Si Bulat tu balik bercuti 2hari start hari Jumaat haritu. Hari ni dia dah pun balik ke asrama. Petang tadi kami sekeluarga pi hantaq dia. Dia balik kali ni rajin dia nyanyi satu lagu tu..aku tak tau lagu apa..tapi macam pernah dengaq sebelum ni. Entah kat mana aku dengaq aku pun tak tahu. Kerap dia nyanyi..sat sat nyanyi..sat sat nyanyi...
Antara bait-bait lirik lagu yang dia nyanyi tu..
Hari isnin bubur kacang,
roti disapu dengan mentega,
bubur kanji tak rasa apa,
mahu tak mahu makan roti saja........
Ni bila dia dah takdak kat sini.bila teringat lagu yang dia nyanyi tu.rasa sedih sangat..uwaaa...kesian anak mak makan bubur kanji tak rasa apa. aku sedih...sobsob!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan