Jumaat, 14 Jun 2013

My New PC

Assalamu'alaykum Rakan Blog,
Dah lama aku tak bersiaran..kali ni bukan sebab aku malas tapi sebab laptop aku rosak (actually, tu bukan laptop aku pun, anak aku punya) so, secara tak langsung hubungan aku dengan dunia maya terputus terus, memang dah nazak laptop tu, bawak pi repair pun technician tu kata tak boleh buat apa dah..redo saja la...Aku ni pulak jenis yang tak boleh berjauhan dengan internet..sejak 15 tahun dulu internet memang dunia aku, sentiasa disisi. Kat tempat kerja pun dengan internet, kat rumah pun sama, sebulan tanpa internet agak membosankan bagi aku.

Tapi bulan 5 tempoh hari aku rasa aku agak sibuk, macam2 kerja yang perlu aku buat, aku rasa aku ni memang berguna pada semua orang, baguskan aku ni? (ceh perasan, masuk bakul angkat sendiri)...antara yang aku ingat, jadi driver untuk mak aku, jadi driver untuk mak besaq aku, untuk mak mentua aku jugak, pergi kelas mengaji, 3 kali pergi penang untuk checkup diri sendiri, pergi terengganu ziarah kematian merangkap jalan2 (emergency kes, tak plan pun)  tu tak termasuk bawak mak pi checkup kat hospital dan bawak kucing2 pergi klinik. (yang pergi shopping ker kenduri ker aku tak letak dalam senarai sebab tu bukan kategory perkara penting kan). Kebetulan bulan5  tu jugak cuti sekolah bermula bertambah la kesibukkan aku. Kira dalam bosan2 tu tak terasa la sangat bosannya sebab aku sibuk, tu yang lambat sikit aku replace laptop tu. kalau dok rumah saja aku rasa tak sampai seminggu aku dah cari ganti.

Ni aku dah beli computer, sekarang pakai computer la tak guna laptop lagi, PC aku yang lama pun ada still boleh guna tapi tak upgrade la..aku pun hairan kenapa aku beli lain padahal yang lama tu kalau aku format dan upgrade boleh jer..takpelah dah beli pakai sajala...nanti bila2 rajin aku pi upgrade yang lama tu pulak senang nanti sibulat tu balik tak payah berebut dengan abang dia bila nak guna PC.
Ni Opis baru aku..lepas ni masa aku akan banyak habis kat sini..

Tapikan..kalau aku tak beli PC ni, duit tu aku boleh buat beli handphone yang ada Wifi, handphone aku takdak wifi, dah ketinggalan aku ni, Sony Ericson tu aku beli 5 tahun dulu dengan harga RM 700 lebih, masih elok, cuma bateri dia baru nak belajar buat hal sikit2, dulukan harga handphone mahal, sekarang kalau cakap nak beli handphone harga macam tu rasanya tak sanggup sebab bersepah handphone murah2 sekarang, Nantilah before end of this year aku nak ada 1 lah handphone baru, kesian aku kan..macam nilah orang yang dah tak bekerja..teringin apa2 nak kena angan2 dulu..er..nak masukkan dalam senarai wishlist aku ker handphone ni..rasanya tak perlu kot..

Oklah aku rasa aku dah banyak merepek entah apa2..aku stop dulu..nanti aku post entry lain sebab ada benda lain nak cerita sebenarnya...Bye.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan