aku tak suka guna bunga cengkih, biaqla bunga cengkih tu nak kecik hati pun..bau dia kuat sangat..potong stim saja..

Ok..lepas tu masukkanlah geng2 bawang dan halia tadi..macam ni la rupa dia..
Ok..Bila dah wangi, hmm wangi tau harum semerbak bau dia, dah harum tu korang masukkanlah air, kiub ikan bilis dan sup bunjut.



Bila dah didih tu masukkan serai dan cili padi.

Kemudian masukkan ikan, Ops! lupa pulak nak cerita bab ikan, ikan tu sebelum cuci bersih,aku rendam dulu dengan garam dan limau, supaya ikan tu nanti tak hanyir.

Ermm...Sambil-sambil masak tu zikir la Subhanallah, Subhanallah..banyak2 kali pun takpe..anak2 makan,suami makan ada keberkatan dia kat situ...wah! kuliah malam Ahad la pulaks..
Ok, sambung balik cerita sup tadi, Lepas tu masukkan lada sulah, garam secukup rasa dan sedikit gula.Kemudian aku perah limau kasturi dan masukkan sikit hirisan bawang besar, bwg ni berrtujuan untuk memaniskan kuah, Last sekali masukkan daun sup dan daun limau purut..

Hasilnya..Tadaaaaa.......dah siap..


Dan result kali ni tak mengecewakan. dah pass dah tekak aku..Encik suami pun kata sedap..Alhamdulillah, lega..Akhirnya aku berjaya jugak sediakan sup ikan haruan yang sedap..Yesz! Sucsess..Korang pun kalau berani cubalah..


Sabtu, 19 Januari 2013

Aku di 2013

Assalamualaikum Rakan blog..dah lama gila tak jenguk kat sini, kalau leh nampak rumput panjang yang tumbuh tentu dah hapuih kepala kata orang penang..Mudah-mudahan tahun ni ada masa aku nak update blog aku yg usang bersawang ni..Banyak benda yg aku tak cerita, takpelah aku ringkaskan serba sikit..

    Aku la ni dah tak kerja, Ingat tak aku pernah cerita yg mungkin aku akan apply socso kalau penyakit aku tak improve last year, ternyata memang tak improve dan aku tak mampu nak bekerja lagi..walaupun sebenarnya aku sayang sangat dengan kerja aku..aku terpaksa berhenti jugak demi kesihatan aku..tulang temulang aku ni aku nak pakai lama lagi, So resign adalah jalan terbaik. 

Kalau hampa nak tahu selama ni aku pi kerja hanya berbekalkan semangat yang sangat kental saja, tiada yang lain, kalau ada pun hanya tenaga dengan kadar yang amat sedikit. Dengan semangat itulah aku mampu bertahan sampai aku resign. Aku kesian kat diri aku sendiri (hampa kesian dak?) pi kerja sampai tak makan 12 jam semata-mata kerana tak larat nak jalan..Actually tak larat dan sakit tu issue number 3, issue utama dia aku malu nak kekantin sebab orang tengok aku jalan senget, issue ke2 pulak aku takmau depa yang tengok tu dapat dosa kering sebab dok kata kat aku, samaada kata sesama depa ataupun kata dalam hati. tak kiralah sebab apa pun depa mengata, sebab meluat ataupun sebab kesian....

   Sayang gila tau nak resign..hampir sasau dibuatnya..sedih, tapi taklah sampai tahap menangis..Bos aku pulak tak habis-habis pujuk aku supaya jangan berenti, lagilah aku sedih, sampai dia bagi headcount utk tolong aku..kiranya aku tak perlu kemana2..ngadap computer jer kerja aku, assistant aku yg akan kesana sini jadi runner, sayangnya bos aku kat aku, dan aku pun sayang kat bos aku..tapi, bila aku pikir balik, sampai bila dia nak take care aku, nanti kalau syarikat hantaq dia pi US, Bos baru nak jaga aku mcm dia ker? aku pikir punya pikir..habis masak la kira, keputusan aku muktamad.

    2012, Bulan 9, Aku apply socso dan alhamdulillah rezeki dipihak aku, Segalanya dipermudahkan Allah, lepas interview dgn jemaah-jemaah doktor PARKESO, ternyata aku layak, so dengan rasminya aku bersara. Mulanya aku risau jugak, takut nanti tak cukup duit, maklumlah, biasa pegang banyak duit nanti dah resign socso cuma akan bagi 65% saja dari gaji aku, cukupkah..takut woo..tapi bila mengenangkan balik rezeki bukan dari socso atau syarikat, rezeki datang dari Allah taala, Sikit pun kalau berkat mesti cukup punya, dan kalau dah mmg rezeki kita, Dia akan bagi dari sumber yg kita tak sangka-sangka. Jadi bila pikir macam tu, rasa senang sikit hati aku.

    Sebelum resign bos aku bawak aku dengan 2 3 orang rakan sekerja aku pi makan-makan kat secret recipe. Dia buat farewell party kat aku, walaupun majlis tu simple tapi amat bermakna untuk aku. Kepada bos aku Tan Sze Ming, walaupun mungkin awak tak baca entry ni, aku tetap nak ucapkan jutaan terima kasih sebab begitu ambil berat dengan keadaan aku, banyak memuji prestasi kerja aku (aku memang pekerja yg berwibawa pun^^), dan buat aku rasa dihargai sangat..Terima kasih. Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk masa depan awak dan masa depan awak dekat Intel.

    Sampai sini dulu, actually aku nak post benda lain, tah macam mana terpost yang ni pulak..takpelah byebye and see u in next post.