Selasa, 27 Ogos 2013

Selagi Belum Habis Syawal..........

Assalamualaykum teman² Blog,

Hari ini 27 Ogos 2013 bersamaan dengan 20 Syawal 1434H, Cepatnya masa berlalu, macam mana cepat habisnya Ramadhan, begitulah jugak dengan Syawal..Aku rasa Syawal tahun ini adalah Syawal yang paling banyak aku makan berbanding Syawal-Syawal lain dalam hidup aku. Tahun yang paling banyak aku menghadiri Majlis Rumah terbuka, Merata dunia aku sampai (naqnya dalam Malaysia ja, saja nak bagi gempaq lebih) Nampak sangat rumah terbuka ni dah jadi trend sekarang..

Aku pulak tahun ni tak buat pun Rumah Terbuka, Maklumlah dengan sakit ni rasa malas sungguh nak susahkan diri sendiri, Biasa tiap-tiap tahun aku buat. Bukan besaq pun, ala kadar jer, tapi aku puas hati sebab dapat sajikan kawan-kawan dan sanak saudara dengan makanan yang aku masak sendiri..Masak ikhlas dari hati..tak sedap pun jadi sedap..Biasanya kawan2 husband aku suka la dengan masakan aku..aku invite dalam 50-70 orang saja pun, masak pun 1 jenis saja, yerlah ingat senang nak bersilat sorang-sorang kat dapur, 1 jenis tu pun aku masak dari pagi sampai nak petang baru siap, aku ni jenis buat kerja lambat sikit, cermat kot sebab tu lambat, normally aku buat Mee hokkien ataupun Mee Kari..Ramai yang suka menu ni, kemudian ada kuih raya sikit, kekacang dan jajan..Itu sajalah menu aku...

Tapi dalam tak buat open house tu pun, kalau ada kawan2 yang bagitau nak mai melawat, aku masak lah jugak, InsyaAllah semua yang mai tak balik dengan perut kosong, Tapi tu untuk yang inform sajala..yang tak inform tu nasiblah...Open house yang menjemput kawan2 secara rasmi saja aku tak buat tapi sebenarnya rumah aku ni sentiasa open..sapa nak mai pun dialu-alukan, tetamu kan bawa rezeki...

Semalam aku pi memenuhi jemputan seorang sahabat kat lembah Impiana Kulim, masih belum habis lagi open house, sabtu dan ahad ni pun masih ada jemputan lagi, Selagi belum habis syawal, makan, makan, makan..bertuah sungguh rakyat Malaysia..aku salah seorang yang bertuah tu..Alhamdulillah! jom kita bersyukur sejenak...

Antara gambar-gambar yang diambil kat rumah sahabat aku Nadia semalam..Dia buat steamboat, sedap sangat, Puas Makan, thanks Nadia, Lain kali invite lagi na, Ok..aku out dulu na...jumpa lagi..Maaslama..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan