Selasa, 30 April 2013

Agar-agar pilihanraya (bukan aku kata orang lain yang kata) ^_^

Assalamu'alaykum Rakan blog,
Last week aku ada buat jelly ni tapi sebab kemalasan yang menebal dikalbu lambat la sikit aku post entry ni, tunggu encik mood mai bertandang dulu. Jelly ni rupa dia lebih kurang sama macam lambang parti pass..sebab tu tajuk kat atas tu macam tu..dalam riuh nak mengundi ni aku pun rasa teringin jugak nak participate..nak sembang bab politik dah haku tak reti..so aku buat kuih sajala..

Asalnya yang boleh timbul idea nak buat jelly ni aku nampak someone post gambaq rupa macam ni kat facebook..terus rasa nak buat..tapi aku dah tak ingat sapa yang post tu..dia post gambaq saja resepi takdak pun..So, aku pun memandai mandai la create resepi sendiri..nasib baik jadi jugak..ala..agar-agar saja pun, bukan susah..bahan asas dia sama ja..agar2, air dan gula, Yang best tu, bila post kat facebook ada pulak kawan fb yang download gambar kuih aku ni letak kat satu page masakan tu..tak sangka pulak ramai yang share..beratus share..aku seronok jugak actually..kalau tak caya hampa boleh tengok kat sini, Yang tak seronok tu dia download tak mintak permission aku, takpalah..kalau tak mau bagi orang download jangan letak kat facebook la..yer tak (pujuk hati sendiri)..persoalannya.kenapa dia tak share jer dari fb aku..kenapa nak kena download, kalau share memang 100% aku tak kisah punya..lepas ni nak kena letak watermark la kat setiap gambaq aku..Emm..dengar macam kedekut jer bunyinya aku ni kan..entahlah..bukan kedekut tapi tak tau nak explain macam mana.


Oklaa...aku nak cerita tentang jelly ni saja pun..kenapa entry aku ni jadi panjang jugak..asal aku tulis jer panjang..asal panjang jer tulis..kalau tak tulis tak tulis lansung pulak...okla, sudah! stop membebel..jom tgk resepi yang aku buat ni..resepi agar-agar hentam versi aku..



Nampak tak dah ada watermark kat situ..hehe..saya budak baru belajar.

BAHAN2 NYA:

Agar-agar bertali 20gram
1 1/2 cawan gula (kalau tak suka manis boleh kurangkan sikit)
Suku cawan susu pekat manis
5 Cawan air (untuk buat agar-agar hijau)
2 Cawan air (untuk buat agar-agar susu)
Air perahan daun pandan (qty dia aku main agak2 ja)
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara:
Ambik dalam suku daripada agar-agar masak dengan 2 cawan air.
Bila dah mendidih dan hancur agar-agar masukkan susu, kacau sebati.
Tutup api dan bubuh dalam bekas bulat, kalau tak ada boleh letak dalam loyang, lepas beku boleh tekan guna acuan bulat.
Masak agar-agar yang lebih tadi dengan 5cawan air, hingga didih dan hancur,
Kemudian masukkan gula. kacau.
Lepas itu masukkan air pandan dan sedikit pewarna hijau.Kacau hingga mendidih.
Tutup api.
Agar-agar susu tadi disusun dalam loyang then tuangkan agar-agar pandan tadi. tunggu sejuk dan keras, potong macam dalam gambar..bolehlah dinikmati..Enak bila dimakan sejuk.Selamat mencuba.

Isnin, 29 April 2013

Lagu Hakim

Assalamu'alaykum Rakan blog,

Si Bulat tu balik bercuti 2hari start hari Jumaat haritu. Hari ni dia dah pun balik ke asrama. Petang tadi kami sekeluarga pi hantaq dia. Dia balik kali ni rajin dia nyanyi satu lagu tu..aku tak tau lagu apa..tapi macam pernah dengaq sebelum ni. Entah kat mana aku dengaq aku pun tak tahu. Kerap dia nyanyi..sat sat nyanyi..sat sat nyanyi...

Antara bait-bait lirik lagu yang dia nyanyi tu..

Hari isnin bubur kacang,
roti disapu dengan mentega, 
bubur kanji tak rasa apa, 
mahu tak mahu makan roti saja........

Ni bila dia dah takdak kat sini.bila teringat lagu yang dia nyanyi tu.rasa sedih sangat..uwaaa...kesian anak mak makan bubur kanji tak rasa apa. aku sedih...sobsob!

Ahad, 28 April 2013

Nyan-nyan

Assalamu'alaykum Rakan Blog, Memperkenalkannn...(diikuti dengan bunyi drumroll) heheh! Ini Nyan-nyan, Aku jumpa dia 21hb mac hari tu kat depan Pasar raya Super Nyan-Nyan, So nama dia macam tu sebab sempena dengan nama pasaraya tu lah..tempat aku jumpa dia..Pasar raya ni tak jauh, dalam kawasan taman rumah aku jugak.

Aku jumpa dia ketakutan..kelaparan, dan menangis..mungkin cari ibu dia kot..sedih sangat tengok, tak lepas kaki nak melangkah balik, Aku panggil dia, dia lari dalam semak, jenuh jugak la nak pujuk sampai dia keluar menyerah..Yang si Amir aku asyik marah kat aku..kata tu kucing orang..Haish! tak logik sangat..kalau kucing orang takkan tak terurus macam tu..kelaparan pulak..

Pujuk punya pujuk akhirnya dia keluar..Hakim yang tolong tangkapkan, terus bawak masuk kereta, bawak balik, sampai rumah belek belek tengok bulu dia kutu penuh satu badan. Punya tebai, macam mana lah punya seksa dia..gatal..aku letak ubat kutu..lepas 2 hari dah ok..kutu semua dah hilang..Sekarang Nyan-nyan bahagia tinggal dengan aku bersama anak-anak2 bulus yang lain..Doakan dia terus sihat dan membesar bagai johan.
Gambar ni lepas 3 hari aku ambil dia, Rindu nak naik kereta lagi kot...^^

Sabtu, 27 April 2013

Char Koey Teow

Assalamu'alaykum Rakan blog, Hari ni aku nak post entry tentang makanan iaitu Char kuew teow. Ni makanan feberet anak anak aku..kalau buat sehari 3 4 kali berulang makan, tak payah makan nasi pun takpa, Anak yang sulung la..yang bongsu takdak dia kat asrama. Kalau masak apa2 teringat sangat kat dia sebab dia ni jenis kaki makan..masaklah apa pun, semua dia makan dan semua sedap...bukan macam si abang..abang memilih sikit, makanan kegemaran dia saja yang dia nak pulun pun, yang dia tak suka buat derk saja.

Aku buat char kuew teow ni minggu lepas..hmm! nampak sangat kemalasannya,,baru hari ni nak update..macam dah lapok jer citer ni..heheh...ermm..ada aku kisah! Dulu (tahun2009) aku pernah buat Char kuew teow ni tapi guna kicap ataupun paste yang aku adun sendiri..Hmm..nama ja adun sendiri tapi bukan resepi aku pun, aku pun dapat resepi dari Che'iza di My Resepi. Terima kasih Che'iza atas resepi paste yang sedap..rasa macam makan original penang char kueh teow kat kedai ja. Aku siap pass resepi tu kat kawan2 tempat kerja aku masa tu. Semua yang try pun kata sedap.

Untuk kali ni aku tak buat paste sendiri sebab hari tu jalan2 kat econsave terjumpa paste char kuih teow yang dah siap punya..buatan orang kita, apa lagi, terus sambar. Balik buat memang sedap then aku pergi beli lagi.heheh..Oklah, Jom tengok resepi kat bawah.



* BAHAN UTK PASTE *
By: Che'iza My Resepi

200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

Cara sediakan PASTE:
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

* UTK KUEH TEOW*
Segenggam kuey teow
1 sb bawang merah + bawang putih yang dah dikisar
1 sb cili kisar
kerang dan udang
sedikit kucai & taugeh
1 biji telur
stengah cawan air


Cara-cara: Tumis bawang hingga wangi. Then masukkan cili kisar tadi, kacau hingga garing,kemudian  masukkan 4sb paste td (aku letak paste segera yang aku beli tu) Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau jangan sampai telur beku dan bolehlah diangkat. 

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar boleh adjust sikit.

Nampak sedapkan? Memang sedap pon..^^

Aku masak sekali goreng untuk sepinggan jer, So macam rumah aku ada 4 orang kena 4 kali goreng la..Proses memasak kuey teow ni cepat dlm 3-4 min saja, Tips semasa memasak-hendaklah masak menggunakan api yang kuat.
Ini rupa botol paste char kuew teow yang aku beli tu..Korang  pun boleh beli kalau jumpa..memang sedap.

Ahad, 21 April 2013

Operate Sid

Assalamualaikum Rakan blog, ada satu perkara tentang aku yang tak pernah aku cerita kat sini...aku sebenarnya seorang pecinta kucing..aku sayang semua kucing kat dunia ni..bukan saja kucing..binatang2 lain pun aku sayang, cuma aku tak bela la..dari kecik sampai dah tua bangka ni..tak pernah pun aku hidup tanpa kucing disisi..Depalah buah hati pengarang jantung aku.

Kucing aku ramai..Sekarang kat umah ada 14 ekor semua..tu belum termasuk stray cat kat luar rumah lagi..Aku pernah bela paling ramai 25 ekor,masa tu 2tahun lepas, lepas tu ada yang hilang kena curilah..mati sebab sakit dan kena langgarlah..tinggallah jumlah sekarang, lepas ni aku akan cuba update sedikit sebanyak story tentang depa..

Harini aku nak story tentang Sid.Sid aku ni dah berumur 4 tahun..Kemarin aku hantar Sid pergi spay sebab tak nak bilangan kucing dalam rumah aku bertambah lagi..bukan apa untuk kebaikan depa jugak..Kalau lepas ni aku jumpa kucing kelaparan kat luar boleh aku bawak balik untuk jaga..Kalau tak spay Sid cemana aku nak bantu kucing lain sebab kucing kat rumah aku akan bertambah dari masa kesemasa.

Mungkin ada yang merasa jengkel sebab aku mandulkan kucing..yerlah mentaliti masyarakat kita memang macam tu kan, lagipun kita kan beragama Islam..tapi aku nak bagitau kat sini Jakim dah pun keluarkan fatwa pada tahun 2004, mengharuskan kita mengkasi kucing kesayangan tetapi berdasarkan syarat tertentu.

"Memandulkan binatang yang harus dimakan dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah harus hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa kecil untuk menjadikan ia lebih gemuk. Walau bagaimanapun, menurut Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3&4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah. Maslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya."

Sid masa baru habis operate, Dah sedar tapi ubat bius belum habis, so mata saja yg bergerak.
Lepas ni ada lagi kucing yang aku nak bawak pergi spay..Kaka dan anak-anaknya, 2tahun lepas aku pernah bawak pergi spay 3 ekor kucing aku, masih ingat lagi aku dengan Mek, Nado dan Buas. bila depa dah sihat dah cantik dah gemok, masing2 hilang satu demi satu. Aku yakin depa dicuri orang..sebab depa bukan jenis berjalan jauh sampai tak reti nak balik,rasa sedih sangat..geram pun ada..dahlah kos untuk spay tu mahal seekor RM150. Tapi issue kat sini bukan kos sebenarnya, yang aku risaukan nasib depa..selamat ker tidak depa kat luar sana.

Hari ni Sid nampak dah ok sikit..dah boleh bangun dan senyum..Untuk hari ni dia dah boleh makan, Berselera dia makan 2 ekor ikan tadi, laparlah tu maklumlah kemarin seharian dia berpuasa..lepas ni aku akan cuba jaga Sid sebaik mungkin, Bukan saja Sid, yang lain2 pun sama. Aku harap tak ada lagi kucing aku hilang lepas ni..lagipun aku dah tak kerja sekarang..boleh jaga depa sepenuh masa.Kalau hilang jugak aku akan report polis..Serious!

Oklah sampai sini dulu..aku nak tulis pendek jer sebenarnya..tapi kenapa yer jadi panjang jugak..Haishh!!
Semoga Sid kakak cepat sembuh..Aminn.........

Isnin, 8 April 2013

Astro Beyond

Assalamu'alaykum Rakan Blog, Khamis haritu aku dapat panggilan lagi dari pihak astro yang tak habis-habis nak promosikan astro beyond depa..Haish!! naik bosan aku dengan astro ni..aku rasa termasuk yang kali ni dah 80 kali depa punya dok call aku suruh upgrade astro. Kalau tak sampai pun dah dekat2 la dengan angka tu..

Aku start langgan asterok (boleh tak aku panggil macam ni?) tahun 2005..masa tu aku baru jer pindah kat umah yang aku beli dengan duit hasil titik peluh aku ni...hah..dah start dah aku punya melankolia ni (haha) Kira sampai la ni umur asterok aku dah pun 8 tahun..Yang astro beyond ni pulak kalau tak silap aku sejak dari 2010 lagi aku dah dapat panggilan untuk upgrade..kerap la jugak..Sebelum ni kalau dapat panggilan aku tepis tepis jer..memang takdak hati lansung aku nak langgan beyond ni...lagipun aku ni bukan jenis manusia yang tengok tv sangat pun..lagi best layan internet dari tv..lagi banyak benda berfaedah..Entah macam-mana kali ni bila depa call aku macam lembu kena cucuk hidung jer..iyakan saja apa yg depa kata tu..haish!! rasa menyesal pun ada jugak..aku pun berfikir-fikir sendiri kenapa yer boleh jadi macam tu..aku baru teringat masa tu aku letih sangat..dalam keta baru balik dari hospital..bateri phone pulak kong..kira nak cepat habis jer malas nak dengar ceramah depa yg tak menarik tu..aku iya iya sajalah....haishh! 

Masa mula2 aku masuk astro dulu aku langgan 3 Mini package tu iaitu Variety, learning, fun dan tambah lagi 1 channel iaitu sport..Bila astro perkenalkan mustika..aku langgan jugak mustika sebab anak2 dan encik Zul tengok maharaja lawak..pikir-pikir balik (masa tu lah) apalahhh punya membazir..padahal bukan tgk selalu pun...tapis punya tapis aku downgrade aku buang sport...mula2 buang tu asben anak2 complain jugak la..yerla kan..benda biasa ada..tapi lama2 oklah...tak lama lepas buang sport tu aku buang pulak 3mini package tu..sebab astro dah perkenalkan natgeowild..so aku gantikan dengan learning....now tinggal basic dan mustika saja...Save ya amat..tak ada apa yang beza..tv boleh tengok macam biasa jugak..24jam jugak sehari tapi bayaran bulanan untuk astro rendah...Oklah kan..Ok sampai hari khamis haritu sajalaa.....

Hari ni technicion astro call aku nak mai rumah untuk buat installation..Honestly cakap aku mmg takdak hati laa...tapi nak buat macam mana kan...Technicion tu mai..pasang2..lepas tu dia blah..Nasib baik technicion tu baik..sejuk sikit hati..siap bagi segulung wire extra untuk aku, panjang jugak..(tak tahu la kalau org lain pun mmg dapat..rasanya tak kot)..Installation semua free jer..aku ingat2 lupa hari tu rasanya orang asterok tu cakap package yang sedia ada mantain tapi depa bagi kat aku astro tayangan hebat dan indo pec..huh! hebat mana sangatlah tayangan tu..balik balik ulang hat tu la jugak...So, sekarang montly aku kena bayar RM79 kot kalau tak silap aku..Harga ni katanya sebab promosi..kalau tak lebih lagi...tak taulah..malas nak pikir aku..banyak benda lain lagi aku nak pikir...


Decoder lama aku.,dah 8tahun bersama,rasa sedih pulak nak berpisah.(nampak tak kat bawah, budak bulus enter frame) 

Beyond ni baru install hari ni kan..So, aku tak study lagi laa apa yang ada..apa yang tak ada.best ker tak...kalau aku puas hati okla..kalau tak puas hati nanti aku potong terus asterok ni..apa nak susahkan...aku potong then langgan Njoy jer tak payah nak bayar bulan..baru padan muka aku...Cuma aku harap alang2 dah ambik beyond ni service janganlah teruk macam dulu..dulu kalau angin jer..hujan tak sampai lagi..astro dah hilang. menyorok kat mana entah. Takut hujan la konon...Beyond ni mintak2 la tak penakut macam tu...Oklah sampai sini dulu..aku nak pi mandi..Selamat malam :)

Ahad, 7 April 2013

Pincuk Buah rokam

Assalamu'alaykum Blog..nampak tak kerajinan aku sekarang..betapa rajinnya aku mengupdatekan blog ni..tak kisahlah walaupun topiknya entah apa-apa entah...janji aku update kan kan! Nak compare dengan dulu setengah tahun sekali pun susah aku nak update blog..mmg kemalasan tahap gaban tuh..padahal macam-macam citer aku nak abadikan kat sini..tapi malas punya pasal semuanya terlepas cenggitu jer....Ok! Sudah! baik haku diam sekarang!! Kalau dah start bercakap macam tulah mmg tak leh stop dah..huhuuu....

Wokeh! Mulakan dengan topik aku hari ni..Korang pernah tengok tak buah rokam? alaa..buah bulat2..kecik kaler merah..masam rasanya...Satu malaysia panggil dia buah rokam tapi aku panggil buah asam tumis..tak tahulah kenapa..dari aku kecik lagi aku dengar aruah tok aku panggil dia macam tu..
Nilah rupa buah rokam masa masih kat pokok ( gambar ihsan dari pakcik google)
Kat umah mak sedara aku ada buah ni..mak sedara tu mak menakan tau orang penang kata, aku pangge dia makchak, atau emak besaq, satu satunya mak menakan aku kat dunia ni yang aku sayang hihi, kalau pokok ni berbuah banyak mak besaq aku akan call la suruh aku p amik sbb dia tahu aku memang suka..hah! apa korang cakap..best! takdak apa yang nak dibestkan sangat pun setakat buah rokam ni jer...kalau umah mak besaq aku tu ada buah anggur ker buah stoberi ka..takpalah jugak aku nak tumpang berbangga..hehe..tapi kawan2 aku pun ramai gak yang kata best sebab kata depa buah ni susah dah kita nak jumpa la ni..dah dilanda kepupusan..

Tak ramai orang yang reti nak makan buah ni..kat sini aku nak ajar korang cara nak makan buah ni..aku selalu buat pincuk..jangan tanya aku kenapa nama dia macam tu..aku pun tak tahu..mmg sedar2 jer aku tau makanan tu aku panggil pincuk...Buah ni kalau korang buat pincuk..gerenti tak buang punya..korang boleh makan licin sampai menjilat mangkuk..aku yang tukang cerita ni pun dah rasa menitik ayerlio..

Bahan-bahan untuk pincuk ni..
Cili padi
Belacan
Garam dan gula secukup rasa

Sukatan korang jangan tanya banyak mana..aku pun main agak2 jer..depend la buah korang tu banyak mana..Gula pulak mesti lebih dari garam..sebab buah tu masam giler..nak balance kan balik masam tu..Cara-cara nak buat dia korang tumbuk cili padi, Belacan dan garam sampai lumat..lepas tu tumbuk buah rokam ni tadi dalam lesung..tumbuk sebiji sebiji..jangan tumbuk sampai hancur..tumbuk bagi dia pecah pecah jer..sambil tumbuk sambillah korang kaup letak dalam mangkuk lain..nanti penuh lak lesung batu tu...tumbuk sampai habis buah tu..akhir sekali masukkanlah gula dalam mangkuk tadi..kacau then adjust rasa dia..korang tambah lah apa yang kurang..garam ker gula ka...buah ni dia berjus..bila tumbuk dia akan keluar air sendiri..tak perlu letak air...So korang kena tumbuk pelan-pelanlah yer sebab dia keluar air nanti mercik mata naya...Haish! takkan itu pun aku nak bagitau kot...:) Korang jangan lupa cuba tau..Babai...



Buah Rokam yang masih belum ditumbuk
Pincuk yang dah siap..tunggu masa jer nak di nikmati...mmm..sedapnya...Bon appetite.