Hari ni 30Mac2015
Sempena bulan Mac. Bulan kelahiran mak, aku join PROGRAM MEMBACA QURAN SATU HARI SATU HELAI,
Sebelum ni pun aku baca jugak, tapi tak konsisten, bila malas baca sikit, kalau rajin baru nak baca lebih sikit. Bila aku dah join program ni harap aku dapat disiplinkan diri membacanya setiap hari, walaupun sedikit asalkan berterusan.
Semoga aku dapat membacanya dengan istiqamah . Pahala bacaan dapat aku niatkan sedekah kepada tokwan, tok, emak yang telah tiada disisi aku dan juga kpd semua muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Lepas ni insyaAllah aku akan konsisten updatekan blog, sebab nak update bacaan aku. Aku kena lebih disiplin lepas ni, Jika aku istiqamah membaca setiap hari maka dalam 10 bulan aku akan dapat khatam alQuran, apapun bagi aku niat sedekah untuk mak yang lebih penting,
InsyaAllah semoga apa yang aku buat ni diberkati.
Bacaan untuk hari ni,
Tarikh:30/3/2015 (Isnin)
Surah:Al Hijr Ayat 1-31
M/S :262-263
Juzuk :14
Drp Ibnu Mas'ud r.a Rosululloh s.a.w bersabda maksudnya:
Barangsiapa membaca satu huruf daripada al quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebajikan menyamai 10 pahala. Aku tidak mengatakan ﺍﻟﻢ itu satu huruf tetapi ا satu huruf ل satu huruf dan م satu huruf
(Hadis hasan sahih riwayat At Tirmidzi)
Aku dah baca, rakan blog pun boleh la baca jugak ya, kita sedekah sama-sama ya :-)
Aku Rindu mak sangat-sangat, hanya Allah yang mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan