Assalamu'alaykum rakan blog,
Salam Jumaat penuh barakah. Penghulu segala hari. Byk benar perkara yg nak di update tapi asyik tertangguh..sungguh banyak yang berlaku sejak akhir2 ni..aku belum bersedia nak cerita kat entry ni. Biarlah emosi dan perasaan aku sedikit stabil barulah aku bersedia menulisnya. Untuk hari ni cukuplah aku update tentang CopMohor.
Semalam CopMohor dah pergi tinggalkan aku buat selamanya. Tak nampak pun tanda² dia sakit sebelum tu, Semuanya berlaku dalam masa sehari saja. Pagi tu nampak dia sakit petang dah nazak. Aku pun tak pasti apa punca dia..mulut dia keluar air dan waktu dia mati mulut dia jadi hitam..mungkin virus parvo agaknya..kesian CopMohor...
Macam biasa, bila ada kucing aku yg mati memang aku bersedih..tapi sbb sekarang memang aku dalam kesedihan yg maha hebat jadi aku tak terkesan sgt dgn kehilangan CopMohor ni, aku seolah2 redo dan terima tanpa sebarang komplen.
Pagi ni CopMohor dah selamat dikebumikan kat rumah mak besaq aku. Semalam sebelum aku nak keluar pi umah mak, aku sempat pesan kat dia..kalau Copmohor sakit sangat dan tak leh tahan lagi, takpa pergilah, kakak reda..kakak minta maaf tak jaga copmohor dgn baik sampai copmohor sakit mcm ni..aku lihat berkaca saja mata dia, dan bila balik rumah tengok dia dah takde. Aku redho.
Pergilah sayang..tidurlah dengan tenang..maafkan kakak diatas segala kekurangan selama kakak jaga CopMohor dan terima kasih diatas semua doa2 CopMohor untuk kakak selama hayat CopMohor. Damailah disana sayang.
Tunggu kakak kat Syurga ya.
Welcome to my simple blog..Laman ini kujadikan teman dan tmpt aku berkongsi cerita suka dan duka juga untuk aku share resepi aku yg tak tersave dek otak ni, atau dalam bahasa lainnya DIARI aku versi Alam Maya, namun masih boleh dibaca oleh sesiapa jua. Segala yang tercatat disini akan kusimpan sebagai kenangan aku dimasa depan. Kepada yang singgah, Syukran aku ucapkan. Mohon maaf sebarang kekurangan, Yg baik dari Allah dan yg buruk adalah kelemahan aku sendiri, Moga ada manfaat untuk semua.
Jumaat, 5 Disember 2014
Isnin, 13 Oktober 2014
Tami, berlari-larilah kesyurga
Hari ni sekali lagi cerita sedih ini terjadi, sangat sedih..Tami dah pergi tinggalkan aku, sungguh tragis cara kematiannya..dia mati digigit anjing, tak sanggup aku nak ceritakan lebih2.
Aku tak ada kat rumah hari ni, menghadiri kenduri, kemudian terus ke tesco dan pasar malam Alma, kebetulan adik Mila yg dah lama aku tak jumpa nak datang rumah, terus lajak pi ambik dia, bila balik rumah hari dah malam, tengok2 Tami dah kaku kat ruang dapur, yg paling sedih dalam kesakitan amat dia berusaha masuk dalam rumah untuk selamatkan diri..sungguh seksa cara kematian dia.
Maafkan kakak Tami, kakak tak dapat selamatkan Tami, kakak tak ada waktu Tami perlukan kakak..kakak sedih sangat..yang paling kakak terkilan Tami ketagih nak makan dryfood, dah 3hari dryfood habis kakak tak pergi beli, tiap2 hari Tami pi tengok mangkuk tu, kosong..kesian Tami..harini kakak dah beli bwk balik, tapi Tami dah tak ada..huu
Patutlah semalaman semalam Tami tidur lena atas cat tree yg baru beli tu, rupanya Tami buang tabiat.
Aku langsung tak ambik gambar dia, aku tak tergamak dan kalau boleh nak lupakan terus cara dia mati tu. Tak mahu lansung ada kenangan..aku harap sangat biarlah ini kali terakhir kucing aku mati akibat digigit anjing, janganlah ada lagi lepas ni..YaAllah dengarlah kata hati hambamu ini..
Kakak sayang Tami Lillahita'ala, kakak sayang Tami dunia dan akhirat..berehatlah Tami dengan tenang..Damailah Tami disana..kakak sedih sangat, tiada kata dapat gambarkan kesedihan kakak..tapi kakak redha..berlari2lah kesyurga sayang..

Rabu, 8 Oktober 2014
Bihun Sup Tulang
Assalamu'alaykum teman blog,
Hari ni dah 13zulhijah, sungguh cepat kan masa berlalu..Hari raya korban tahun ni aku beraya rumah mak mentua, seronok jugak bila sesekali berkumpul ramai2 dengan adik beradik ipar. Biasanya raya korban aku terperap saja kat rumah sebab Zul akan bantu org sembelih lembu dekat masjid, tapi tahun ni dia tak pergi jadi kami balik kampung.
Oleh kerana tak ke masjid, secara tak lansung kami tak dapat agihan daging korban tahun ni, sup tulang yang aku buat ni hasil donation dari abang sepupu aku.
Abang pian aku ni tiap2 tahun ada orang sponsor dia kaki dan tulang lembu, tahun ni dah takdak sapa nak masakkan untuk dia since kak leha aku dah tak ada, jadi dia pass la segala tulang dan kaki kat batu jemala aku..
Banyak aku masak, satu periuk besaq, Zul pulak tak boleh balik semalam, pagi ni pun dia tak sempat makan jadi dia bungkus ja bwk bekal..banyak jugak aku tgk dia bawak..apa yg seronoknya tak sampai sejam keluar dia call balik dia cakap sup sedap sangat. Tiada apa yg lebih menggembirakan hati seorang isteri bila suami sanggup call semata2 nak bgtau masakan isteri dia sedap..tak cukup pulak tu katanya..kalau kat rumah boleh tambah..seronok tak terkata aku, biar seribu orang memuji tp tak sama dgn suami sendiri puji..feeling dia lain..dan dan rasa berbaloi penat aku memasak semalam..
Sup ni memang banyak, kalau harap kami jer makan memang tak habis, jadi semalam aku jemput sepupu aku cikman anak beranak mai makan, sekali dengan tukang sponsor tulang ni, sapa lagi kalau abangpian aku. Seronok sungguh tengok depa makan. Alhamdulillah rasa bahagia sangat bila dapat gembirakan orang lain walaupun dengan hanya menyediakan makanan untuk depa..lebih lebih lagi keluarga sendiri..
Kali ini aku tak sertakan resepi..hanya gambar sbb nak letak resepi mcm mana pun aku tak tahu sebab aku buat banyak. 1periuk besor..besar sangat. So semua main campak2..tak cukup adjust. Tak cukup lagi adjust lagi..sampai cukup..kira ni sup tulang versi hentam sajalah, rempah kurma pun aku letak sbb sup bunjut ada 1 saja..tak cukup..lagi satu yang special kali ni aku guna bawang goreng homemade. Memang sedap. Len kali confirm tak nak yg readymade dah. Yg homemade jauh lebih sedap. Kesian mak mentua aku, aku dera dia kupas bawang..ampun ya mak!

Bawang goreng homemade yg sangat marvelous. |
Khamis, 25 September 2014
Damailah Gaza disana
Tak dapat kakak nak tengok Gaza membesar, budak paling manja dalam rumah ni..tiada lagi yang nak panjat duduk atas bahu kakak masa kakak tgh masak.
Kakak sedih sangat, dunia kakak rasa sepi hari ni, baru pukul 3 ptg tadi Gaza berebut2 makan kat dapur dgn yg lain, tiba2 pukul 6 Gaza dah tak ada, kakak angkat jasad Gaza masih panas, kejam org yg langgar Gaza..sobs! Kakak sayang Gaza dari dunia sampai akhirat.
Damailah Gaza disana..

Gaza yang tengah. |
Selasa, 23 September 2014
Gulai itik menggunakan periuk noxxa
Assalamu'alaykum rakan blog,
Wah, penat cuci sawang ni..lama sungguh tak jenguk sini, kalau ada anugerah orang paling malas update blog sedunia, mungkin aku layak jadi juaranya..hmm!
Tujuan teringat nak update blog hari ni sebab nak save resepi gulai itik yg aku buat Ahad baru ni. Kalau tak simpan confirm bila nak buat lagi dah tak ingat resepinya.
Aku tak pernah masak gulai itik, umur dah nak masuk 40 inilah baru pertama kali masak, fuh! nasib baik sedap..tak sangka sedap sangat. Mungkin inilah hasil kalau masak dari hati..mak mentua, sibulat dengan encik zul makan sungguh, berbaloi masak, hilang letih tengok depa makan.
Encik Zul aku ni memang gemar dgn gulai itik. Rajin jugak kalau jalan2 cari makan kami cari gulai itik kawah. Kadang2 makan kat kulim, kadang2 area Bukit Mertajam. Pendek kata truly kampung boy la dia ni..mcm2 makanan exotik dia makan..tapi setruly truly dia, truly lagi aku sebab dia tak makan tapai dan tempe..aku makan, favourite lagi tau!
Itik yg aku masak ni aku tak beli, mak mentua aku yang bagi, tak tahu pulak aku abang ipar aku ambik kat mana..Orang kata itik ni hanyir tapi alhamdulillah aku masak ok ja, lansung tak hanyir, aku cuci dgn tepung gandum dan limau. Rendam bg lama sikit daging itik tu.
Eh! Panjang pulak mukadimahnya, jomlah tgk resepi ni, aku tak pandai masak jadi resepi ni aku google untuk dapatkan idea..tp bila google tgk ada resepi yg simple sgt dan ada pulak yg susah sbb banyak bahan2..jadi aku ubahsuai ikut apa yang ada dalam petiais aku.
Bahan-bahan:-
2 ekor itik- dipotong kecil
Ubi kentang 7biji
Bahan untuk menumis:
Minyak masak
rempah tumis 4 sekawan (k.k.manis, cengkih, b.lawang, buah pelaga..)
Bawang besar 2biji- dihiris
Bawang putih 10ulas-dihiris
Halia seinci- hiris memanjang
Rempah kari daging 4senduk
Rempah kurma 2sudu makan
7tangkai cili kering-kisar
kunyit hidup seketul-kisar
Lada hitam 3sudu- kisar
Bwg besar 2biji- kisar
Bwg putih 15ulas- kisar
halia seinci -kisar
3 tangkai daun kari
3 btg serai - titik
Sedikit gula melaka
Kiub ayam 1ketul (optional)
santan pekat
Asam keping 3
3 sb kerisik,garam dan gula..
cara-cara:-
On kan pressure cooker dalam mood stir fry..bila periuk dah panas masukkan minyak, tumis serai, bahan2 hiris dan rempah 4 sekawan hingga kekuningan, kemudian masukkan rempah daging dan bahan2 kisar tadi..tumis sampai wangi. Oleh kerana aku guna pressure cooker tak perlu aku tgu rempah pecah minyak, terus masukkan daging itik yg dah dicuci bersih, ubi kentang dan tambah sedikit air jika perlu..kemudian offkan mood stir fry dan aku setkan mood high pressure 25 minit, biarkan dia..tak perlu nak kacau lagi..
Selepas 25 minit periuk akan bgtau itik dah empuk, keluarkan semua wap dari periuk baru dapat buka tudungnya..kemudian onkan semula stir fry dan masukkan asam keping, santan, kerisik dan gula melaka. perasa dgn garam.
(aku letak tomato cherry dan beberapa biji cili padi sbb ada stok dalam peti ais)
Siap untuk dihidang..
Untuk yg masak dengan dapur gas, rempah kena masak sampai pecah minyak dan itik kena masak lama sbb daging itik agak liat..
Aku tulis detail cara nak gunakan pressure cooker tu sebab mana tau jika satu hari nanti aku dah tak ada, anak2 aku boleh tgk kat sini untuk rujukan mereka. Masa aku ada tak nak belajar..takut nanti bila aku dah tak dak periuk tu depa letak muzium..!
Inilah rupa gulai itik aku. Yummy!

Aku masak guna Pressure cooker ni, gambar ihsan gogle |

Rabu, 21 Mei 2014
Saja jer.. Hmm
Assalamu'alaykum rakan blog,
Dah lama bebenar aku tak update blog, rasa malas sangat nak on pc sejak online guna handphone. Memang kat handphone pun boleh update blog tapi rasa macam susah, mungkin sebab tak biasa. Lepas ni kena cuba biasakan diri. Dah masuk bulan Mei tapi ini baru post yang kedua tahun ni (Teruknya, lama benar aku tak update blog) dan juga post aku yang pertama menggunakan handphone (eleh! Yang tu pun nak bgtau, bukannya boleh masuk Malaysia book of record kan? Hehe).
Tadi aku tgh lawat fb PH, rajin pulak aku hari ni belek satu2 komen yg ada tu, tiba2 ternampak satu komen dari hamba Allah ni, Halimatun binti Yaakob nama dia, tujuan post aku ni sebab nak save komen ni sebab aku rasa ianya salah satu dari ilmu dan mungkin berguna untuk aku masa depan. Aku tak pernah baca kitab ihya ulumuddin, mungkin satu hari nanti.
Imam Al-Ghazali menulis dlm Ihya Ulumuddinnya: Seorang ulama' lagi abid dijemput menghadiri satu kenduri. sebaik tiba d lokasi, tuan rumah menyuruhnya balik kerana kenduri telah selesai. Ulama' itu pun balik. Sesampai di rumah, dia dijemput semula ke kenduri tadi. Dia pun pergi semula. Kemudian tuan rumah mengulangi seperti sebelumnya. Dia pun pulang ke rumah. Keadaan itu berlaku hampir 10 kali, namun Ulama' itu tetap senyum setiap kali sampai dan setiap kali dihalau pulang. Akhirnya tuan rumah memeluk Ulama' itu sambil menamgis dan menyatakan tujuan dia berbuat begitu adalah untuk MENGUJI sifat SABAR guru itu, sambil melayan beliau makan dengan peniuh hormat. Setelah itu tuan rumah menyatakan kagum dengan sifat sabar dan rendah hati tamunya itu. Ulama' itu berkata, "Aku belajar daripada ANJING, bila dihalau ia pergi; bila dipanggil ia datang! Firman ALLAH bermaksud, " Sesungguhnya akan dibalas orang2 SABAR itu sehingga tidak terkira/ bighairil hisaab...!'
Sekian, itu jer aku nak tulis, jumpa lagi di lain entry...(dalam hati rindu kat JJ 😑😟😞)

Khamis, 2 Januari 2014
Kisah pagi ini
Assalam semua rakan blog, Ini adalah post pertama aku kat blog untuk tahun 2014..hanya kopipes apa yang aku post kat facebook..untuk koleksi diri sendiri..hmm...awal-awal tahun dah ada cerita sedih..
Pagi tadi p market terdengar sayup2 dihujung telinga bunyi anak kucing menangis. Tercari2 aku dr mana dtgnya bunyi, akhirnya terjumpa disatu sudut kat market tu. 2 ekor baby yg dah berapa hari tak menyusu, badan dah sejuk, basah dan menggeletar, tak hiraukan org sekeliling aku dengan air mata bercucuran menggendong baby itu ke kereta, dengan harapan ibu meow kat rumah dapat sedekahkan sedikit susunya utk baby malang ni, rasa sedih teramat mengapa ada manusia yg tergamak buang anak yg masih kecil mcm ni tanpa ibunya sekali, memang sah2 lah nak membunuh niatnya. Sampai dirumah ibu meow aku murni hatinya memeluk dan menjilat baby2 ni tp sayangnya mereka dah terlalu lemah, dah tak boleh nak hisap susu pun, sebentar tadi kedua-duanya telah pergi, walaupun sedih tp aku puas hati sebab diakhir hayat mereka, mereka dapat merasa kehangatan badan dan kasihsayang seekor ibu, maaf meow kakak tak dapat jaga meow berdua tp kakak akan semadikan meow sama mcm meow kakak yg lain..berlari-larilah kesyurga..deritamu didunia telah berakhir (kuseka airmata dipipi)
Maaflah semua kalau rasa mcm baca novel.
Moral cerita: aku memang tak boleh p market. Sekian
Langgan:
Catatan (Atom)