Ahad, 28 April 2013

Nyan-nyan

Assalamu'alaykum Rakan Blog, Memperkenalkannn...(diikuti dengan bunyi drumroll) heheh! Ini Nyan-nyan, Aku jumpa dia 21hb mac hari tu kat depan Pasar raya Super Nyan-Nyan, So nama dia macam tu sebab sempena dengan nama pasaraya tu lah..tempat aku jumpa dia..Pasar raya ni tak jauh, dalam kawasan taman rumah aku jugak.

Aku jumpa dia ketakutan..kelaparan, dan menangis..mungkin cari ibu dia kot..sedih sangat tengok, tak lepas kaki nak melangkah balik, Aku panggil dia, dia lari dalam semak, jenuh jugak la nak pujuk sampai dia keluar menyerah..Yang si Amir aku asyik marah kat aku..kata tu kucing orang..Haish! tak logik sangat..kalau kucing orang takkan tak terurus macam tu..kelaparan pulak..

Pujuk punya pujuk akhirnya dia keluar..Hakim yang tolong tangkapkan, terus bawak masuk kereta, bawak balik, sampai rumah belek belek tengok bulu dia kutu penuh satu badan. Punya tebai, macam mana lah punya seksa dia..gatal..aku letak ubat kutu..lepas 2 hari dah ok..kutu semua dah hilang..Sekarang Nyan-nyan bahagia tinggal dengan aku bersama anak-anak2 bulus yang lain..Doakan dia terus sihat dan membesar bagai johan.
Gambar ni lepas 3 hari aku ambil dia, Rindu nak naik kereta lagi kot...^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan