Ahad, 30 Oktober 2011

Peta Dunia


Teringin nak jelajah dunia, Tak dapat jelajah, tengok peta pun jadilah.
Middle East

Europe
Canada

Asia

Africa
North America
South America
                                     

Haji

Ibadat haji punyai sejarah dan simbolik perjalanan hidup manusia

"AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!"

Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji.


Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.

Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.

Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Roslan Mohamed, berkata pelaksanaan ibadat haji melalui sejarah panjang dalam tamadun manusia.


"Sejak zaman Nabi Adam AS lagi sudah ada ibadat haji, begitu juga pada zaman Nabi Ibrahim AS tetapi tidak banyak ulama mengkaji kaedah pelaksanaan pada zaman itu.

"Pelaksanaan ibadat haji secara lengkap dan sempurna seperti hari ini bermula pada tahun kesembilan Hijrah apabila turunnya wahyu daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab menunaikan haji pertama di Makkah.

"Seterusnya pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengetuai rombongan haji dan ia adalah haji tunggal dan terakhir Baginda sebelum wafat," katanya.

Pelaksanaan rukun dan wajib haji serta pelbagai amalan lain dalam ibadat itu memiliki sejarah dan simbolik tertentu kepada perjalanan hidup manusia dari dunia ini sehingga ke alam akhirat.

Mengelilingi Kaabah atau tawaf adalah simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kehidupan di dunia, namun matlamat akhirnya tetap untuk mendapatkan keredaan Allah.

Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Selain itu, tawaf juga adalah amalan malaikat di Baitul Makmur di langit yang terletak betul-betul di atas Baitullah (Kaabah).

Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia - tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan - akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

Padang Arafah juga adalah tapak bersejarah dalam kehidupan manusia kerana di Jabal Rahmah yang terletak di kawasan itu, Nabi Adam dan isterinya, Hawa bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga. Di situ jugalah Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.

Saie yang menjadi satu daripada rukun haji pula bersempena peristiwa isteri Nabi Ibrahim, Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi anaknya, Nabi Ismail iaitu ketika Makkah belum terkenal.

Hajar mendaki satu tempat tinggi dikenali Safa dengan harapan dapat melihat air, tetapi tiada. Kemudian dia turun dan menuju ke tempat lain, iaitu Marwah, tidak ditemui air.

Sampailah tujuh kali dia berulang-alik antara tempat itu, akhirnya dia menghampiri Marwah dan mendengar satu suara. Dia lalu menoleh dan mendapati malaikat menguis tanah dengan sayapnya sehingga keluar air zam-zam.

Sesetengah pendapat mengatakan, Nabi Ismail yang menguis tanah dengan dua kakinya atau kedua-dua tangannya ketika menangis kehausan, hingga keluar air zam-zam.

Saie secara simbolik memberi gambaran supaya manusia sentiasa berusaha mencari rezeki di dunia selain berusaha mendapatkan pahala di sebalik amal kebaikan untuk menjadi bekalan memperoleh syurga di akhirat kelak.

Melontar Jamrah pula berkait dengan kisah ketika Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail ke sebuah lereng gunung di Mina dan di situ, muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim supaya membatalkan niatnya. Nabi Ibrahim kemudian mengusir iblis itu.

Menerusi peristiwa itulah umat Islam kemudian diwajibkan melontar Jamrah menggunakan batu kecil, sebagai simbol mengusir syaitan dari dalam diri manusia selain simbolik lain adalah 'melontar' jauh sifat kufur dan maksiat dari dalam diri.

Wahyu supaya Nabi Ibrahim menyembelih puteranya itu juga menjadi titik tolak ibadat korban yang dilakukan sempena haji atau Aidiladha. Seperti juga semangat dan keimanan Nabi Ibrahim AS, ibadat korban memberi maksud simbolik betapa manusia itu perlu mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkorban apa saja demi menunaikan perintah-Nya.


FAKTA
Rukun Haji


*Ihram dan berniat mengerjakan ibadat haji dimulai sesampai miqat (batas-batas yang ditetapkan).
*Wukuf di Arafah, iaitu berhenti di padang Arafah sejak tergelincir matahari 9Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah.
*Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
*Saie iaitu berlari kecil atau jalan cepat antara bukit Safa dan Marwah.
*Mencukur atau menggunting rambut, sedikitnya memotong tiga helai rambut.
*Tertib iaitu menjalankan rukun haji secara berurutan.








Khamis, 27 Oktober 2011

Lambaian Kaabah

Assalamu 'alaykum Teman Blog,
Isnin lepas 17 Oct 2011, Bonda kesayangan aku dah selamat berangkat ke Tanah suci, Syukur Alhamdulillah. Aku pun tak sangka sebab sebelum ni kami tak dapat apa-apa information dari pihak tabung haji, Yang boleh tau kata dapat pun sebab check online jer..Kira semua berlaku dgn pantas dan sekelip mata. Macam ni lah agaknya yang orang dok kata kalau dah sampai seru.


 28 sept malam baru dapat tau yang mak terpilih untuk menjadi tetamu Allah tahun ni. Esoknya tanpa buang masa terus aku bawa mak pi tabung haji untuk sahkan yang mak terima tawaran tu. Start dari haritu sibuk benar la aku setelkan hal mak. Masa ni la baru nak buat yang tu nak buat yang ni, Baru la kelam kabut nak pi buat passport, amik gambar untuk passport dan Visa, Isi dan hantar borang tabung haji, lengkapkan buku kesihatan dan ambil pelalian..kira pi cucuk la. Bayangkan dalam masa 2 minggu ni nak buat semua benda, baru nak beli barang2 dan jahit baju. Mmm..mmg kelam kabut.

kat pej imigresen dgn sepupu dan mak sedara yang setia menemani (ignore tarikh kat gambar tu, dah salah tu, camera tak setting)

12 Oct 2011 baru dapat tau tarikh penerbangan mak, Start dari hari tu hati aku dah mula tak tenang, macam-macam yang aku dok pikiaq, mak sorang2 kat sana, dengan keadaan mak yang sakit kaki, nak jalan pun susah..jalan jauh sikit dah penat..Ya Allah susahnya hati aku ni..kalaulah aku boleh pi sama, senang, boleh aku jaga mak. Tapi malangnya tak boleh. Berkat pujukkan kawan2 baru aku rasa ok sikit, depa berjaya yakinkan aku, depa kata insyaAllah dah sampai sana mesti mak aku Ok. Depa pun turut sama berdoa untuk mak aku.

13 Oct 2011, Hari ni kami buat kenduri doa selamat dan baca Yassin untuk mak aku, Sedih sangat sebab aku tak dapat tolong baca untuk mak,masa ni la nak uzur pun. Satu-satunya anak pompuan yang dia ada bila sampai hari2 penting dia aku tak dapat sertai.Takpa mak aku baca lain kali. Aku baca sorang2 pun sampai jugak. InsyaAllah.

 Macam2 yang aku dah setelkan, Ubat hospital untuk darah tinggi aku dah pi ambik, ubat urat untuk kaki dia dah beli, supplement  untuk kaki dia pun dah beli, semuanya cukup untuk stok 46 hari sepanjang tempoh dia ada kat sana.Tu termasuk la jugak panadol, pil chi ki tek aun, ubat batuk, ubat cirit, eyemo dan segala jenis makneka minyak angin. Yang penting standby, tak guna takpa janji ada.


17 Oct 2011, Hari yang ditunggu tiba jua akhirnya,Kami turun seawal 7pagi walaupun mak kena lapor diri kat kompleks tabung haji Bayan Lepas pukul 12.30pm, Saja la pi awai sebab ikut kata depa yang lebih berpengalaman p awai takpa..senang tak kelam kabut. Sampai sana pukul 8lebih terus mak dipanggil masuk untuk taklimat. Lupa nak cerita, mak pi Mekah tumpang sahabat sepupu aku yang dok kat Perlis. Depa pi satu family 6 orang. Dengan mak jadi 7 orang la. Lepas masuk dengar taklimat tu mak boleh keluar lagi untuk jumpa kami, Masa tu memang hujan airmata la, aku yang selama ni selalu menangis sorok2 kali ni tak leh nak sorok lagi..biaqla sejuta orang nak tengok. Habis semua yang pi hantaq mak menangis. sepupu-sepupu, adik ngan adik ipar, anak-anak menakan, mak sedara dan yang paling best asben aku pun menangis jugak masa mak mentua dia peluk dia. Esoknya aku tanya pasaipa tereyak dia jawab dah semua orang tereyak, dia pun tereyak gak la. Hehe..tu lah ego...bukan nak mengaku yang dia sayang kat mak mentua dia. Mak aku ni jenis manja. Memang semua orang berat nak lepas dia takut dia tak boleh berdikari. Maklumlah, kat sini dia tak pernah sorang2. Aku sempat berpesan kat sahabat sepupu aku tu, AbangDin nama dia, suruh dia tolong tengok-tengokkan mak masa kat sana. Syukur lagi kehadrat Ilahi sebab mak pi dengan orang baik-baik.


Sepupu aku tgh peluk mak menakan dia



Anak cucu Tok biah
Lepas dia masuk balik dalam kompleks kami pun keluar, ingatkan nak tunggu kat airport pulak, dapat tgk kapal terbang naik pun jadilah, lebih kurang macam orang bercinta la..tak dapat tengok orang dapat tengok bumbung rumah pun jadilah..macam tu la kami lebih kurang, Malang tak berbau keta aku pulak buat hal, tak leh start..masa ni la nak buat perangai. Aku dan yang lain gerak pi pantai seagate sementara nak tunggu pukul 4 waktu penerbangan, tinggal asben aku sorang ja kat keta. Pukul 3 aku balik pi kompleks TH tgk kereta, tak ok lagi. sempat jugak pi panggil pomen belum sempat pomen sampai keta aku dah boleh start dulu. Hmm..berkat doa mak aku la ni. Kami pi balik la kedai pomen tu cakap thankyou tak payah mai keta dah ok. Lepas tu kami terus pi airport, tinggal 2 biji keta ja yang pi, aku dan sepupu aku yang sebaya ngan aku. Kira dia sepupu paling rapat la.Yang lain semua dah balik sebab anak2 dah meragam.Takpa at least ada wakil yang pi tengok nanti balik boleh cerita kat depa.

Penang International Airport under construction la ni, so tak dapat nak tengok dari depan, suka atau tak suka kami kena tunggu kat belakang. Boleh la juga nampak kapal terbang dari situ tapi jauh. Bila sampai belah belakang rupanya ramai sanak sedara jemaah lain yang tunggu kat situ. Nasib kami baik sebab bas tabung haji pun masuk kot situ juga, dapat la aku tengok lagi sekali mak aku. Aku kira ada 10 biji bas semua. tapi aku tak tau yang mana bas mak. Aku main lambai ja semua jemaah. Setiap orang dalam bas aku lambai mudah-mudahan mak nampak aku. Tapi sampai sudah tak nampak mak. Airmata bercucuran lagi.


Deretan bas Tabung Haji yang masuk dalam airport.
Ni bukan flight mak..saja snap sebab dia lalu atas kepala. Flight mak ikut laluan lain.

Dengan penuh kesabaran kami menunggu dari pukul 4petang bas sampai airport, pukul 6petang baru kapal terbang berlepas. PERGILAH MAK..PERGIMU KU IRINGI DOA, PULANGMU NANTI DENGAN RAHMAT. SELAMAT MENJADI TETAMU ALLAH DAN MUDAH-MUDAHAN MAK DAN SEMUA JEMAAH HAJI YANG PERGI MENUNAIKAN FARDU HAJI PADA TAHUN INI AKAN MENDAPAT HAJI YANG MABRUR. Kerana Sesungguhnya “Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan SYURGA” - Hadis riwayat At – Tabrani.

Dengan sampainya mak disana aku merasakan seolah-olah sebelah kakiku dah sampai disana. Semoga suatu hari nanti aku juga diberi peluang untuk menjadi tetamumu YaAllah. Amin.

Isnin, 10 Oktober 2011

Aku dan Arthritis

   Menjalani kehidupan seharian sebagai pengidap Rheumatoid Arthritis bukanlah satu perkara yang mudah, Aku mula mendapat penyakit ini pada tahun 2001,Sampai sekarang dah masuk 10 tahun aku menjadi penderita setia penyakit ini. Arthritis atau dalam bahasa lainnya disebut radang tulang dan sendi bukanlah sama seperti sakit sendi yang biasa. Pakar seluruh dunia pun belum dapat mengenal pasti dengan tepat apa punca sebenar penyakit ini, Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun (penyakit yang terjadi pada saat tubuh diserang oleh sistem kekebalan tubuhnya sendiri). Apa yang pasti puncanya bukan pemakanan seperti yang di war-war kan sesetengah orang. Cuba korang bayangkan bagaimana perasaan korang kalau nak buka tudung botol pun tak boleh, nak pegang tombol pintu pun jari sakit terketar-ketar, nak pakai bra pun kena harapkan bantuan orang lain, tu belum masuk bab nak ikat rambut, Dan bab bab nak uruskan diri sendiri yang lain, Kesian sungguh dekat aku, rasa macam tua sebelum waktu.

Masa mula-mula sakit tu menyerang aku pun tak tahu aku ni sakit apa..ingatkan sakit kaki yang biasa biasa..aku tetap gagahkan diri pergi kerja..bila rasa sakit sangat aku menangis sorang sorang, aku biarkan saja, takdalah nak pergi klinik ker apa sebab ingat hari ni sakit esok boleh baik, sebelum ni pun aku memang sorang manusia yang sihat dan aktif, memang tak sangka lah kan yang aku akan diserang penyakit ni. Melihatkan ketabahan aku penyakit ni tak puas hati..dari hari kehari sakit aku semakin teruk, dia mula menyerang ke jari2 tangan, siku, bahu, kaki dan lutut dan akhirnya sampai satu tahap aku dah tak terdaya untuk bangun, sendi-sendi aku kaku, jari-jariku ada yang macam dah mati..rahangku sakit sampai nak buka mulut untuk makan pun airmata terkeluar dengan sendirinya, dah tak perlu menangis dah. Mak dengan habibi aku dah mula kelam kabut, mungkin depa ingat aku dah nak mati kot masa tu. Memang ada gaya macam orang nak mati pun.Terbaring ja atas katil, bergerak sikit pun dah rasa sakit, dengan badan yang kurus kering masa tu..

Masa tu barulah aku sedar, diri ni disayangi rupanya..banyak jugak la tempat family aku bawak pi berubat, termasuklah bomoh. Dekat mana dengar orang kata bagus semua mak akan suruh habibi aku bawak..tapi bomoh biasala jawapan standard diorang, dulu ada orang meminang aku tolak la, ada orang tanam benda belakang rumah lah..orang buat lah..tah apa-apa lagi depa dok merepek. Actually aku tak kisah kalau depa nak merepek apa sekali pun..merepek lah asalkan penyakit aku sembuh. malangnya merepek macam-macam duit aku habis, masa aku terbuang tapi penyakit aku tetap setia dgn aku. La ni kalau sebut bomoh jangan harap aku nak pi, memang pangkah terus. Kalau berubat dengan ustaz tu aku okla..sebab ustaz dia menggunakan ayat Quran kan, tak sembuh pun takpa, at least aku ikhtiar, Tuhan pun tak suruh kalau sakit kita duduk jer tunggu mati, Dia suruh kita ikhtiar.

Kat hospital pun aku pi check jugak, lepas buat blood test kat Bagan Speciallist doctor sahkan aku ada rheumatoid arthritis. Masa zaman tu penyakit arthritis ni memang tak famous lagi. Bila sebut arthritis boleh dikatakan semua orang tak tahu, semua orang akan bertanya sakit apa? macam mana sakit dia? Macam mana boleh kena tu? Penat pulak nak cerita..bukan macam darah tinggi ker kencing manis ker cancer, yang tu famous semua orang tahu. Doktor kat Bagan kata penyakit aku tak ada ubat masa tu, 2 minggu sekali aku kena pi hospital semata2 untuk ambil ubat tahan sakit dan vitamin saja. Banyak jugak ubat yang aku kena makan masa tu salah satunya steroid la.Steroid tu la yang berjaya men’bangun’kan aku kembali. 

2 tahun aku berulang alik ke hospital Bagan, aku dah mula fedup. Tak ada ubat yang doktor Bagan bagi untuk menyembuhkan aku sepanjang tempoh tu, hanya pain killer saja. Aku fikir kalau setakat pain killer kat farmasi pun boleh beli,tak payah nak berulang jauh2. So aku decide untuk stop pergi bagan dan beli ubat kat farmasi saja. Masa mula-mula nak beli tu problem gak la,pekerja farmasi tu tak bagi aku beli prednesolone tu banyak2..dia kata ubat tu terhad tak leh jual lebih takut customer makan over dos.Lepas tu dia tarbiah aku lagi kata ubat tu kalau makan selalu rosak hati, jantung dan buah pinggang, kena makan sekali sekala saja. geram gak aku dok bagi kuliah kat aku macam tu pada hal benda tu semua aku dah study dah. Lepas tu aku tarbiah dia balik aku kata aku nak hidup sekarang , sekarang mmg dah confirm aku hidup so aku perlu ubat tu untuk menahan kesakitan aku dan teruskan kehidupan aku,buat apa nak fikir masa depan yang belum tentu tu.Kalau aku tak makan ubat ni, jari aku mengkerekot, kaki aku bengkak keras, kaku, masa depan aku lumpuh..tak guna juga kot. Pastu aku kata kat dia aku tau bila aku perlu makan bila aku tak perlu. bukan aku nak makan macam makan nasi. Last-last dia kalah. Sampai la ni setelah bertahun-tahun aku jadi customer tetap farmasi tu, siap ada diskaun lagi.

Sampai tahun 2007 aku makan ubat farmasi, sepanjang tempoh tu macam-macam jugak ‘ubat’ yang datang mencari aku, maklumlah dah tau aku sakit ramai yang nak ambik kesempatan nak berbisnes, tapi aku tau yang ikhlas pun ada. Macam–macamlah makanan tambahan yang aku dah try konon bagus untuk penyakit aku, sebut apa saja product kesihatan MLM, Hampir semua aku dah try. yang mahal ka yang murah ka, tak jadi apa pun semua tipu ja. Tapi hairan kebanyakan testimony yang guna product-product tu sembuh dan ber iya kata product tu bagus, aku sorang saja yang tak sembuh (nampak sangat testimony tu tipu dan dibayar untuk jadi testimony, kan kan!). Sampai la ni kalau orang nak introduce product kesihatan kat aku aku rasa macam bukan dia nak tolong aku, dia cuma nak jual barang ja. Dia nak tolong diri dia sendiri sebenarnya.Tak baik kan? semoga aku tak jadi macam tu mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain. Korang pun jangan jadi macam tu jugak yer. Baik aku makan kurma dgn habatussauda lagi bagus. Lagipun dah disebut dalam hadis habatussauda tu adalah penawar untuk segala penyakit kecuali mati (HR Bukhari).

Salah sorang Doktor kat tempat kerja aku, Doktor Tee namanya. Dr Tee ni jadi tempat aku bertanya dan meminta pendapat tentang penyakit aku ni, dah jadi macam doktor kaunseling aku, dia banyak bagi motivasi kat aku, banyak memuji aku, dia cakap aku ni cukup strong, tak merungut, penyabar, kuat semangat dan jenis orang yang tahan sakit. Dia yang suggest aku pergi Loh Guan Lye sebab masa tu dah ada pakar untuk penyakit ini kat sana. Dia tulis surat untuk Dr Tan kat Loh Guan Lye supaya aku refer kat sana..Aku pun tak cakap banyak. aku follow saja. Bermula lah episode baru aku kat Loh Guan Lye. Selepas di periksa, Dr.Tan kata dah teruk sendi-sendi aku rosak,yang rosak tu tetap rosak memang tak boleh repair dah, apa yang dia boleh buat cuma bagi ubat dan suntikan untuk halang sendi lain dari terus rosak. Tiap-tiap bulan aku akan follow up kat Loh guan Lye, Kira famous la aku kat situ sampai staf–staf kat situ selalu konfius, depa kata aku bukan patient tapi salah sorang staf jugak kat situ, maklumlah dah kerap sangat tengok muka aku. Selalu jugak aku admit kat situ sebab satu suntikan ambik masa sampai 6 hingga 7 jam, sepanjang tempoh di suntik tu aku akan dikawal rapi oleh dayang-dayang kat hospital tu sebab Dr Tan kata takut aku sesak nafas atau alah, mana tau ubat yang di suntik tu tak sesuai dengan badan aku. Ubat-ubat tu pulak mahal betul harganya(bagi aku la), satu suntikan berharga RM5000 hingga RM8000, Dr. Tan kata ubat tu actually untuk kanser tapi dah diuji sesuai digunakan untuk arthritis. Nasib baik insuran company aku yang tolong bayarkan, Kalau harap aku nak bayar duit sendiri pakai tak berubat la jawabnya. Menurut DrTan jugak sepanjang tempoh aku mengambil suntikan dan ubat ubat ni aku tak leh mengandung, nasib baik aku dah ada 2 anak, tak lah terkilan sangat.Cuma impian aku nak kan anak perempuan tak tercapai la jawabnya.Tapi takpa, aku tahu apa yang ditentukan Allah itu adalah yang terbaik untuk aku.

Sampai tahun 2009 saja jodoh aku dengan Loh Guan Lye, Aku tak dapat berubat kat sana lagi sebab insuran company dah gugurkan Loh Guan Lye dari list mereka.So, company takkan cover lagi kalau aku terus berubat kat sana,dengan berat hati aku stop. Sedih gak la nak tinggalkan doktor aku tu dan staf-staf kat situ,maklumlah aku dah mesra ngan depa sampaikan uncle security kat hospital tu pun selalu babai kat aku bila aku discharge, Ingat lagi dia selalu kata suruhlah sapa-sapa bawak u mai,kesian selalu mai sorang. Nanti tengah drive pening ke apa sapa nak tengok. Aku senyum saja. Kemesraan depa salah satu sebab aku happy berubat kat sana.

Hampir stengah tahun aku kembali makan pain killer saja tanpa pergi mana-mana hospital. Hujung 2009 Dr Tee bagitau aku nanti akan ada Pakar Rheumatoid Arthritis dekat KPJ, Doktor melayu. Tanpa buang masa aku ambik surat dari DrTee dan pergi KPJ pulak. Bermula pulak episod baru dengan doktor Anwar, Sampai sekarang aku masih dengan KPJ. Aku tak tahu sampai bila boleh nak bertahan dengan KPJ ni, Doktor baik sangat, mesra, bila sembang rasa macam adik beradik, Staff Ok, hospital pun cantik, canggih lagi, yang tak tahan tu harga ubat yang terlalu mahal. Doktor Anwar kata ubat yang Loh Guan Lye bagi tak berapa sesuai dengan aku, so dia bagi ubat lain, ubat saja dah RM16000 campur duit wad, procedure dan lain-lain jadi RM18000. Bayangkanlah..dengan tiap-tiap bulan aku kena ambik suntikan tu, susah hati jugak la. Sobs!

Dengan penyakit yang aku hadapi ni aku akui aku tak dapat bagi A dalam semua perkara dalam kehidupan aku, lebih-lebih lagi dalam bab pelajaran anak-anak aku, Malam adalah waktu yang sangat letih untuk aku, dan seboleh-bolehnya aku nak rehat saja, dulu aku cuba juga luangkan masa untuk tengok buku pelajaran depa, cuba jugak untuk mengajar homework depa tapi aku buat semua tu dengan terpaksa, last-last aku yang pressure, lebih letih,lebih sakit. Aku fikir kalau aku boleh kerja dan jaga diorang dgn baik tu dah cukup syukur, So aku tak tekankan sangat dah tentang pelajaran diorang, bukan sengaja aku nak abaikan bab pelajaran diorang, tapi Allah lebih mengetahui apa yang aku lalui, aku yakin sampai masa diorang akan tahu fikir sendiri, sampai masa cepat atau lambat, mesti timbul minat dalam diri depa untuk belajar dan berjaya. Kalau tak minat pun takpalah sebab aku percaya haluan untuk anak-anakku telah ditentukanNya. Restu dan doa aku sentiasa bersama mereka. Aku yakin semuanya dah tertulis di Loh Mahfuz. Cemerlang dalam peperiksaan bagi aku adalah untuk meraih pujian dan kebanggaan didunia saja, aku tak kisah kalau tak dapat semua tu, Walaupun satu hari nanti anak-anakku tak dapat menjadi seorang doktor,majistret ataupun lawyer cukuplah jika mereka menjadi manusia yang bertanggungjawab dan menjadi anak anak yang menyantuni aku sampai akhir hayat aku. Rezeki dah ditentukan Allah dan aku percaya pada rezeki Allah. Hidup didunia pun sementara saja, hidup di Akhirat sana yang kekal abadi. Tak apa kalau mereka tak berjaya didunia, semoga mereka berjaya di akhirat sana, Aamin Allahumma Aamin.

Sampai sekarang selepas 10 tahun aku masih belum sembuh, masih tak dapat duduk melepak kat lantai macam orang lain, masih solat guna kerusi, masih jalan senget benget, namun masa merawat segalanya aku reda dengan ketentuan dan ujian yang telah Allah berikan padaku, telah disebut dalam AlQuran Allah tak akan menguji hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya, So, aku tau aku layak untuk ujian ini. Aku tak duduk ja kat rumah menunggu mati..aku tetap buat kerja rumah, tetap jalan-jalan, tetap pergi kerja, tetap bela kucing yang berderet deret dan tetap enjoy my life, walaupun hidup dengan penuh kesakitan. Dan tiap-tiap hari aku tetap ambil ubat demi nak meneruskan kehidupan. Cuma kadang-kadang timbul jugak rasa malu dan rendah diri sebab tak dapat jalan cantik macam orang lain, asal jalan saja senget, asal senget saja jalan. hmm! lebih-lebih lagi kalau hari tu sakit aku terlebih,bengkak pun lebih, lebih lagi la kesengetannya, kadang-kadang aku perasan ada mata yang perhati, dalam hati depa mesti tertanya-tanya kenapa aku jalan hodoh, kesian kat depa, tak mau datang tanya aku sendiri, kalau tanya mesti aku boleh jawab segala kemushkilan depa tu. Nak tergelak pun ada sebab kat tempat kerja macam-macam spekulasi timbul, yang berani datang tanya aku face to face takpalah.. yang tak berani tanya,pandai pulak depa reka cerita sendiri kononnya aku dulu eksiden sebab tu jalan macam tu, tergelak aku bila cerita tu sampai kat telinga aku.Tapi kadang-kadang aku rasa ok.sebab bila pikir balik aku cuma jalan senget, jalan buruk dan walau sakit macam mana pun aku masih boleh jalan, aku masih berdikari, apa lagi yang aku mahu, kerana ada lagi insan yang lebih malang dari aku dalam dunia ni, yang tak boleh jalan. Aku sakit sakit pun masih boleh jalan, Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi.

So, pada sesiapa yang mengidap Rheumatoid Arthritis ni aku harap sentiasa tabah dan berfikir positif macam aku jugak, sebab jika kita berusaha melawan penyakit ini dengan aktif kita masih akan dapat menikmati kehidupan kita, Jika tidak, mungkin kita akan lumpuh dimasa depan sebab aku pernah terbaca mereka yang mengidap arthritis akan dicacatkan oleh penyakit mereka sendiri. So sad, dan yang paling sedih arthritis ni sejenis penyakit yang tak boleh cure.dia akan sentiasa aktif dalam badan kita. sampai mati takkan sembuh kecuali dengan kuasa Allah. Kalau ada emak, adik, kakak atau isteri yang mengidap penyakit ni layanlah mereka dengan baik, sedikit belaian kasih sayang sudah cukup untuk meringankan beban kesakitan yang mereka tanggung sebab kalau korang nak tahu sakit yang aku rasa tu memang sakit sangat, Allah saja yang tahu. Pada yang baru nak dapat penyakit ni rawatan awal sangat penting, jangan biar dah teruk macam aku baru nak berubat. Sebab menurut doktor kalau dapat rawatan awal masih ada harapan untuk menghalang kerosakan sendi dari terus berlaku.

Akhir sekali pesan dari aku,sentiasalah berhusnuzon dengan Allah, terima apa yang Dia bagi dengan redha, kalau sihat pun dari Dia, kita sakit pun sebab Dia yang bagi, Sakit dalam satu jangka masa yang amat panjang adalah tanda rahmat dan kasih sayang dariNya, Semoga inilah yang menjadi asbab dan jalan untuk membawa aku dan kita ke Syurga. Aamiin Allahumma Aamin.