Assalamu'alaykum rakan blog,
Salam Jumaat penuh barakah. Penghulu segala hari. Byk benar perkara yg nak di update tapi asyik tertangguh..sungguh banyak yang berlaku sejak akhir2 ni..aku belum bersedia nak cerita kat entry ni. Biarlah emosi dan perasaan aku sedikit stabil barulah aku bersedia menulisnya. Untuk hari ni cukuplah aku update tentang CopMohor.
Semalam CopMohor dah pergi tinggalkan aku buat selamanya. Tak nampak pun tanda² dia sakit sebelum tu, Semuanya berlaku dalam masa sehari saja. Pagi tu nampak dia sakit petang dah nazak. Aku pun tak pasti apa punca dia..mulut dia keluar air dan waktu dia mati mulut dia jadi hitam..mungkin virus parvo agaknya..kesian CopMohor...
Macam biasa, bila ada kucing aku yg mati memang aku bersedih..tapi sbb sekarang memang aku dalam kesedihan yg maha hebat jadi aku tak terkesan sgt dgn kehilangan CopMohor ni, aku seolah2 redo dan terima tanpa sebarang komplen.
Pagi ni CopMohor dah selamat dikebumikan kat rumah mak besaq aku. Semalam sebelum aku nak keluar pi umah mak, aku sempat pesan kat dia..kalau Copmohor sakit sangat dan tak leh tahan lagi, takpa pergilah, kakak reda..kakak minta maaf tak jaga copmohor dgn baik sampai copmohor sakit mcm ni..aku lihat berkaca saja mata dia, dan bila balik rumah tengok dia dah takde. Aku redho.
Pergilah sayang..tidurlah dengan tenang..maafkan kakak diatas segala kekurangan selama kakak jaga CopMohor dan terima kasih diatas semua doa2 CopMohor untuk kakak selama hayat CopMohor. Damailah disana sayang.
Tunggu kakak kat Syurga ya.
Welcome to my simple blog..Laman ini kujadikan teman dan tmpt aku berkongsi cerita suka dan duka juga untuk aku share resepi aku yg tak tersave dek otak ni, atau dalam bahasa lainnya DIARI aku versi Alam Maya, namun masih boleh dibaca oleh sesiapa jua. Segala yang tercatat disini akan kusimpan sebagai kenangan aku dimasa depan. Kepada yang singgah, Syukran aku ucapkan. Mohon maaf sebarang kekurangan, Yg baik dari Allah dan yg buruk adalah kelemahan aku sendiri, Moga ada manfaat untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan