Khamis, 3 Oktober 2013

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali. Itu saja yang mampu terucap dari mulut aku bila mendapat panggilan tentang kematian kakak iparku Zaleha Mohamed. Walaupun aku rasa macam susah nak percaya tapi akhirnya aku redha dan akur dengan ketentuanNya. Of coz aku sedih sangat-sangat. Aku, kucing aku mati pun aku sedih dan menangis inikan pulak saudara sendiri.

Kak Leha. Itulah panggilan aku kat dia. Kak Leha ni sebenarnya isteri abang sepupu aku, tapi disebabkan aku ni takdak kakak dan juga abang, jadi secara tak lansung aku amat rapat dengan sepupu-sepupu aku ni, aku rasa depa semua macam abang dan kakak aku sendiri. Kak leha ni pulak kahwin dengan abang Pian aku masa aku masih kecil lagi, jadi dah tak rasa macam kakak ipar pun, rasa macam kakak sendirilah jugak.

Dia meninggal pada 28september 2013, hari tu jugak adalah ulangtahun hari lahir dia yang ke50. Aku lambat update sebab sibuk menghadiri majlis tahlil untuk dia. Sehari sebelum dia meninggal aku sempat jugak pi melawat dia kat rumah. Masih terngiang-ngiang lagi segala apa yang dia ceritakan kat aku. Rasa sedih sangat-sangat. Aku pernah terbaca kat mana entah lebih kurang macam ni ayat dia, kita takkan sedar yang kita sangat sayang kat seseorang tu sampai kita kehilangan dia. Memang betul sangat-sangat.

Apa yang buat kami sekeluaraga terkilan dia mati sebab kena buatan orang. Rasa ralat sangat tak sepatutnya orang baik macam dia mati macam tu. Berulang kali pi hospital, doktor pun tak dapat detect dia sakit apa, kononnya semua ok. just bagi ubat turunkan darah tinggi, bila dah turun, depa suruh balik. Bila pi berubat kat seorang ustaz tu, ustaz tu kata orang buat. Ustaz tu pun tak nampak siapa, hanya nampak bayang perempuan saja. kalau betullah cakap ustaz tu semoga Allah memberikan balasan yang setimpal atas perbuatan kejam orang tersebut. Dia selamat didunia, akhirat nanti kau tunggulah.

Sedih sebab masa aku pi melawat dia, dalam penat susah nak bernafas masih gagah nak cerita, dia kata hari selasa dia kena pi hospital lagi tapi dah tak tahan Isnin dah nak pi tak mau tunggu selasa dah. Aku sedih sangat bila ingat, rupa-rupanya isnin pun tak sempat. Dia pergi dulu. Yang lebih menyedihkan bila tengok abang Pian dan anak-anaknya Udin dan Nurul. Memang mengalir air mata aku. Kesedihan aku lebih kepada kasihankan mereka.

Keluarga kami dah terlalu lama tak ada kematian. Maksud aku keluarga yang paling terdekat. So, kematian kak Leha ni memang meninggalkan kesan yang mendalam. Tambahan pulak dia langsung tak pernah sakit sebelum ni. Demam pun dah hampir 20 tahun tak demam. Tiba-tiba meninggal. Tak tahu nak explain macam-mana. Bila ingat rasa kosong...kosong sangat..Itu aku. Suami dan anak-anak dia. lagila terasa.

So, Moral dari cerita aku ni, hargailah semua adik beradik kita, saudara mara kita sementara depa masih ada dalam dunia ni, kita tak tahu bila kita akan pergi. Aku yang sakit bertahun masih bernafas hari ini, yang sihat walafiat dah pun mengadapNya. Pesanan ini untuk diri aku jugak. Aku akan sedaya upaya menghargai dan berbuat baik dengan adik beradik aku, bukan saja adik beradik aku, dengan semua orang jugak. Apa yang terlebih terkurang sikit-sikit tu InsyaAllah akan aku maafkan. Kerana kita hidup bukan untuk selamanya. Akhirat jua kekal abadi. sesungguhnya mati itu pasti.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya Allahyarhamah kekanda kami Zaleha Mohamed. Semoga ditempatkan dikalangan mukmin yang diredhai Allah.Aminn Ya robb. Al Fatihah.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ