Sabtu, 29 Ogos 2015

Mak, kak dah datang



Assalamu'alaykum semua,

Hmm malas betul sebenarnya update blog guna henpon ni, letih merenung tambahan pulak aku kerap sakit kepala sekarang ni, mungkin sebab cuaca pun tak elok, jerebu kuat kat luar tu, kadang kadang sampai redup macam nak hujan, tapi tak hujan pun..gelap sebab jerebu saja.

Kemarin Jumaat, rutin aku setiap jumaat pergi jumpa mak, ziarah kubur dia..ni sebab eksiden bulan lepas, dah sebulan aku tak dapat pergi jumpa mak, takde transport, kereta masih belum siap, bukan saja kekubur, kemana pun aku tak dapat pergi..kelas mengaji pun kena stop sementara. Mujur ustaz faham.

Kebetulan pulak, kemarin Zul balik keja awal, dapat lah dia pergi ambik adik kat asrama naik wira buruk tu, alhamdulillah jalan perlahan lahan selamat jugak sampai dengan kereta tu pun, jadi lepas balik ambik adik aku ajak la dia pergi kubur mak, mak mesti dah lama tunggu, hairan kenapa aku lama tak datang.

Wira buruk yang banyak berjasa..


Kubur Tok dan Mak, terubat rindu bila mai sini,
rasa seolah depa memang menunggu kedatangan aku.


Lepas balik dari kubur, aku singgah sat kat rumah mak sebab ingat nak tengok Fatihah, Ibu dia bawak dia pergi sunat, tak balik lagi rupanya, takdak orang pun kat rumah, Jadi aku tengok-tengok pokok pokok peninggalan mak sajalah. Banyak lagi sebenarnya pokok pokok dia, tapi aku snap yang ni saja.

Pokok-pokok bunga mak yang tak terjaga bila mak dah takdak,
terbayang wajah mak bila aku tengok pokok-pokok ni.

Sejak mak takde rumah ni nampak sangat Usang, tak
berseri macam masa mak ada dulu.
Fatihah masa kat klinik sunat, nangis sekejap saja
IBu dia kata.




Sampai kat sini dulu..semoga anak anak menakan aku membesar menjadi anak anak yang solehah dan menjadi panawar dan penyejuk hati semua orang.
semoga mak dan tok bahagia di Sana, kak sentiasa rindukan mak dan tok. Mak tunggu ya, satu hari nanti kak juga akan menyusul. InsyaAllah kita akan bertemu lagi.

Khamis, 27 Ogos 2015

Sanah Helwah Fatihah

Assalamu'alaykum semua,

Hari ni dah cukup setahun umur Fatihah, YaAllah, YaAllah, YaAllah, cepat sungguh YaAllah masa berlalu, rasa macam segala-galanya baru sangat. Teringat emak sangat ceria dan cergas masa jaga cucu last dia ni.. masa jaga adik ipar aku dalam pantang. Rupanya dia nak tinggalkan kenangan yang sangat manis untuk kami anak anak kenang sepanjang hayat kami kat dunia ni.

Kesian Fatihah.. dia membesar tanpa sempat mengenal tok yang sangat sayangkan dia, tok yang semua orang sangat menyenanginya.. tok yang semua orang sayangkan dia. Semoga Fatihah membesar menjadi anak yang solehah menjadi penawar mata dan penyejuk hati semua. Mak selalu doakan agar Fatihah dan kakak kakak Fatihah akan menjadi anak yang berjaya duniawi dan ukhrawi. Mak sayang semua anak anak menakan mak dari dunia sampai akhirat. Sanah Helwah Fatihah.



Selasa, 25 Ogos 2015

Makcik

Assalamu'alaykum semua,

Makcik dah takda, 13 ogos baru ni, tapi baru hari ni teringat nak update blog, Makcik ni asalnya stray, tapi lepas beranak kat Muezza dia terus menetap kat rumah ni..sepanjang hidup dia, dia memang tak pernah sihat. Sentiasa selsema yang agak teruk jugak. Aku tak perasan pun yang makcik dah nazak, cuma perasan dia tak makan tengah hari tu. Tidur ja macam dah tak larat sangat, lepas tu kat dia bau busuk semacam.
Masa maghrib tu lepas solat aku berdoa kat tuhan, bukan sebab aku nak dia pendek umur tapi aku tak nak dia tersiksa lebih lama. Lagi pulak aku pun tak sihat nak kelola itu dan ini..aku doa aku cakap kalau memang makcik boleh sembuh, sembuhkanlah dia dengan segera, tapi kalau tak boleh, Aku minta Allah permudahkan dia supaya dia tak tersiksa lebih lama. Tak sangka doaku dimakbulkan. Bangun pagi esok aku tengok Makcik dah takdak..sayu jugak rasa hati.. Tapi aku tau memang itu yang terbaik untuk dia dan aku.

Malam Makcik pergi tu malam khamis, malam yang sama juga aku mimpi mak. Dalam mimpi tu kami masih kat rumah lama dulu, kat Sungai Baong, YaAllah, terubat rindu kat rumah tu walaupun hanya nampak dalam mimpi. Nampak sah almari usang kat ruang tamu kecik tu, dengan bawah rumah tempat kami tidur dan pintu menuju kedapur..Indahnya waktu itu.. ada mak, ada tok, aku ada semuanya..hanya Allah yang maha mengetahui, masa berlalu.. Semua tu takkan kembali lagi.. Tapi
masih segar hidup dalam hati aku.
Terima kasih Allah kerana hadirkan mimpi itu walau hanya sekejap cuma..

Aku masih tertanya-tanya, kenapa aku mimpi mak malam Makcik mati tu, apa hubung kaitnya, sedangkan aku ni memang susah nak mimpi.. Lagi lagi dekat mak, walaupun hakikatnya aku sangat rindu.. Persoalan yang memang tiada jawapannya..





Ni gambar terakhir Makcik, damailah Makcik disana..setakat ni saja yang kakak mampu untuk jaga makcik, Sampai kita bertemu lagi satu hari nanti, hmm kesian Muezza dah senasib dengan kakak. Tiada ibu untuk bermanja.