Assalamualaikum Rakan blog..dah lama gila tak jenguk kat sini, kalau leh nampak rumput panjang yang tumbuh tentu dah hapuih kepala kata orang penang..Mudah-mudahan tahun ni ada masa aku nak update blog aku yg usang bersawang ni..Banyak benda yg aku tak cerita, takpelah aku ringkaskan serba sikit..
Aku la ni dah tak kerja, Ingat tak aku pernah cerita yg mungkin aku akan apply socso kalau penyakit aku tak improve last year, ternyata memang tak improve dan aku tak mampu nak bekerja lagi..walaupun sebenarnya aku sayang sangat dengan kerja aku..aku terpaksa berhenti jugak demi kesihatan aku..tulang temulang aku ni aku nak pakai lama lagi, So resign adalah jalan terbaik.
Kalau hampa nak tahu selama ni aku pi kerja hanya berbekalkan semangat yang sangat kental saja, tiada yang lain, kalau ada pun hanya tenaga dengan kadar yang amat sedikit. Dengan semangat itulah aku mampu bertahan sampai aku resign. Aku kesian kat diri aku sendiri (hampa kesian dak?) pi kerja sampai tak makan 12 jam semata-mata kerana tak larat nak jalan..Actually tak larat dan sakit tu issue number 3, issue utama dia aku malu nak kekantin sebab orang tengok aku jalan senget, issue ke2 pulak aku takmau depa yang tengok tu dapat dosa kering sebab dok kata kat aku, samaada kata sesama depa ataupun kata dalam hati. tak kiralah sebab apa pun depa mengata, sebab meluat ataupun sebab kesian....
Sayang gila tau nak resign..hampir sasau dibuatnya..sedih, tapi taklah sampai tahap menangis..Bos aku pulak tak habis-habis pujuk aku supaya jangan berenti, lagilah aku sedih, sampai dia bagi headcount utk tolong aku..kiranya aku tak perlu kemana2..ngadap computer jer kerja aku, assistant aku yg akan kesana sini jadi runner, sayangnya bos aku kat aku, dan aku pun sayang kat bos aku..tapi, bila aku pikir balik, sampai bila dia nak take care aku, nanti kalau syarikat hantaq dia pi US, Bos baru nak jaga aku mcm dia ker? aku pikir punya pikir..habis masak la kira, keputusan aku muktamad.
2012, Bulan 9, Aku apply socso dan alhamdulillah rezeki dipihak aku, Segalanya dipermudahkan Allah, lepas interview dgn jemaah-jemaah doktor PARKESO, ternyata aku layak, so dengan rasminya aku bersara. Mulanya aku risau jugak, takut nanti tak cukup duit, maklumlah, biasa pegang banyak duit nanti dah resign socso cuma akan bagi 65% saja dari gaji aku, cukupkah..takut woo..tapi bila mengenangkan balik rezeki bukan dari socso atau syarikat, rezeki datang dari Allah taala, Sikit pun kalau berkat mesti cukup punya, dan kalau dah mmg rezeki kita, Dia akan bagi dari sumber yg kita tak sangka-sangka. Jadi bila pikir macam tu, rasa senang sikit hati aku.
Sebelum resign bos aku bawak aku dengan 2 3 orang rakan sekerja aku pi makan-makan kat secret recipe. Dia buat farewell party kat aku, walaupun majlis tu simple tapi amat bermakna untuk aku. Kepada bos aku Tan Sze Ming, walaupun mungkin awak tak baca entry ni, aku tetap nak ucapkan jutaan terima kasih sebab begitu ambil berat dengan keadaan aku, banyak memuji prestasi kerja aku (aku memang pekerja yg berwibawa pun^^), dan buat aku rasa dihargai sangat..Terima kasih. Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk masa depan awak dan masa depan awak dekat Intel.
Sampai sini dulu, actually aku nak post benda lain, tah macam mana terpost yang ni pulak..takpelah byebye and see u in next post.
Welcome to my simple blog..Laman ini kujadikan teman dan tmpt aku berkongsi cerita suka dan duka juga untuk aku share resepi aku yg tak tersave dek otak ni, atau dalam bahasa lainnya DIARI aku versi Alam Maya, namun masih boleh dibaca oleh sesiapa jua. Segala yang tercatat disini akan kusimpan sebagai kenangan aku dimasa depan. Kepada yang singgah, Syukran aku ucapkan. Mohon maaf sebarang kekurangan, Yg baik dari Allah dan yg buruk adalah kelemahan aku sendiri, Moga ada manfaat untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan