Isnin, 8 Jun 2015

Kasi Muezza dan Sandy

Assalamu'alaykum rakan blog,

Dah lama tak bersiaran..kononnya nak istiqamah untuk update blog tiap tiap hari untuk posting sehari sehelai alQuran pun tak boleh, hanya separuh jalan jer, ish, malunya aku, hangat hangat taik unta sungguh aku kan..tapi tak mengapalah tak update pun asalkan kat dunia nyata aku sempat membacanya..kan? (pujuk hati sendiri). Entahlah, aku pun tak tahu dari mana datangnya malas yang bertingkat tingkat ni..bukan kemahuan aku sebenarnya..(ialah, semua orang pun tak mahu kan?)

Sebelum operation, masing masing ketakutan. Kakak yang sedih tengok. 



Gamber lepas Kena operate, Cian muezza Dan sandy.


Oklah, takmaulah melalut panjang, dah nama pun malas..entry hari ni nak cerita tentang Muezza dan Sandy. Sabtu baru ni dah selamat bawa depa pi kasi, kalau ikutkan aku bukan banyak rm sangat, takda peruntukkan pun untuk nak kasi budak2 ni, 2ekor dah rm300 tapi dah aku ni baik ngan doktor tu dapatlah rm260, mahal jugak tapi terpaksa, kalau tidak bertambah lagi bilangan anak bulus dalam rumah ni.

Setiap yang kita buat bukan suka2. Mesti ada sebab dan alasan kan kenapa kita kita buat macam tu. Hanya orang yang bela banyak kucing macam aku jer faham kenapa perlu nak kasi kucing ni. Tambah macam aku ni keadaan kesihatan pun tak mengizinkan, walaupun kucing kat rumah dah tak ramai macam dulu, Tinggal dalam 20ekor lebih ja sekarang ni..tapi main dengan sakit dan tak larat kadang kadang rasa tak terjaga. Sebab tu aku kena pastikan bilangan kucing dalam rumah ni tak bertambah lagi, ada yang kata, kenapa tak buang ja, buang kucing? Oh tidak! Tidak sama sekali, aku dok kutip kucing jalanan lagi adalah, Kucing aku keluarga aku, dunia aku..buang kucing sama macam buang keluarga sendiri. Aku bela kucing sebab sayang bukan sebab minat. Ada beza tau 2 benda ni.

Baru ni pun MPSP datang bagi surat amaran, jiran sebelah la ni komplen, bau katanya, dah 10 taun aku dok kat sini, dah 10 taun aku bela kucing, takkan baru sekarang busuk, fikir dulu la sebelum komplen, aku tak sihat sangat akhir2 ni. Tak mampu nak buang poo kucing tiap2 hari. Mungkin bau tu sampai kat rumah depa. Iyalah aku mengaku salah aku, tapi dulu macam tu ker? Tak kot. Rasanya kuat dan busuk lagi bau asap yang depa dok guna untuk upacara sembahyang tu. Anjing depa siap mai berak kat depan rumah aku tapi aku tak pernah cakap apa sebab aku bertolak ansur, aku pun bela kucing, aku pi buang ja sengap2 tahi anjing tu, Walaupun dalam hati sakit sebab depa tengok tapi depa tak larang anjing tu berak. Aku sakit hati kat tuan bukan kat anjing. Anjing tu akan terdidik kalau tuan dia pandai ajar.

Balik kat cerita mpsp tadi, mujur pegawai tu bagus orangnya, siap puji aku bagus bela kucing sampai buat rumah macam ni, jadi kucing tak boleh keluar. Main dalam kawasan rumah saja. Najis kucing pun aku tak buang longkang semua bungkus bagi lori sampah. Lega jugak bila dipuji. Aku tanya dia pulak, kalau anjing depa bising macam mana pulak encik..dia kata ambik gambar terus wassap saya, saya mai saman terus, tak bagi warning macam cik dapat ni dah..ha tudia, kalau ikutkan memang bising anjing depa selalu main atas jalan, tapi aku tanya ja, tak sampai hati pun nak komplen. Kesian kat anjing2 tu, bukan dia tau apa pun.


Pagar rumah aku yang encik MPSP puji sangat tu.



Asalnya nak cerita tentang Muezza dan Sandy ja, dah melalut sampai mana aku ni. Muezza, Sandy, kakak minta maaf ya kasi Muezza dan Sandy, kakak buat demi kebaikan kita bersama. Esok kat padang Mahsyar Muezza dan Sandy bagitau Tuhan ya yang Muezza dan Sandy maafkan kakak dan reda dengan apa yang kakak buat ni tau, Kakak doakan muezza dan Sandy cepat sembuh ya. Nanti lepas ni Muezza dan Sandy akan lebih sihat lebih gemok dan lebih cantik. Kesian sangat Muezza tadi takut sangat bila jumpa doktor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan