Sabtu, 27 April 2013

Char Koey Teow

Assalamu'alaykum Rakan blog, Hari ni aku nak post entry tentang makanan iaitu Char kuew teow. Ni makanan feberet anak anak aku..kalau buat sehari 3 4 kali berulang makan, tak payah makan nasi pun takpa, Anak yang sulung la..yang bongsu takdak dia kat asrama. Kalau masak apa2 teringat sangat kat dia sebab dia ni jenis kaki makan..masaklah apa pun, semua dia makan dan semua sedap...bukan macam si abang..abang memilih sikit, makanan kegemaran dia saja yang dia nak pulun pun, yang dia tak suka buat derk saja.

Aku buat char kuew teow ni minggu lepas..hmm! nampak sangat kemalasannya,,baru hari ni nak update..macam dah lapok jer citer ni..heheh...ermm..ada aku kisah! Dulu (tahun2009) aku pernah buat Char kuew teow ni tapi guna kicap ataupun paste yang aku adun sendiri..Hmm..nama ja adun sendiri tapi bukan resepi aku pun, aku pun dapat resepi dari Che'iza di My Resepi. Terima kasih Che'iza atas resepi paste yang sedap..rasa macam makan original penang char kueh teow kat kedai ja. Aku siap pass resepi tu kat kawan2 tempat kerja aku masa tu. Semua yang try pun kata sedap.

Untuk kali ni aku tak buat paste sendiri sebab hari tu jalan2 kat econsave terjumpa paste char kuih teow yang dah siap punya..buatan orang kita, apa lagi, terus sambar. Balik buat memang sedap then aku pergi beli lagi.heheh..Oklah, Jom tengok resepi kat bawah.



* BAHAN UTK PASTE *
By: Che'iza My Resepi

200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

Cara sediakan PASTE:
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

* UTK KUEH TEOW*
Segenggam kuey teow
1 sb bawang merah + bawang putih yang dah dikisar
1 sb cili kisar
kerang dan udang
sedikit kucai & taugeh
1 biji telur
stengah cawan air


Cara-cara: Tumis bawang hingga wangi. Then masukkan cili kisar tadi, kacau hingga garing,kemudian  masukkan 4sb paste td (aku letak paste segera yang aku beli tu) Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau jangan sampai telur beku dan bolehlah diangkat. 

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar boleh adjust sikit.

Nampak sedapkan? Memang sedap pon..^^

Aku masak sekali goreng untuk sepinggan jer, So macam rumah aku ada 4 orang kena 4 kali goreng la..Proses memasak kuey teow ni cepat dlm 3-4 min saja, Tips semasa memasak-hendaklah masak menggunakan api yang kuat.
Ini rupa botol paste char kuew teow yang aku beli tu..Korang  pun boleh beli kalau jumpa..memang sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan