Selasa, 25 Jun 2013

Oyen (Jumpa hari Jumaat 21Jun)

Assalamualaikum Rakan Blog, Hari ni aku nak update tentang ahli keluarga aku yang baru, Jumaat lepas aku jumpa dia. actually bukan jumpa..aku macam terdengar hujung2 telinga suara anak kucing masa aku tengah tengok tv...rasa macam jauh jer suara tu..So, bila anak aku balik (eh! anak aku pergi mana yer malam tu, dah tak ingat la..Jumaat sepatutnya anak aku tak ngaji..teruk la memori kau sekarang)..Ok sambung balik..bila anak aku balik aku kerah dia pi cari la..

Dua tiga kali jugak ulang pi..baru dapat..Si Amiruddin tu..dia asyik kata takdak.aku tau la dia malas nak mencari tu.. takutkan anjing sama..aku bukan apa..Dua tiga malam sebelum ni pun ada anak kucing belakang rumah aku..kecil lagi masih baby..aku usaha nak tangkap dia..tapi laju sangat dia lari..tak dapat aku tangkap..esok paginya masa aku hantar anak aku pi sekolah..aku tengok sikecil tu dah mati kena langgar..sedih tak terkata aku ni...so, yang ni kalau boleh aku nak ambil jugak..aku takut pisang berbuah 2 kali.

Amir bawak balik, Kecil lagi..muka takut2..kutu sama tebal macam Nyan-nyan..penuh dibadan..aku letak ubat dulu la..takut berjangkit pulak dengan budak2 lain dalam umah ni..Aku namakan dia Oyen..Oyen selamat kat sini..Cuma tak habis2 di ambush oleh budak2 kat umah ni..sementara nak kenal..dah kenal esok okla kot...




Yaya tak habis2 meng ambush Oyen..

Hai! Saya Oyen..Mekacih kakak..Sudi jaga saya.....Kakak: Sama2..senyum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan