Assalamualaikum rakan blog,
Dah lama tak update blog, terlalu banyak sebenarnya yang nak di update tapi aku tangguhkan sebab rasa aku belum cukup bersedia. Mak syurga aku dah pergi meninggalkan aku bulan nov last year, masuk hari ni dah 3bulan lebih, tapi sedihnya tetap sama macam hari pertama dia pergi..
Sebulan sebelum mak pergi dia datang duduk kat rumah aku, mak lansung tak menunjukkan tanda apa2, atau aku yang jahil tak nak memahami..bila mengenangkan bahagia sangat aku rasa tika dan saat itu. Kami masak bersama, makan bersama, ketawa bersama, dengar ceramah ustaz Jafri kat youtube sama2, tidur pun aku tidur dengan dia.
Kenangan paling manis aku bawa dia ronda2 pergi Parit Buntar, aku dan mak saja..masa balik tu aku singgah beli barang kat econsave, mak tunggu dalam kereta..bila aku masuk dalam kereta mengadu troley ketat dan tayar gelong smpai penat aku kena control trolley..mak pandang aku sambil kata, aku ingat lagi ayat dia.."kesian anak mak, susah macammana pun kena buat sendiri, mak tak boleh tolong".
Fuh! Dah 3bulan lebih berlalu, aku sangka aku dah cukup kuat nak update blog tentang mak, rupanya merambu2 jugak airmata ni..insyaAllah mak, kak tak akan lupakan mak 7elagi hayat dikandung badan..kak takdak sesiapa dalam dunia ni yang menyayangi kak setulusnya selain mak, semoga Allah anugerahkan syurga buat mak..
Mati mak sedihnya tak sama macam putus cinta, tak sama mcm sedih sakit hati dgn suami, tak sama mcm mati kucing, tak sama dengan apa apa pun, hanya yang mengalami saja memahaminya..bila dah takda mak seluruh dunia dan isinya sudah tak bermakna dan tak berseri lagi..barulah aku sedar yang kasih sayang mak itu melebihi segala2nya yang ada dalam dunia ni.
Lama jugak aku down, akhirnya aku bangun perlahan2 sambil mengesat sisa2 kesedihan yang ada, memang dunia ni dah kosong tapi entah mcm mana aku tersedar yang aku juga seorang mak, aku simpan sedih aku jauh dilubuk hati, aku bangun demi anak2 aku, aku tak mau mereka hilang aku sebelum waktunya..aku nak jadi hebat macam mak jugak. Aku tau kalau mak tahu aku murung mesti dia pun turut bersedih.
Alhamdulillah, perlahan2 aku kembali kuat, dulu masa mak ada semua benda aku cerita dgn dia, yg seronok, yg sedih, yang lucu dan setiap kali aku beli benda baru dialah orang yg wajib tahu, tak sabar2 aku nak cerita kat dia, sekarang mak dah tak ada, aku cerita semua yang biasa aku cerita kat mak kat Tuhan..semua aku mengadu kat Tuhan, benarlah kata Tuhan, dia takkan ambil sesuatu dari hambaNya melainkan dia gantikan dgn yang lebih baik..
Sebenrnya semenjak mak tak ada aku tak pernah tinggal bersorangan lagi, kemarin adalah hari pertama dan hari ni hari kedua, aku takut tak dapat melaluinya, bimbang terkenangkan mak tp alhamdulillah aku berjaya dengan ditemani Alquran dan terjemahan. Sebelum ni ada anak aku kat rumah, lepas anak aku balik asrama mak mentua aku pulak dok kat sini, baru kemarin dulu dia balik rumah dia, nak tengok poknk cabai dia katanya, nanti dia datang balik. Masa salam tu dia pandang ja muka aku.
Dulu masa mak p mekah aku menangis jugak hari2 kat rumah risaukan mak kat sana..sampai aku pernah tulis kat sini dgn sampainya mak kat mekah aku rasa mcm sebelah kaki aku dah sampai kat sana. Samalah situasinya sekarang, dengan sampainya mak dalam kubur aku rasa separuh jiwaku pun ada dalam sana..
Kak sentiasa doakan Syurga buat mak, semoga Allah mengampunkan semua dosa2 mak. Wahai Allah, sesungguhnya Engkau sebaik2 penjaga, jagalah mak aku untukku sebaik2nya di Alam Sana, Sampaikanlah salam rindu aku yang teramat sangat untuk mak aku..mak, kak rindu nak dengar mak panggil kak, kak rindu jugak nak dengar mak sahut 'ya' bila kak panggil..rindu sangat2, kini tiada lagi.
Mulai hari ni aku akan slow2 update segala aktiviti aku dgn mak aku sepanjang dia meniti hari2 akhir dia, aku tak nak lupa sikit pun, semuanya akan aku rakam kat sini..
Rabbana Taqabbal Minna Bissiril Fatihah..
Dan airmata kembali berguguran.....
Welcome to my simple blog..Laman ini kujadikan teman dan tmpt aku berkongsi cerita suka dan duka juga untuk aku share resepi aku yg tak tersave dek otak ni, atau dalam bahasa lainnya DIARI aku versi Alam Maya, namun masih boleh dibaca oleh sesiapa jua. Segala yang tercatat disini akan kusimpan sebagai kenangan aku dimasa depan. Kepada yang singgah, Syukran aku ucapkan. Mohon maaf sebarang kekurangan, Yg baik dari Allah dan yg buruk adalah kelemahan aku sendiri, Moga ada manfaat untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan