Jumaat, 1 November 2013

S Sepanjang hidup aku


November adalah bulan kelahiran aku..

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi diberi peluang untuk menyambut hari tua lagi...Diberi peluang untuk bernafas setahun lagi..Syukur kerana masih dapat berbakti untuk insan-insan sekeliling aku lagi..Sempena hari tua aku, aku nak share story S aku..S yang wujud dalam hidup aku..Mungkin ada yang bertanya..Why S? the answer is because I am also part of the S.

My S story..

SAID : S yang dah tinggalkan aku sekecil 3 tahun, Hubungan yang ada  hanya dari sudut biologi tetapi realitinya, tiada pelindungannya, tiada sokongannya, tiada kasihsayangnya.

SALBIAH : S yang aku sanjung Fiddunya Wal Akhirah yang bersusah payah melahirkan, membesarkan dan menyayangi aku .

SUHAIMI : S yang satu-satunya menjadi Saudara kandung aku dalam dunia ni. Dialah madu dialah racun..

SUAMI : S yang ditakdirkan Allah menjadi housemate, roommate, soulmate, InsyaAllah sampai hujung nyawa.

SONS : S yang di anugerahkan Allah, Semoga ada pahala berterusan dari mereka untuk aku bila aku dah tiada.

SEPUPU : S yang menjadi Sister dari kecik sampai sekarang menggantikan saudara perempuan aku yang tak pernah wujud.       

SAHABAT : S tempat aku bercerita berkongsi gelak tangis, suka dan duka.

SUNGAI KECHIL : S tempat aku dilahirkan untuk melihat alam yang serba indah ini.

SUNGAI BAONG : Aku membesar disini

SUNGAI BAKAP : daerah tempat aku menetap dari kecil sampai sekarang.

SERULING EMAS : S tempat aku membeli Baiti Jannati aku.

SID : Sebenarnya ada ramai lagi, tapi memandangkan hanya Beliau yang bermula dengan S, dan Beliau yang paling tua antara semuanya, So Sid sebagai wakil untuk semua moew yang sentiasa make my day..

SAKIT : S yang didatangkanNya kedalam hidup aku, sebagai ujian dariNya, sebagai tanda kasih sayangNya, dan aku terima penuh redha.

SOLAT : S yang diwajibkanNya keatas aku selagi aku bernafas, No excuse dalam apa jua keadaan..sudah sempurnakah aku?

SYURGA : S yang menjadi impian dan cita-cita aku..Layakkakh aku??

Alhamdulillah dan terima kasih Allah untuk semua S, yang tiada, yang masih ada, dan yang belum ada..Terima kasih untuk semuanya..

Buat yang membaca S story ni aku ucapkan Jazakumullahu khairan kathira..May God bless us..

Khamis, 3 Oktober 2013

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali. Itu saja yang mampu terucap dari mulut aku bila mendapat panggilan tentang kematian kakak iparku Zaleha Mohamed. Walaupun aku rasa macam susah nak percaya tapi akhirnya aku redha dan akur dengan ketentuanNya. Of coz aku sedih sangat-sangat. Aku, kucing aku mati pun aku sedih dan menangis inikan pulak saudara sendiri.

Kak Leha. Itulah panggilan aku kat dia. Kak Leha ni sebenarnya isteri abang sepupu aku, tapi disebabkan aku ni takdak kakak dan juga abang, jadi secara tak lansung aku amat rapat dengan sepupu-sepupu aku ni, aku rasa depa semua macam abang dan kakak aku sendiri. Kak leha ni pulak kahwin dengan abang Pian aku masa aku masih kecil lagi, jadi dah tak rasa macam kakak ipar pun, rasa macam kakak sendirilah jugak.

Dia meninggal pada 28september 2013, hari tu jugak adalah ulangtahun hari lahir dia yang ke50. Aku lambat update sebab sibuk menghadiri majlis tahlil untuk dia. Sehari sebelum dia meninggal aku sempat jugak pi melawat dia kat rumah. Masih terngiang-ngiang lagi segala apa yang dia ceritakan kat aku. Rasa sedih sangat-sangat. Aku pernah terbaca kat mana entah lebih kurang macam ni ayat dia, kita takkan sedar yang kita sangat sayang kat seseorang tu sampai kita kehilangan dia. Memang betul sangat-sangat.

Apa yang buat kami sekeluaraga terkilan dia mati sebab kena buatan orang. Rasa ralat sangat tak sepatutnya orang baik macam dia mati macam tu. Berulang kali pi hospital, doktor pun tak dapat detect dia sakit apa, kononnya semua ok. just bagi ubat turunkan darah tinggi, bila dah turun, depa suruh balik. Bila pi berubat kat seorang ustaz tu, ustaz tu kata orang buat. Ustaz tu pun tak nampak siapa, hanya nampak bayang perempuan saja. kalau betullah cakap ustaz tu semoga Allah memberikan balasan yang setimpal atas perbuatan kejam orang tersebut. Dia selamat didunia, akhirat nanti kau tunggulah.

Sedih sebab masa aku pi melawat dia, dalam penat susah nak bernafas masih gagah nak cerita, dia kata hari selasa dia kena pi hospital lagi tapi dah tak tahan Isnin dah nak pi tak mau tunggu selasa dah. Aku sedih sangat bila ingat, rupa-rupanya isnin pun tak sempat. Dia pergi dulu. Yang lebih menyedihkan bila tengok abang Pian dan anak-anaknya Udin dan Nurul. Memang mengalir air mata aku. Kesedihan aku lebih kepada kasihankan mereka.

Keluarga kami dah terlalu lama tak ada kematian. Maksud aku keluarga yang paling terdekat. So, kematian kak Leha ni memang meninggalkan kesan yang mendalam. Tambahan pulak dia langsung tak pernah sakit sebelum ni. Demam pun dah hampir 20 tahun tak demam. Tiba-tiba meninggal. Tak tahu nak explain macam-mana. Bila ingat rasa kosong...kosong sangat..Itu aku. Suami dan anak-anak dia. lagila terasa.

So, Moral dari cerita aku ni, hargailah semua adik beradik kita, saudara mara kita sementara depa masih ada dalam dunia ni, kita tak tahu bila kita akan pergi. Aku yang sakit bertahun masih bernafas hari ini, yang sihat walafiat dah pun mengadapNya. Pesanan ini untuk diri aku jugak. Aku akan sedaya upaya menghargai dan berbuat baik dengan adik beradik aku, bukan saja adik beradik aku, dengan semua orang jugak. Apa yang terlebih terkurang sikit-sikit tu InsyaAllah akan aku maafkan. Kerana kita hidup bukan untuk selamanya. Akhirat jua kekal abadi. sesungguhnya mati itu pasti.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya Allahyarhamah kekanda kami Zaleha Mohamed. Semoga ditempatkan dikalangan mukmin yang diredhai Allah.Aminn Ya robb. Al Fatihah.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Khamis, 29 Ogos 2013

Busuk..Damailah kau di Sana

Assalamualaikum Rakan Blog,

Hari ni genap seminggu kucing aku Busuk pergi meninggalkan aku..Kesian Busuk. Hari ni baru aku rasa ok nak post entry tentang Busuk, sedih memang mencengkam dalam hati, Busuk mati tenang saja tak tarik teruk-teruk macam setengah kucing aku yang lain, tengah tidur (tapi mata dia tak pejam) Sebelum tu aku temankan dia, renjis-renjis air dalam mulut dia, aku tinggal dia sekejap saja pun sebab pergi solat, lepas solat aku mai tengok dia dah takdak..

Sedih tu memang sedih, tapi tak tau kenapa aku tak menangis pun, berat benar sedih dalam hati ni, biasanya kalau kucing kucing aku yang lain mati mesti aku nangis punya, mungkin aku tak menangis sebab aku puas hati dapat jaga dia dengan baik sepanjang dia sakit, bagi makan apa yang dia nak, makan pun dia berselera, 5 hari sebelum dia mati dia masih boleh habiskan seekor ikan kayu, tidur pun dengan aku, sebab tu mungkin aku tak terkilan sangat.

Hari dia mati tu pun sepatutnya aku bawak dia pi klinik, sebelum ni pun (bulan puasa hari tu) aku dah bawa dia tapi yang tu klinik kerajaan saja..balik tak ok pun..depa bukan check sangat, pegang gitu-gitu saja, memang aku tak puas hati tapi nak buat macam mana, budget aku tak cukup nak bawak pi klinik swasta. Dulu masa aku kerja bil kucing kat klinik rm350 pun aku boleh bayar..sekarang ni kena berkira sikit..kesian Busuk..Busuk yang jadi mangsa keberkiraan aku, Lepas tu bila mak aku mai rumah aku, dia sedih tengok Busuk dan sanggup bayar bil untuk Busuk, tu yang nak bawak tu..malangnya tak sempat, kami baru bersiap-siap, Busuk pergi dulu.

Sebelum dia mati dia merajuk kat mak aku sebab mak aku suruh dia turun tidur kat bawah katil, aku rasa dia rindu kat mak aku, tapi kena halau pulak tu yang merajuk kecik hati lari tidur luar..malam sebelum dia mati dia takdak dalam rumah, esoknya aku pergi cari dia ada dalam longkang kecil depan rumah (longkang tu tak kotor, takdak air), aku ajak dia balik dia tak mau..aku dokong dia mengeow, dengar macam mengeow kesakitan..(mungkin dalam badan dia dah teruk masa tu) sedih la..aku masih terdengar-dengar bunyi Busuk mengeow...Hari tu jugaklah dia mati...

Lepas ni kalau kucing aku mata depa ada naik putih tepi-tepi mata tu aku dah tau maknanya depa ada sakit dalaman..awal-awal aku akan bawak pergi berubat..Busuk, kakak belajar dari Busuk..Kakak Sayang dan rindu Busuk sampai bila-bila walaupun Busuk dah tak ada disisi kakak..Busuk tunggu kakak kat Syurga ya..(setelah seminggu inilah baru berair sedikit mata ku)


Busuk semasa sihatnya...segakkan Busuk..

Yang colar merah tu Busuk..Sedihnya tengok gambar tu..rasa rindu sangat kat dia..

Ni gambar Busuk yang terakhir semasa hayatnya..Gambar ni diambil di klinik kerajaan masa bawa dia bulan lepas..Puasa masa tu...kesian Busuk..

Tak sanggup rasanya nak postkan gambar ni..sedih sangat tengok..Untuk kenangan selama-lamanya aku postkan jugak..tidurlah wahai Busuk kakak dengan tenang dan damai...






Selasa, 27 Ogos 2013

Selagi Belum Habis Syawal..........

Assalamualaykum teman² Blog,

Hari ini 27 Ogos 2013 bersamaan dengan 20 Syawal 1434H, Cepatnya masa berlalu, macam mana cepat habisnya Ramadhan, begitulah jugak dengan Syawal..Aku rasa Syawal tahun ini adalah Syawal yang paling banyak aku makan berbanding Syawal-Syawal lain dalam hidup aku. Tahun yang paling banyak aku menghadiri Majlis Rumah terbuka, Merata dunia aku sampai (naqnya dalam Malaysia ja, saja nak bagi gempaq lebih) Nampak sangat rumah terbuka ni dah jadi trend sekarang..

Aku pulak tahun ni tak buat pun Rumah Terbuka, Maklumlah dengan sakit ni rasa malas sungguh nak susahkan diri sendiri, Biasa tiap-tiap tahun aku buat. Bukan besaq pun, ala kadar jer, tapi aku puas hati sebab dapat sajikan kawan-kawan dan sanak saudara dengan makanan yang aku masak sendiri..Masak ikhlas dari hati..tak sedap pun jadi sedap..Biasanya kawan2 husband aku suka la dengan masakan aku..aku invite dalam 50-70 orang saja pun, masak pun 1 jenis saja, yerlah ingat senang nak bersilat sorang-sorang kat dapur, 1 jenis tu pun aku masak dari pagi sampai nak petang baru siap, aku ni jenis buat kerja lambat sikit, cermat kot sebab tu lambat, normally aku buat Mee hokkien ataupun Mee Kari..Ramai yang suka menu ni, kemudian ada kuih raya sikit, kekacang dan jajan..Itu sajalah menu aku...

Tapi dalam tak buat open house tu pun, kalau ada kawan2 yang bagitau nak mai melawat, aku masak lah jugak, InsyaAllah semua yang mai tak balik dengan perut kosong, Tapi tu untuk yang inform sajala..yang tak inform tu nasiblah...Open house yang menjemput kawan2 secara rasmi saja aku tak buat tapi sebenarnya rumah aku ni sentiasa open..sapa nak mai pun dialu-alukan, tetamu kan bawa rezeki...

Semalam aku pi memenuhi jemputan seorang sahabat kat lembah Impiana Kulim, masih belum habis lagi open house, sabtu dan ahad ni pun masih ada jemputan lagi, Selagi belum habis syawal, makan, makan, makan..bertuah sungguh rakyat Malaysia..aku salah seorang yang bertuah tu..Alhamdulillah! jom kita bersyukur sejenak...

Antara gambar-gambar yang diambil kat rumah sahabat aku Nadia semalam..Dia buat steamboat, sedap sangat, Puas Makan, thanks Nadia, Lain kali invite lagi na, Ok..aku out dulu na...jumpa lagi..Maaslama..



Jumaat, 12 Julai 2013

Ramadhon Kareem

Assalamualaikum Rakan blog,

Pagi Jumaat yang sungguh indah, Hari ini dah masuk hari ke3 kita melangkah kaki ke bulan yang penuh barakah ini, Banyak yang nak aku update sebenarnya, tapi as usual penyakit malas sentiasa menyelubungi diri...

Takdak apa yang aku nak cerita, nak cerita tentang menu berbuka pun masih awal lagi, jam baru pukul 10pagi, Kalau cerita pun aku rasa cerita aku tak menarik sebab aku tak masak pun untuk berbuka, just beli saja. Tapi jangan risau aku tak membazir pun di bazar ramadan, hanya beli yang betul-betul perlu saja. Untuk pengetahuan semua aku jarang ke bazar, habibi aku balik kerja terus la dia beli apa yang patut.

Puasa tahun ini memang berbeza dengan tahun-tahun sebelum kerana sepanjang usia perkahwinan aku, tahun inilah tahun pertama aku dapat sahur dan berbuka cukup 30hari dengan family. Sebelum ni hanya 15 hari saja, 15 hari yang lain kat tempat kerja la..Namun disebalik kelebihan mesti ada kekurangan kan? kekurangannya ialah aku rindu nak berbuka dengan kengkawan aku, masih ingat lagi betapa meriahnya berbuka ramai-ramai dengan lauk pauk penuh meja, biasanya aku jadi tukang makan saja, tukang bawaknya orang lain, seronok sangat, lepas makan berlumba-lumba pi surau pulak..rindunya dengan suasana tu..uwaa....

Satu lagi yang berbeza tahun ni ialah inilah tahun pertama kami berbuka tanpa anak aku yang bongsu disisi..hampa semua tahukan yang dia aku hantar ke sekolah agama, So, dia berbuka, terawih dan bersahur dengan kengkawan dia, Sunyi saja kami time berbuka sebab biasanya dialah radio karat kami, mulut dia memang non stop punya..Aku harap sangat dia ok kat sana...hish! bukan boleh layan sangat hati bab2 ni...nanti banjir pulak Sungai Bakap ni.

Oklah, Cukuplah aku cerita yang tu..nanti bila-bila aku senang aku cerita lagi ya (senang ker rajin haha). Selamat berpuasa semua. Semoga semua amalan baik kita diterima dan semoga Ramadhon tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Kalam yang panjang tanpa zikrullah akan membuatkan hati kita menjadi batu, So,kalau kita tak boleh cakap benda yang baik, diam adalah lebih baik.~ aku dapat dari Ustaz Taha dalam rancangan Assalamualaikum pagi tadi. Moga ada manfaat untuk semua.

Rabu, 26 Jun 2013

Memories Of Last Year

Assalamualaikum Rakan Blog, Berikut adalah apa yang pernah aku post kat FB 18Dec last year, Sengaja aku C&P kat sini sebagai backup..juga untuk kenangan..aku sekarang mudah lupa sebab tu aku save siap2 kat sini..mana tahu kalau2 FB dimansuhkan..At least ada lagi yang aku boleh tengok sebagai kenangan..(erm..nampaknya banyak lagi la yang aku kena C&P)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Panjang ceritanya, takpelah aku pendekkan seberapa yg boleh..

En Suami xcident..patah tgn,admit spital seb jaya, masa discharge tak perasan ada kesilapan dekat MC,lps tu cop doktor pun tak clear,maklumlah tgh letih ya amat sbb jd babysitter.. balik umah baru tgk..terus call ward tya..nurse mana tah jwb..dia kata MC bukan kami tak tulis kak,doktor yg tulis..kami tak leh buat apa2..nnt kak mai 18hb ni kak cakap ngan dtr terus ya..aku kata eh! MC bukan nurse ka yang tulis? setau saya MC nurse yg tulis.DR cuma sain ja..takk..kami tak pernah tulis MC, Dr yg tulis..(takpelah mungkin aku silap sbb tak penah admit kat gomen..selalu duduk Loh Guan Lye dgn KPJ ja..)

Hari ni 18hb..En Suami kena admit balik sbb esok nak operate, sampai saja spital MC tu la yg aku tunjuk dulu..aku cerita kat nurse tu..MC ni tulis silap..kena tulis lain..sepatutnya kena MC dari 11 sampai 17hb..tapi ini tulis sampai tarikh discharge saja..lepas tu Cop doktor pun tak clear..Socso tak layan kalau cop stengah mcmni...Nurse tu kata ok ok..nanti kak tunjuk terus kat dtr yg nak cek abg dlm bilik tu yer..bila aku nak masuk dlm bilik tu sorang lagi nurse tahan aku..aku cerita lg benda yg sama..Nurse tu amik MC dan resit2 yg mmg dah aku klip sekali tu dan kata kat aku..takpe kak duduk dulu yer..nanti saya bagitau doktor..aku pun ok la..

Sampai kepetang aku tgu..MC tu tak sampai2 kat tgn aku..terpikir gak aku..ssh sgt ka nak tulis MC ni..Tiba2 dlm pukul 5lebih camtu dtg nurse lelaki bagi balik MC tu siap kata dgn penuh sopannya..Kak simpan dulu na MC lama ni.Lepas tu dia blah....Laaaa...Ini boleh mendatangkan marah!!...woi..MC ni ada issue la..kalau tak takkan aku nak bagi balik kat hampa...dah hangat satu badan dah rasa..nampak sgt depa mmg tak ambil berat lansung dgn apa yg kita dok hbq..aku pi balik..bagitau lagi dkt nurse yg lain pulak..nurse ni pakai baju mcm dtr..mgkin dia fhm kot dgn problem aku..dia kta laa..yaka..maafla kak! saya tak tau ada kesilapan mcmni..sekarang dtr ni pun dah takde..dah balik..boleh tak kak bagitau kat dtr kat BM nnt bila abg kena transfer kat BM.....rasa ada tanduk dah kat kepala aku..aku kata prob ni kat sini punya..nak tendang aku pi BM pulak..nnt kalau Dtr BM tak mau responsible aku nak leh kata apa..baik aku settle kat sini jugak...aku kata kat nurse tu..Saya bagitau ttg ni dari pukul 10pg td..mcm mana Doktor tu boleh balik??


dia kata takpe kak jgn risau nnt kami inform kat dtr BM sama...woi..kalau hampa..hampa nak percaya ka? tera dok satu hospital pun tak leh nak inform..ni nak pi inform kat spital lain pulak...Hello..I'm Malaysian OK...hampa jgn nak buat lebih kurang pulak kat aku..Bangladesh retu bolehla..hampa nak amik darah dia pun sampai menitik2 darah dia penuh tilam...lps tu bila dia pangge, berejam baru hampa nak mai tgk dia..kejam betoi la hampa..


Aku bgn dgn tegasnya aku kata (tapi masih lg dlm bahasa yg polite) HOSPITAL NI BESAQ..TAKKAN DIA SORANG JA DOKTOR YG ADA?? KALAU BETOI PUN DOKTOR TU DAH BALIK..DOKTOR LAIN TAKDAK DAH KA???? mai nurse lain pulak..pasaipa ni kak..aku cerita lagi....OOO..yg ni takpa..sat sat saya buat MC baru...dia pi 5 minit lps tu dia mai balik dgn mc baru yg betul..Cop pun dah clear..Aikk!!! ada pulak dtr yang sama..tadi kata dah balik...aku malas la nak panjg2 lagi..point aku cuma nak dapat MC yg betul ja..tapi walau apapun mmg teruk la..Bayangkan dari pg sampai ptg..lps tu sampai berapa kali aku kena ckp..sampai berapa org nurse baru leh settle problem..Hampa semua kalau keluaq spital cek la semua2 bagi betoi..baru balik...kalau tak susah mcm ni la..Depa kerja semata2 nak gaji kot..takdak ikhlas dlm hati utk tolong org..Tapi Intelliers bukan nak masuk gomen no, macam aku dulu la..kalau admit deret kat Speciallist la...service mmg tiptop..Aku pun kalau masih lagi dgn Intel..En Suami aku tak masuk la seb jaya..aku bawak pi KPJ la...One point lesson..Kerana nila setitik..rosak nurse sebelanga....
1140Like ·  · Promote ·