Jumaat, 14 April 2017

Perlaking, Endoskopi, Cyst dan aku..

Nah, ambik haku! sekali jalan 4 tajuk terus aku bagi, Bosan amat malam ni..plan asal nak mengemas bilik, dah berapa hari sebenarnya tertangguh rancangan nak mengemas dan tukar cadar, lepas sehari kesehari tapi takkk setel² jugak., rasa sakit dan kaku sendi lutut dan tangan ni, membuatkan aku malas rasa nak siksa diri buat keja, jadi aku baring ja. Nak tengok fb pun tak leh sebab fb masih lagi aku deactivate.. blogwalking dah puas dah, jadi baik aku merepek kat sini sajala..

Perlaking.

Petang tadi Zurin mai umah, hantar perlaking aku, aku beli 2 kotak kali ni sebab ada offer, lagipun 2 bulan ja lagi nak raya kan, aku boleh start makan dari la ni, nanti nak raya berseri la sikit kulit dan rupa aku ni (tengok tu dalam sakit² bab nak menyegak tak lupa..heheh). Hampa pernah makan dak perlaking, bagus tau, untuk aku la, mungkin sesuai dengan aku, tapi ayaq memang kena minum banyak.. Kalau tak badan rasa kering ja, last year sebelum raya aku mula start makan tapi on off la.. Dua minggu yang pertama tu ja aku makan betoi² lepas pada tu sat makan sat dak, kes nak jimat duit sebenarnya, bukan senang nak makan berterusan, mahal jugak harga dia, itupun dalam on off nampak jugak kesan dia...kulit jadi lebih halus dan cerah..kulit muka pulak kalau tang parut² tu nampak la pudar, kulit lebih seia sekata, sehati dan sejiwa gitu, lebam² bawah mata pun hilang.. sapa tak suka kann, tambah pulak bila ramai yang tegur..sue makin cantik, makin flawless, lagila seronok.. tapi hujung tahun haritu aku dah stop terus, ni baru nak start balik..hopefully sempat la segak dan berseri sebelum raya.

Cyst.


Ok dah alang² aku cerita ni, baik la aku teruskan penceritaan aku ketahap yang lebih mendalam lagi..tumpang aku tengah ada mood nak menulis ni kann. Salah satu sebab lagi kenapa aku stop perlaking dulu tu selain dari nak save duit, aku stop sebab aku ada terbaca kat mana entah, kolagen ni boleh mengaktifkan cyst.. Ok ni la yang aku nak cerita sebenaqnya malam ni..hampa tau dak, mesti hampa tak tau kan, sebab aku belum cerita, aku ni selain arthritis, aku ada penyakit lain..aku ada anemia dan jugak ketumbuhan dalam perut ni..ovarian cyst, bukan seketoi bukan 2 ketoi tapi 3 ketoi dok bersemadi dalam perut ni, doktor detect benda ni lepas pada aku kena admit dekat Penang Hospital tahun 2015..dah lama cerita ni tapi baru malam ni tergerak nak cerita..aku perlu tulis jugak sebab kalau tak tulis nanti lama-kelamaan cerita ni akan hilang macam tu ja dari ingatan aku.. bila dah tulis dapat la aku baca balik kan.. nak buat cemana mungkin effect ubat yang aku ambik berterusan ni menjadikan aku seorang yang pelupa..ehh apa melalut ni.. Dah² balik ke cerita asal.. Err kat mana kita tadi ya..πŸ€”

Endoskopi.


Darah yang di add on dalam badan aku masa admit haritu.

Ok, bulan 5 tahun 2015 aku kena admit 3hari sebab hemoglobin aku drop sampai 6. Paras bahaya tu. So, doktor paksa aku admit, suka ka tak suka kena la admit jugak sebab doktor nak tambah balik darah dalam badan aku, dan nak investigate mana hilangnya darah aku ni..lepas tambah 2 pain darah pun bacaan masih belum cukup baik..doktor pun pelik jugak dengan misteri kehilangan darah aku, hmm patutlah masa tu aku selalu pening, letih yang pelik², muka aku kuning pucat, aku cepat penat kalau buat kerja, berpeluh² dan jantung aku selalu berdebar², aku selalu rasa nak tidur ja.. rupanya aku tak cukup darah yang serious masa tu.. Salah satu cara nak investigate doktor hantar aku buat endoskopi, bagi yang tak tau endoskopi tu apa dia, mai aku terangkan, terangkan ikut bahasa aku la kan, endoskopi ni sejenis procedure tanpa pembedahan yang mana doktor akan masukkan melalui mulut satu tiub kecil yang hujungnya ada kamera kedalam perut aku dan usus kecil untuk check kalau ada ulser ka pendarahan dalaman ker apa.. Hmm kalau nak cerita pengalaman di 'endoskopi' ni kat sini tentu jadi sangat panjang berjela kan entry ni..cuma aku cerita sikit sajala..bukan detail sangat.. aku sangat takut sebenarnya masa nak buat ni, dah cuba  bangkang doktor dan cakap aku taknak buat tapi doktor cakap mesti buat, maka aku pun pura pura tersenyum gembira dan terpaksa setuju cadangan doktor tu..demi kebaikan aku jugakkan..setiap orang mungkin tak sama 'feeling' masa diendoskopi tu..tapi bagi aku sepanjang proses tu sangatlah perit dan menyeksakan. Tak sampai setengah jam pun tapi rasa macam nak mati, sakit dan sangatlah tak selesa..dengan nak bernafas pun susah, seolah olah aku tak reti bagaimana nak bernafas, yelah kan, sebab ada benda keras dalam kerongkong, yang terpaksa aku telan perlahan lahan..air liur berjejeh..air mata jangan kira, berjurai tanpa disuruh.. bukan aku menangis pun..dia keluar seniri..selesai procedure tu aku rasa sangat lega, insaf sat sebenarnya..tu baru diendoskopi..macam manalah nanti saat² nyawa dicabut malaikat..Allahu gerunnya aku..πŸ˜”

Bila dah duduk ward kita ni macam tikus putih la kann..redho sajala kalau depa nak buat apa pun.

Gynae.

Bila result endoskopi keluar, ternyata takda apa masalah pun dengan usus dalaman aku..takda luka takda pendarahan..cuma ada merah merah sikit sebab apa entah aku lupa dah, yang penting punca hilang darah tu tak jumpa kat situ..So doktor tak puas hati la kan..dia hantar aku pergi gynae pulak..kena buat appointment dekat gynae..bermulalah cerita baru aku..kisah baru, episod baru, dekat gynae ni la doktor dah detect aku ada cyst melalui ujian ultrasound, 3 bijik, dan salah satu tu yang sebelah kiri dah membesar 8.7cm, normally kalau cyst tu dah lebih dari 4cm doktor akan advise buat pembedahan untuk remove sebab takut dia twist atau pecah..bahaya. So, aku punya ni dah 8.7cm, lagilah kena buang kan. Hmm, adakah hampa berjaya menyelami bagaimana hati dan perasaan aku masa tu, asalnya pergi gynae sebab nak selesaikan satu masalah aku, tapi akhirnya timbul pulak masalah baru..terawang²an aku sebentar..sedar sedar doktor dok cakap apa entah..sian dia membebel sorang². Doktor suruh balik dan bincang dengan suami bila tarikh yang kami persetujui untuk buat operation, dan dia suruh datang balik tarikh appointment yang seterusnya dengan bawak suami sekali..aku macam tak boleh berfikir dengan waras masa tu..aku rasa sangat takut.. operation adalah benda yang sangat menakutkan bagi aku dan kalau boleh aku taknak lalui benda tu sampai habis umur aku..entahlah susah nak explain sebenarnya.. biaq aku sajalah yang faham, Nak jadi cerita kebetulan pulak masa tu ada seorang kenalan aku yang baru meninggal sebab operation buang cyst ni la, yala dah sampai masa dia sama kan, operation tu asbab ja, tapi aku tetap takut.. aku drive balik rumah dengan airmata berlinang sepanjang jalan..

Aku call kak sepupu aku yang aku panggil kaklong, dia dulu jadi staff nurse kat hospital Seberang Jaya, pernah kerja dekat GH Penang jugak masa usia muda dia, aku mintak nasihat dia, dia pun terkejut jugak mulanya tapi dia cakap perut aku tak besar pun, biasanya kalau orang yang ada cyst saiz macam tu perut mesti macam orang pregnant, perut awak kecik ja dia kata, manalah aku tahu kan.. Cyst aku pandai sembunyi kot, kaklong aku pun cakap macam doktor jugak, dia nasihatkan aku untuk buang, biasalah orang bahagian perubatan kan, memang akan cakap macam tu la, depa sangat percaya dengan bidang depa, tapi aku taknak jawapan tu, aku nak jawapan lain, aku mula menggugel, aku mula fahamkan diri aku apa itu cyst..banyak jugak info yang aku dapat, dan ada yang menakutkan jugak huhu, dan salah satu yang aku dapat tahu, cyst ni kalau dah buang pun bukan bererti aku dah selamat dan bebas, belum tentu, selepas dah buang pun dia boleh tumbuh semula.. jadi puas aku memikir, pertimbang dan perhalusi..akhirnya aku buat keputusan. Tarikh appointment seterusnya aku ajak Zul pergi sekali (sebab doktor suruh kan) tapi dia pi pun takdala membantu sangat..sekadar bagi semangat, takda dia nak tanya apa² kat doktor pun, apa yang doktor cakap yang itu, itu sajala, abis tu abis, memang dah dia jenis tu, jauh disudut hati sanubari aku geram dan kecewa jugak, aku sakit kot at least ringankanlah mulut bertanya kann..tunjuk la sikit dia 'care' kat aku, tapi tak..apa nak buat dah nasib aku. jadi, dia datang sebagai peneman sajala untuk haritu, semua keputusan aku yang buat sendiri.
Aku interview doktor tu, lepas satu soalan satu soalan, akhirnya aku kata dekat doktor aku taknak operation lagi buat masa sekarang, tangguh dulu.. Mulanya doktor dok cakap jugak macam paksa aku buat la tapi akhirnya dia terpaksa bersetuju dengan kekerasan kepala aku dan dia bagi nasihat  dan pesan kalau tiba tiba aku sakit sangat tengah malam, dia suruh aku terus datang hospital masuk emergency.. aku okeykan saja..yang penting aku terlepas dari bala untuk haritu..tangguh dulu, kansel tarikh untuk operation..

Lepas dah keluar dari situ aku rasa batu besar atas kepala sudah jatuh, rasa lega tak tau nak habaq, memang aku takut cyst ni makin membesar bagai johan, tapi aku lagi takut nak operation, takpa tentang cyst ni nanti aku fikir lain, nanti kalau dah buang dia datang balik tak guna jugak kan..buat apa nak ambik risiko dan buat kerja yang sia², baik jangan buang..teringat pesanan doktor tu, kalau sakit tengah malam segera pergi emergency, kenapa tengah malam, siang dia tak sakit ka..ahahah..sewel betul doktor tu, aku pun sama sewel..

Kolagen mengaktifkan cyst, susu kambing pun..

Jadi inilah punca aku stop makan perlaking haritu, kolagen mengaktifkan cyst, aku taknak benda tu makin membesar, tapi sekarang ni aku nak start balik, risau jugak sebenarnya, tapi takpalah, tawakal, harap takdak apa² kesan buruk untuk aku, mudah²an Allah pelihara aku..kalau hampa nak tau sampai harini aku tak pi dah gynae dan aku tak follow up dah untuk cyst ni, kad appointment pun aku tak tahu dah pi buang mana..teruk kan aku..dah 2 tahun berlalu..tapi bila aku pegang perut aku sebelah kiri aku boleh rasa 'benda' tu ada..bulat dan keras kat situ. Dia takdalah sakit, cuma kadang² tak selesa, dulu masa nak period memang sakit gila, rasa macam perut kena pulas macam kita perah kain tu, tapi lani dah tak pernah sakit macam tu dah.

Sepupu aku antara yang datang melawat masa aku admit, ramai lagi sebenarnya yg datang, kak sal, kawan tempat keja, anak sedara aku, mak mentua, asben. Terubat jugakla kesedihan hati bila ada yang sudi jenguk..

Tentang kes hemoglobin aku tu, doktor masih tak puas hati nak invertigate, beliau suggest aku buat scope melalui lubang najis dan nak ambik sumsum tulang jugak (yang ni lagi bapak ngeri). Kali ni aku bantah betul², apa jadi pun aku takmau buat, aku dah takut sangat, doktor memang marah, dia cakap u semua takmau, itu takmau ini takmau, macam mana, aahh lantak la nak marah pun, ada aku kisah.. Sakit aku, aku yang tanggung sendiri bukan dia pun.. Depa tu suka ja nak jadikan aku ni tikus putih depa, lagipun malu gila kot nak scope melalui punggung, ish tak leh imagine aku, baik jangan buat terus..yang nak ambik sumsum tulang tu pulak lagilah, banyak kes dah kot aku dengar cerita yang tak baik lepas orang ambik sumsum tulang..aish sangat menakutkan, sampai mati pun aku takkan setuju.

Lepas discharge aku amalkan minum susu kambing segar, usaha jugak pi cari tiap² hari, setiap hari aku minum sebotol 500ml, kadang lebih, tak pernah minum pun sebelum tu, sedap sangat rupanya sampai aku ketagih..ni salah satu ikhtiar aku la untuk naikkan balik hb, selain dok pulun makan iron tablet sampai rasa nak muntah, alhamdulillah bacaan hb aku semakin baik..tapi aku stop jugak susu kambing tu pun, cuma minum sekali sekala ja, sebab aku dapat tahu bahawasanya susu jugak mampu mengaktifkan cyst..sedih kan jadi aku...

Ok cukuplah entry kali ni, maaflah entry kali ni sangat panjang..aku hanya berkongsi secebis kisah aku, selagi ada nafas, selagi itulah takkan berakhir cerita..semoga ada manfaat untuk hampa, jam dah menunjukkan pukul 3.31pg, jom tidoq, maassalama...

Rabu, 12 April 2017

La Tahzan Sue, Innallaha ma'ana

Assalamu'alaykum blog kesayangan,

Sunyinya rasa, sepi, usang, kosong.. macam² perasaan yang mencengkam hati ini.. aku rasa aku perlukan sesorang untuk berbual, berbicara, bercerita dan menangis..sebagaimana dulu aku selalu bercerita dengan mak..tapi sekarang dengan siapa..aku rasa tak ada yang selayaknya untuk dengar isi hati aku ni. Kalau ada pun aku tahu mesej takkan sampai..depa setakat dengar ja.. aku ni sebenarnya orang yang sangat dipercayai oleh rakan taulan aku..ramai yang bila ada problem depa cari aku..untuk share cerita depa..tak tahu kenapa..baik kawan sekolah ataupun kawan tempat keja..depa akan cerita tanpa selindung.. sampai pasword untuk check gaji pun depa bagi aku masa keja dulu.. mungkin ada tulis dekat dahi aku agaknya, bahawasanya cerita depa takkan sampai dekat orang lain.. tu depa percaya sangat..
Tapii.. bila aku sendiri ada masalah nak bercerita..tiada sesiapa pun untuk aku..πŸ˜”πŸ˜”

Cemana la nak describe perasaan ni, kadang² rasa nak menangis.. kadang² rasa hilang, kadang² takut, kadang² sunyi, fb pun aku dah deactivate buat sementara.. Untuk berapa lama belum tau lagi, rasa serabut sangat..rasa aku perlu rest sat kot dari bersosial dialam maya.. aku perlu cari diri sendiri sat.. YaAllah..hanya Engkau Maha Mengetahui.. segeralah leraikan segala kekusutan dalam hidup aku ni..permudahkanlah segala urusan aku didunia ni lebih lebih lagi akhirat..dan akhirilah nafasku dengan Husnul khotimah yaAllah..aku bukan hambaMu yang baik..tapi aku tetap berharap SyurgaMu YaAllah..😭😭..semoga rahmat dan redhaMu sentiasa bersama dengan aku..(kukesat airmata dipipi).

Bila buka dan baca blog² orang lain, aku terfikir sendiri, alangkah indahnya kehidupan mereka, apa yang diceritakan semua manis dan indah, tidak seperti aku, hidup ini indah bila mak masih ada dulu, lepas mak dah tak ada, macam macam cerita sedih berlaku, lepas satu, satu.. hidup sudah tak menarik lagi bagi aku, airmata selalu saja jadi teman sejati. Tambah pula keadaan kesihatan yang memang merosot hari demi hari. Sangat sukarnya hidup bila dah tak ada doa dari mak. Aku pura² kuat demi anak anak, kesian depa, Adik kat pondok, dia rela pi mengaji kat sana demi memenuhi hajat tok dia, abang pulak walaupun tak cemerlang dalam pelajaran macam anak² orang lain tapi dia anak yang sangat baik.. aku memang bersyukur bab tu, doa aku sentiasa bersama dengan depa, semoga anak anak aku menjadi manusia yang sangat berjaya didunia dan akhirat.

Mungkin ni perkara biasa untuk orang yang dah meningkat umur macam aku ni..semakin hari semakin beremosi.. takpalah aku akan cuba menyesuaikan diri..kena lebih banyakkan muhasabah dan zikrullah jugak..semoga semakin hari hati dan jiwa ini akan lebih tenang..

Kepada yang terbaca entry ni..maaflah mood penulisan harini dah bertukar..tapi itulah kita kan..takkan sentiasa gembira..takkan sentiasa diatas..hidup memang penuh dengan ujian..insyaAllah aku tabah..ujian hebat untuk orang hebat..πŸ’ͺπŸ’ͺ

Teringat lirik lagu Amok..
Gelap malam pasti terang, sang mentari pasti datang..kesesatan perjalanan rahmat tuhan menentukan.........
Aku manusia pelakon cerita dipementasan alam ciptaanNya, bukan sengaja melanggar arahan, kadang terlupa watak dan peranan, aku manusia...

Ok sampai sini dulu luahan hati aku..tak faham takpa..biar aku ja yang faham, semoga hari esok lebih indah untuk aku..
Maassalama..

Isnin, 20 Februari 2017

Pulut Seri Muka Noxxa

Assalamu'alaykum teman blog kesayangan. Hihi.. Apa habaq semua no, ni entry aku yang ke2 untuk tahun ni..bukti kata aku masih hidup la lagi sebab tu masih boleh update blog πŸ˜…, entry hari ni nak cerita tentang semalam, aku terrajin tanpa sengaja.. Terbuat pulut seri muka, aku pun tak sangka, entah dari mana datangnya kerajinan tu..

Masa awal tu aku dok makan menu legend kat dapoq sambil kepala ligat dok pikiaq nak buat apa entah untuk dimakan..perut pun lapaq sama sebenaqnya sebab memang dari pagi aku tak makan apa.. Hampa tau dak apa menu legend yang aku dok makan masa tu.. Tadaa nindia.. Sedap oo.. Rugi sapa tak besa makan.. Roti pat sagi cicah teh o panaih..πŸ˜‚



Ok balik cerita asal, dalam dok pikaq nak buat apa tetiba teringat kat pulut seri muka.. Sebenaqnya dari minggu lepaih dok rasa teringin tapi biasala aku yang sekarang bukan aku yang dulu, latu teringat latu nak buat..memang dak la, Kena kumpul mood semua dulu, nak beli tu boleh tapi biasanya yang beli mesti tak meet expectation rasa dia, makan tak puas, dalam dok pikiaq tu tangan laju ja pi bukak esbox bawak keluaq nyoq, macam ada roh yang suh aku ambik nyoq tu bawak keluaq, harharhar roh la sangat..


Gambar kanan nyoq beku yang aku rebus, kemudian mendidih, gambar bawah santan pekat dan santan cair. 

Hampa buat macam ni dak? Aku pesyen simpan nyoq beku dalam peti ais, bila nak masak aku rebus dulu nyoq tu, tunggu sejuk sikit kemudian blend untuk ambik santan..senang bila simpan stok nyoq ni, bila bila nak masak dah ada nyoq dalam umah..leh tahan berbulan bulan..berbulan la kan dah aku tak masak.. tauu lani ada santan kotak, lagi senang keja, tapi bagi aku tak sedap, hasil dia tak sama macam kita guna santan asli..tapi aku pun guna jugak kadang kadang santan kotak tu..kalau dah takdak nak buat cemana kan, kotak pun kotaklah..


Rupa dia agak selebet sikit, tapi rasa dia memang sedap sangat. Don't judge a book by its cover tau.. 


Ok jom semak resepi dulu,
Bahan untuk Lapisan Bawah :
- 2 Cawan Beras Pulut
- 2 Cawan Santan cair
- Sedikit Garam
- 2 sudu minyak masak (optional, aku saja letak ja)

Bahan² untuk Lapisan Atas :
- 2 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan (kisaq ambik air 1 cawan)
- 3/4 Cawan Gula (boleh buat 1/2 cawan kalau tak suka manis.)
- 2 Biji Telur
- 3/4 cawan Tepung Gandum
- 2 sudu besar Tepung Jagung.
- sedikit pewarna hijau (jika perlu)
- Sedikit Garam.


Cara² Membuat :
1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan semua bahan lapisan bawah letak dalam inner pot, tutup periuk dan setkan Hi Pressure 2 minit.
3. Bila dah masak keluarkan wap, offkan periuk, bila pulut agak suam, masukkan dan tekan padat dalam loyang. Lapik tangan dengan plastik masa tekan. Tapi aku guna daun pisang, kebetulan ada daun pisang dalam petiais yang mak mentua aku bagi haritu. Ok dah siap tekan letak tepi dulu sat.
4. Masukkan semua bahan lapisan atas dalam blender kecuali santan.
5. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
6. Tapiskan bahan yang telah di blend kemudian campur dan gaul sebati dengan santan. Kemudian tuang dalam loyang pulut tadi.
7. Kukus selama 30 minit dalam noxxa..aku guna kaedah steambath, letak air dulu dalam inner pot, letak lapik dia kemudian loyang..setkan steam 30 minit.. Then tunggu hingga masak..dah masak biarkan sejuk dulu baru boleh potong, sebab kalau panas dia lembik.

Ni pelapik yang aku guna untuk lapik dalam inner pot, bawah dia ada macam silicon, jadi tak merosakkan periuk hampa hat mahai tu, jangan tanya aku beli mana, aku dah lupa, tapi kalau hampa nak, rasa ada juai dekat kedai dua ringgit yang dua ringgit la sangat tu.. Hmm

Nota aku:

1) Senang sangat kerja kalau guna noxxa, pulut takyah rendam dulu, terus masak ja..
2) Next time kalau nak buat, teloq tu kena guna yang kecik ja, teloq ni besaq so berkrim sangat lapisan atas dia..cemana ya orang yang guna teloq sampai 4 bijik dalam resepi tu..tak muak ker. 
3) Loyang mesti kena tudung dengan aluminium foil atau apa apa saja. Kalau tak air jatuh atas adunan. Kuih tak cantik. 
4) Lain kali nak buat mungkin aku kena masak sikit dulu atas api lapisan atas tu..mungkin hasil dia akan jadi lebih cantik dari yang ni.. Takpa try and error...
5) Lapisan pulut tu memang saja aku guna santan cair, memang ada resepi guna santan pekat, tapi aku taknak takut muak sangat. Ok sangat bila guna santan cair. Sedap..just nice bila kena dengan lapisan atas yang lemak berkrim.. Sedapnya lahai..tetiba rasa macam puasa dah dekat sangat bila aroma daun pandan memenuhi segenap ruang rumah..

Ok sampai sini dulu.. Jumpa lagi lain kali.. Tetiba rindu makπŸ˜”πŸ˜”kalau dia ada mesti dia suka seri muka ni, Alfatihah untuk emak dan juga buat semua yang dah tak ada, Semoga rahmat Allah sentiasa bersama dengan kita semua..Maassalama.. Wa ilaliqo..


Ahad, 1 Januari 2017

Selamat tahun baru 2017

Bismillah, Assalamu'alaykum teman blog, tangan gatai nak menulis, jadi aku pun menulis, setelah lama tak tulis kat blog ni,  tapi sebenarnya bukan tulis pun, taip..aaacudah, jangan merepek, ok ok, aku serious, tarik nafas! Lepas! Kepada yang sudi, bacalah, tak sudi pergi kau menangis disanaπŸ˜…πŸ˜….

Kita dah pun melangkahkan kaki masuk ketahun 2017..Selamat datang 2017..Tahun baru masihi, tapi nanti mesti ada pulak yang bakal berkata, eh! buat apa sambut tahun baru, tahun baru kita 1 muharam..bukan 1 Januari..Ya, betul aku tahu tahun baru umat islam 1 Muharam, tahun baru hijrah, semua orang tahu, tapi tak salah rasanya untuk kita ucap selamat tahun baru 2017, sekadar untuk mengingati tentang betapa pentingnya waktu, bukan untuk bersuka ria, berpesta bakar mercun bagai dan lain-lain perkara yang lansung tidak bermanfaat. Selagi ia tidak bercanggah dengan syariat islam, rasanya tak salah..

Lagi pulak kita semua pun sedia maklum tahun masihi ni digunakan untuk menentukan musim sekolah dan juga aktiviti manusia. Semua yang Allah jadikan tidaklah sia sia, Tahun hijrah dikira berdasarkan peredaran bulan..bagi aku tahun masihi juga ada hubungan dengan kita umat islam, sebab tahun masihi pula dikira berdasarkan peredaran matahari.. bukankah matahari itu Allah yang jadikan. dengan adanya perkiraan tahun masihi ni dapatlah kita kenal musim, musim panas, musim sejuk, yang mana sangat sangat berguna untuk aktiviti kita manusia..

Tahun lepas masa kita melangkah masuk ke Januari tahun 2016, anak anak baru masuk sekolah, Terasa seolah panjangnya masa yang bakal kita lalui sementara nak sampai penghujung tahun, tapi pejam celik pejam celik, dah sampai pun penghujung tahun, dan dah melangkah masuk ke 1 Januari tahun baru 2017. Macam tulah jugak tahun ini, harini 1 Januari, terasa seperti sangat jauh nak sampai ketahun depan, tapi percayalah..masa akan berlalu dengan pantas sekali, allahu, jauh dilubuk hati terasa sangat takut..setiap tahun terasa semakin sukar..

Ya, Tak salah mengingati kedatangan tahun baru supaya kita lebih mengambil berat tentang masa. Malah ianya menjadi tuntutan kerana Allah sangat tegas tentang masa, telah jelas disebut dalam AlQuran surah ringkas tentang masa. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka juga berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran (Al Asr 1-3).

Semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang dalam kerugian itu, walaupun kelihatannya memang seperti itu..πŸ˜₯πŸ˜₯, semoga tahun ini aku lebih bersedia untuk segala kemungkinan.. Semoga aku mampu berubah untuk menjadi lebih baik dan solehah, Semakin bertambah tahun, semakin meningkat umur, dan semoga amal jugak bertambah seiring dengan usia..
Pesanan untuk diri sendiri dan untuk semua..
Semoga tahun ini kita lebih sihat, lebih soleh dan solehah, lebih kaya dan berjaya, semoga 2017 lebih bermakna untuk kita semua..
Aamiin Allahumma Aamiin...