Jumaat, 1 November 2013

S Sepanjang hidup aku


November adalah bulan kelahiran aku..

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi diberi peluang untuk menyambut hari tua lagi...Diberi peluang untuk bernafas setahun lagi..Syukur kerana masih dapat berbakti untuk insan-insan sekeliling aku lagi..Sempena hari tua aku, aku nak share story S aku..S yang wujud dalam hidup aku..Mungkin ada yang bertanya..Why S? the answer is because I am also part of the S.

My S story..

SAID : S yang dah tinggalkan aku sekecil 3 tahun, Hubungan yang ada  hanya dari sudut biologi tetapi realitinya, tiada pelindungannya, tiada sokongannya, tiada kasihsayangnya.

SALBIAH : S yang aku sanjung Fiddunya Wal Akhirah yang bersusah payah melahirkan, membesarkan dan menyayangi aku .

SUHAIMI : S yang satu-satunya menjadi Saudara kandung aku dalam dunia ni. Dialah madu dialah racun..

SUAMI : S yang ditakdirkan Allah menjadi housemate, roommate, soulmate, InsyaAllah sampai hujung nyawa.

SONS : S yang di anugerahkan Allah, Semoga ada pahala berterusan dari mereka untuk aku bila aku dah tiada.

SEPUPU : S yang menjadi Sister dari kecik sampai sekarang menggantikan saudara perempuan aku yang tak pernah wujud.       

SAHABAT : S tempat aku bercerita berkongsi gelak tangis, suka dan duka.

SUNGAI KECHIL : S tempat aku dilahirkan untuk melihat alam yang serba indah ini.

SUNGAI BAONG : Aku membesar disini

SUNGAI BAKAP : daerah tempat aku menetap dari kecil sampai sekarang.

SERULING EMAS : S tempat aku membeli Baiti Jannati aku.

SID : Sebenarnya ada ramai lagi, tapi memandangkan hanya Beliau yang bermula dengan S, dan Beliau yang paling tua antara semuanya, So Sid sebagai wakil untuk semua moew yang sentiasa make my day..

SAKIT : S yang didatangkanNya kedalam hidup aku, sebagai ujian dariNya, sebagai tanda kasih sayangNya, dan aku terima penuh redha.

SOLAT : S yang diwajibkanNya keatas aku selagi aku bernafas, No excuse dalam apa jua keadaan..sudah sempurnakah aku?

SYURGA : S yang menjadi impian dan cita-cita aku..Layakkakh aku??

Alhamdulillah dan terima kasih Allah untuk semua S, yang tiada, yang masih ada, dan yang belum ada..Terima kasih untuk semuanya..

Buat yang membaca S story ni aku ucapkan Jazakumullahu khairan kathira..May God bless us..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan