Assalamualaikum Rakan blog,
Pagi Jumaat yang sungguh indah, Hari ini dah masuk hari ke3 kita melangkah kaki ke bulan yang penuh barakah ini, Banyak yang nak aku update sebenarnya, tapi as usual penyakit malas sentiasa menyelubungi diri...
Takdak apa yang aku nak cerita, nak cerita tentang menu berbuka pun masih awal lagi, jam baru pukul 10pagi, Kalau cerita pun aku rasa cerita aku tak menarik sebab aku tak masak pun untuk berbuka, just beli saja. Tapi jangan risau aku tak membazir pun di bazar ramadan, hanya beli yang betul-betul perlu saja. Untuk pengetahuan semua aku jarang ke bazar, habibi aku balik kerja terus la dia beli apa yang patut.
Puasa tahun ini memang berbeza dengan tahun-tahun sebelum kerana sepanjang usia perkahwinan aku, tahun inilah tahun pertama aku dapat sahur dan berbuka cukup 30hari dengan family. Sebelum ni hanya 15 hari saja, 15 hari yang lain kat tempat kerja la..Namun disebalik kelebihan mesti ada kekurangan kan? kekurangannya ialah aku rindu nak berbuka dengan kengkawan aku, masih ingat lagi betapa meriahnya berbuka ramai-ramai dengan lauk pauk penuh meja, biasanya aku jadi tukang makan saja, tukang bawaknya orang lain, seronok sangat, lepas makan berlumba-lumba pi surau pulak..rindunya dengan suasana tu..uwaa....
Satu lagi yang berbeza tahun ni ialah inilah tahun pertama kami berbuka tanpa anak aku yang bongsu disisi..hampa semua tahukan yang dia aku hantar ke sekolah agama, So, dia berbuka, terawih dan bersahur dengan kengkawan dia, Sunyi saja kami time berbuka sebab biasanya dialah radio karat kami, mulut dia memang non stop punya..Aku harap sangat dia ok kat sana...hish! bukan boleh layan sangat hati bab2 ni...nanti banjir pulak Sungai Bakap ni.
Oklah, Cukuplah aku cerita yang tu..nanti bila-bila aku senang aku cerita lagi ya (senang ker rajin haha). Selamat berpuasa semua. Semoga semua amalan baik kita diterima dan semoga Ramadhon tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Kalam yang panjang tanpa zikrullah akan membuatkan hati kita menjadi batu, So,kalau kita tak boleh cakap benda yang baik, diam adalah lebih baik.~ aku dapat dari Ustaz Taha dalam rancangan Assalamualaikum pagi tadi. Moga ada manfaat untuk semua.
Welcome to my simple blog..Laman ini kujadikan teman dan tmpt aku berkongsi cerita suka dan duka juga untuk aku share resepi aku yg tak tersave dek otak ni, atau dalam bahasa lainnya DIARI aku versi Alam Maya, namun masih boleh dibaca oleh sesiapa jua. Segala yang tercatat disini akan kusimpan sebagai kenangan aku dimasa depan. Kepada yang singgah, Syukran aku ucapkan. Mohon maaf sebarang kekurangan, Yg baik dari Allah dan yg buruk adalah kelemahan aku sendiri, Moga ada manfaat untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan