Assalamu'alaykum blog kesayangan,
Sunyinya rasa, sepi, usang, kosong.. macam² perasaan yang mencengkam hati ini.. aku rasa aku perlukan sesorang untuk berbual, berbicara, bercerita dan menangis..sebagaimana dulu aku selalu bercerita dengan mak..tapi sekarang dengan siapa..aku rasa tak ada yang selayaknya untuk dengar isi hati aku ni. Kalau ada pun aku tahu mesej takkan sampai..depa setakat dengar ja.. aku ni sebenarnya orang yang sangat dipercayai oleh rakan taulan aku..ramai yang bila ada problem depa cari aku..untuk share cerita depa..tak tahu kenapa..baik kawan sekolah ataupun kawan tempat keja..depa akan cerita tanpa selindung.. sampai pasword untuk check gaji pun depa bagi aku masa keja dulu.. mungkin ada tulis dekat dahi aku agaknya, bahawasanya cerita depa takkan sampai dekat orang lain.. tu depa percaya sangat..
Tapii.. bila aku sendiri ada masalah nak bercerita..tiada sesiapa pun untuk aku..๐๐
Cemana la nak describe perasaan ni, kadang² rasa nak menangis.. kadang² rasa hilang, kadang² takut, kadang² sunyi, fb pun aku dah deactivate buat sementara.. Untuk berapa lama belum tau lagi, rasa serabut sangat..rasa aku perlu rest sat kot dari bersosial dialam maya.. aku perlu cari diri sendiri sat.. YaAllah..hanya Engkau Maha Mengetahui.. segeralah leraikan segala kekusutan dalam hidup aku ni..permudahkanlah segala urusan aku didunia ni lebih lebih lagi akhirat..dan akhirilah nafasku dengan Husnul khotimah yaAllah..aku bukan hambaMu yang baik..tapi aku tetap berharap SyurgaMu YaAllah..๐ญ๐ญ..semoga rahmat dan redhaMu sentiasa bersama dengan aku..(kukesat airmata dipipi).
Bila buka dan baca blog² orang lain, aku terfikir sendiri, alangkah indahnya kehidupan mereka, apa yang diceritakan semua manis dan indah, tidak seperti aku, hidup ini indah bila mak masih ada dulu, lepas mak dah tak ada, macam macam cerita sedih berlaku, lepas satu, satu.. hidup sudah tak menarik lagi bagi aku, airmata selalu saja jadi teman sejati. Tambah pula keadaan kesihatan yang memang merosot hari demi hari. Sangat sukarnya hidup bila dah tak ada doa dari mak. Aku pura² kuat demi anak anak, kesian depa, Adik kat pondok, dia rela pi mengaji kat sana demi memenuhi hajat tok dia, abang pulak walaupun tak cemerlang dalam pelajaran macam anak² orang lain tapi dia anak yang sangat baik.. aku memang bersyukur bab tu, doa aku sentiasa bersama dengan depa, semoga anak anak aku menjadi manusia yang sangat berjaya didunia dan akhirat.
Mungkin ni perkara biasa untuk orang yang dah meningkat umur macam aku ni..semakin hari semakin beremosi.. takpalah aku akan cuba menyesuaikan diri..kena lebih banyakkan muhasabah dan zikrullah jugak..semoga semakin hari hati dan jiwa ini akan lebih tenang..
Kepada yang terbaca entry ni..maaflah mood penulisan harini dah bertukar..tapi itulah kita kan..takkan sentiasa gembira..takkan sentiasa diatas..hidup memang penuh dengan ujian..insyaAllah aku tabah..ujian hebat untuk orang hebat..๐ช๐ช
Teringat lirik lagu Amok..
Gelap malam pasti terang, sang mentari pasti datang..kesesatan perjalanan rahmat tuhan menentukan.........
Aku manusia pelakon cerita dipementasan alam ciptaanNya, bukan sengaja melanggar arahan, kadang terlupa watak dan peranan, aku manusia...
Ok sampai sini dulu luahan hati aku..tak faham takpa..biar aku ja yang faham, semoga hari esok lebih indah untuk aku..
Maassalama..
Welcome to my simple blog..Laman ini kujadikan teman dan tmpt aku berkongsi cerita suka dan duka juga untuk aku share resepi aku yg tak tersave dek otak ni, atau dalam bahasa lainnya DIARI aku versi Alam Maya, namun masih boleh dibaca oleh sesiapa jua. Segala yang tercatat disini akan kusimpan sebagai kenangan aku dimasa depan. Kepada yang singgah, Syukran aku ucapkan. Mohon maaf sebarang kekurangan, Yg baik dari Allah dan yg buruk adalah kelemahan aku sendiri, Moga ada manfaat untuk semua.
Moga kak oyen sentiasa dlm rahmat Allah .. don't give up. Keep moving forward ..u can do it because u are strong beautiful women๐ช๐
BalasPadamOh ya,sy kenal akak by your sharing about rhumatoid arthiritis tu.