Rabu, 21 Mei 2014

Saja jer.. Hmm

Assalamu'alaykum rakan blog,

Dah lama bebenar aku tak update blog, rasa malas sangat nak on pc sejak online guna handphone. Memang kat handphone pun boleh update blog tapi rasa macam susah, mungkin sebab tak biasa. Lepas ni kena cuba biasakan diri. Dah masuk bulan Mei tapi ini baru post yang kedua tahun ni (Teruknya, lama benar aku tak update blog) dan juga post aku yang pertama menggunakan handphone (eleh! Yang tu pun nak bgtau, bukannya boleh masuk Malaysia book of record kan? Hehe).

Tadi aku tgh lawat fb PH, rajin pulak aku hari ni belek satu2 komen yg ada tu, tiba2 ternampak satu komen dari hamba Allah ni, Halimatun binti Yaakob nama dia, tujuan post aku ni sebab nak save komen ni sebab aku rasa ianya salah satu dari ilmu dan mungkin berguna untuk aku masa depan. Aku tak pernah baca kitab ihya ulumuddin, mungkin satu hari nanti.

 Imam Al-Ghazali menulis dlm Ihya Ulumuddinnya: Seorang ulama' lagi abid dijemput menghadiri satu kenduri. sebaik tiba d lokasi, tuan rumah menyuruhnya balik kerana kenduri telah selesai. Ulama' itu pun balik. Sesampai di rumah, dia dijemput semula ke kenduri tadi. Dia pun pergi semula. Kemudian tuan rumah mengulangi seperti sebelumnya. Dia pun pulang ke rumah. Keadaan itu berlaku hampir 10 kali, namun Ulama' itu tetap senyum setiap kali  sampai dan setiap kali dihalau pulang. Akhirnya tuan rumah memeluk Ulama' itu sambil menamgis dan menyatakan tujuan dia berbuat begitu adalah untuk MENGUJI sifat SABAR guru itu, sambil melayan beliau makan dengan peniuh hormat. Setelah itu tuan rumah menyatakan kagum dengan sifat sabar dan rendah hati tamunya itu. Ulama' itu berkata, "Aku belajar daripada ANJING, bila dihalau ia pergi; bila dipanggil ia datang! Firman ALLAH bermaksud, " Sesungguhnya akan dibalas orang2 SABAR itu sehingga tidak terkira/ bighairil hisaab...!'


Sekian, itu jer aku nak tulis, jumpa lagi di lain entry...(dalam hati rindu kat JJ 😑😟😞)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan