Kucing aku ramai..Sekarang kat umah ada 14 ekor semua..tu belum termasuk stray cat kat luar rumah lagi..Aku pernah bela paling ramai 25 ekor,masa tu 2tahun lepas, lepas tu ada yang hilang kena curilah..mati sebab sakit dan kena langgarlah..tinggallah jumlah sekarang, lepas ni aku akan cuba update sedikit sebanyak story tentang depa..
Harini aku nak story tentang Sid.Sid aku ni dah berumur 4 tahun..Kemarin aku hantar Sid pergi spay sebab tak nak bilangan kucing dalam rumah aku bertambah lagi..bukan apa untuk kebaikan depa jugak..Kalau lepas ni aku jumpa kucing kelaparan kat luar boleh aku bawak balik untuk jaga..Kalau tak spay Sid cemana aku nak bantu kucing lain sebab kucing kat rumah aku akan bertambah dari masa kesemasa.
Mungkin ada yang merasa jengkel sebab aku mandulkan kucing..yerlah mentaliti masyarakat kita memang macam tu kan, lagipun kita kan beragama Islam..tapi aku nak bagitau kat sini Jakim dah pun keluarkan fatwa pada tahun 2004, mengharuskan kita mengkasi kucing kesayangan tetapi berdasarkan syarat tertentu.
"Memandulkan binatang yang harus dimakan dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah harus hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa kecil untuk menjadikan ia lebih gemuk. Walau bagaimanapun, menurut Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3&4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah. Maslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya."
Sid masa baru habis operate, Dah sedar tapi ubat bius belum habis, so mata saja yg bergerak. |
Hari ni Sid nampak dah ok sikit..dah boleh bangun dan senyum..Untuk hari ni dia dah boleh makan, Berselera dia makan 2 ekor ikan tadi, laparlah tu maklumlah kemarin seharian dia berpuasa..lepas ni aku akan cuba jaga Sid sebaik mungkin, Bukan saja Sid, yang lain2 pun sama. Aku harap tak ada lagi kucing aku hilang lepas ni..lagipun aku dah tak kerja sekarang..boleh jaga depa sepenuh masa.Kalau hilang jugak aku akan report polis..Serious!
Oklah sampai sini dulu..aku nak tulis pendek jer sebenarnya..tapi kenapa yer jadi panjang jugak..Haishh!!
Semoga Sid kakak cepat sembuh..Aminn.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan