Khamis, 29 Ogos 2013

Busuk..Damailah kau di Sana

Assalamualaikum Rakan Blog,

Hari ni genap seminggu kucing aku Busuk pergi meninggalkan aku..Kesian Busuk. Hari ni baru aku rasa ok nak post entry tentang Busuk, sedih memang mencengkam dalam hati, Busuk mati tenang saja tak tarik teruk-teruk macam setengah kucing aku yang lain, tengah tidur (tapi mata dia tak pejam) Sebelum tu aku temankan dia, renjis-renjis air dalam mulut dia, aku tinggal dia sekejap saja pun sebab pergi solat, lepas solat aku mai tengok dia dah takdak..

Sedih tu memang sedih, tapi tak tau kenapa aku tak menangis pun, berat benar sedih dalam hati ni, biasanya kalau kucing kucing aku yang lain mati mesti aku nangis punya, mungkin aku tak menangis sebab aku puas hati dapat jaga dia dengan baik sepanjang dia sakit, bagi makan apa yang dia nak, makan pun dia berselera, 5 hari sebelum dia mati dia masih boleh habiskan seekor ikan kayu, tidur pun dengan aku, sebab tu mungkin aku tak terkilan sangat.

Hari dia mati tu pun sepatutnya aku bawak dia pi klinik, sebelum ni pun (bulan puasa hari tu) aku dah bawa dia tapi yang tu klinik kerajaan saja..balik tak ok pun..depa bukan check sangat, pegang gitu-gitu saja, memang aku tak puas hati tapi nak buat macam mana, budget aku tak cukup nak bawak pi klinik swasta. Dulu masa aku kerja bil kucing kat klinik rm350 pun aku boleh bayar..sekarang ni kena berkira sikit..kesian Busuk..Busuk yang jadi mangsa keberkiraan aku, Lepas tu bila mak aku mai rumah aku, dia sedih tengok Busuk dan sanggup bayar bil untuk Busuk, tu yang nak bawak tu..malangnya tak sempat, kami baru bersiap-siap, Busuk pergi dulu.

Sebelum dia mati dia merajuk kat mak aku sebab mak aku suruh dia turun tidur kat bawah katil, aku rasa dia rindu kat mak aku, tapi kena halau pulak tu yang merajuk kecik hati lari tidur luar..malam sebelum dia mati dia takdak dalam rumah, esoknya aku pergi cari dia ada dalam longkang kecil depan rumah (longkang tu tak kotor, takdak air), aku ajak dia balik dia tak mau..aku dokong dia mengeow, dengar macam mengeow kesakitan..(mungkin dalam badan dia dah teruk masa tu) sedih la..aku masih terdengar-dengar bunyi Busuk mengeow...Hari tu jugaklah dia mati...

Lepas ni kalau kucing aku mata depa ada naik putih tepi-tepi mata tu aku dah tau maknanya depa ada sakit dalaman..awal-awal aku akan bawak pergi berubat..Busuk, kakak belajar dari Busuk..Kakak Sayang dan rindu Busuk sampai bila-bila walaupun Busuk dah tak ada disisi kakak..Busuk tunggu kakak kat Syurga ya..(setelah seminggu inilah baru berair sedikit mata ku)


Busuk semasa sihatnya...segakkan Busuk..

Yang colar merah tu Busuk..Sedihnya tengok gambar tu..rasa rindu sangat kat dia..

Ni gambar Busuk yang terakhir semasa hayatnya..Gambar ni diambil di klinik kerajaan masa bawa dia bulan lepas..Puasa masa tu...kesian Busuk..

Tak sanggup rasanya nak postkan gambar ni..sedih sangat tengok..Untuk kenangan selama-lamanya aku postkan jugak..tidurlah wahai Busuk kakak dengan tenang dan damai...






Selasa, 27 Ogos 2013

Selagi Belum Habis Syawal..........

Assalamualaykum teman² Blog,

Hari ini 27 Ogos 2013 bersamaan dengan 20 Syawal 1434H, Cepatnya masa berlalu, macam mana cepat habisnya Ramadhan, begitulah jugak dengan Syawal..Aku rasa Syawal tahun ini adalah Syawal yang paling banyak aku makan berbanding Syawal-Syawal lain dalam hidup aku. Tahun yang paling banyak aku menghadiri Majlis Rumah terbuka, Merata dunia aku sampai (naqnya dalam Malaysia ja, saja nak bagi gempaq lebih) Nampak sangat rumah terbuka ni dah jadi trend sekarang..

Aku pulak tahun ni tak buat pun Rumah Terbuka, Maklumlah dengan sakit ni rasa malas sungguh nak susahkan diri sendiri, Biasa tiap-tiap tahun aku buat. Bukan besaq pun, ala kadar jer, tapi aku puas hati sebab dapat sajikan kawan-kawan dan sanak saudara dengan makanan yang aku masak sendiri..Masak ikhlas dari hati..tak sedap pun jadi sedap..Biasanya kawan2 husband aku suka la dengan masakan aku..aku invite dalam 50-70 orang saja pun, masak pun 1 jenis saja, yerlah ingat senang nak bersilat sorang-sorang kat dapur, 1 jenis tu pun aku masak dari pagi sampai nak petang baru siap, aku ni jenis buat kerja lambat sikit, cermat kot sebab tu lambat, normally aku buat Mee hokkien ataupun Mee Kari..Ramai yang suka menu ni, kemudian ada kuih raya sikit, kekacang dan jajan..Itu sajalah menu aku...

Tapi dalam tak buat open house tu pun, kalau ada kawan2 yang bagitau nak mai melawat, aku masak lah jugak, InsyaAllah semua yang mai tak balik dengan perut kosong, Tapi tu untuk yang inform sajala..yang tak inform tu nasiblah...Open house yang menjemput kawan2 secara rasmi saja aku tak buat tapi sebenarnya rumah aku ni sentiasa open..sapa nak mai pun dialu-alukan, tetamu kan bawa rezeki...

Semalam aku pi memenuhi jemputan seorang sahabat kat lembah Impiana Kulim, masih belum habis lagi open house, sabtu dan ahad ni pun masih ada jemputan lagi, Selagi belum habis syawal, makan, makan, makan..bertuah sungguh rakyat Malaysia..aku salah seorang yang bertuah tu..Alhamdulillah! jom kita bersyukur sejenak...

Antara gambar-gambar yang diambil kat rumah sahabat aku Nadia semalam..Dia buat steamboat, sedap sangat, Puas Makan, thanks Nadia, Lain kali invite lagi na, Ok..aku out dulu na...jumpa lagi..Maaslama..