Jumaat, 14 April 2017

Perlaking, Endoskopi, Cyst dan aku..

Nah, ambik haku! sekali jalan 4 tajuk terus aku bagi, Bosan amat malam ni..plan asal nak mengemas bilik, dah berapa hari sebenarnya tertangguh rancangan nak mengemas dan tukar cadar, lepas sehari kesehari tapi takkk setel² jugak., rasa sakit dan kaku sendi lutut dan tangan ni, membuatkan aku malas rasa nak siksa diri buat keja, jadi aku baring ja. Nak tengok fb pun tak leh sebab fb masih lagi aku deactivate.. blogwalking dah puas dah, jadi baik aku merepek kat sini sajala..

Perlaking.

Petang tadi Zurin mai umah, hantar perlaking aku, aku beli 2 kotak kali ni sebab ada offer, lagipun 2 bulan ja lagi nak raya kan, aku boleh start makan dari la ni, nanti nak raya berseri la sikit kulit dan rupa aku ni (tengok tu dalam sakit² bab nak menyegak tak lupa..heheh). Hampa pernah makan dak perlaking, bagus tau, untuk aku la, mungkin sesuai dengan aku, tapi ayaq memang kena minum banyak.. Kalau tak badan rasa kering ja, last year sebelum raya aku mula start makan tapi on off la.. Dua minggu yang pertama tu ja aku makan betoi² lepas pada tu sat makan sat dak, kes nak jimat duit sebenarnya, bukan senang nak makan berterusan, mahal jugak harga dia, itupun dalam on off nampak jugak kesan dia...kulit jadi lebih halus dan cerah..kulit muka pulak kalau tang parut² tu nampak la pudar, kulit lebih seia sekata, sehati dan sejiwa gitu, lebam² bawah mata pun hilang.. sapa tak suka kann, tambah pulak bila ramai yang tegur..sue makin cantik, makin flawless, lagila seronok.. tapi hujung tahun haritu aku dah stop terus, ni baru nak start balik..hopefully sempat la segak dan berseri sebelum raya.

Cyst.


Ok dah alang² aku cerita ni, baik la aku teruskan penceritaan aku ketahap yang lebih mendalam lagi..tumpang aku tengah ada mood nak menulis ni kann. Salah satu sebab lagi kenapa aku stop perlaking dulu tu selain dari nak save duit, aku stop sebab aku ada terbaca kat mana entah, kolagen ni boleh mengaktifkan cyst.. Ok ni la yang aku nak cerita sebenaqnya malam ni..hampa tau dak, mesti hampa tak tau kan, sebab aku belum cerita, aku ni selain arthritis, aku ada penyakit lain..aku ada anemia dan jugak ketumbuhan dalam perut ni..ovarian cyst, bukan seketoi bukan 2 ketoi tapi 3 ketoi dok bersemadi dalam perut ni, doktor detect benda ni lepas pada aku kena admit dekat Penang Hospital tahun 2015..dah lama cerita ni tapi baru malam ni tergerak nak cerita..aku perlu tulis jugak sebab kalau tak tulis nanti lama-kelamaan cerita ni akan hilang macam tu ja dari ingatan aku.. bila dah tulis dapat la aku baca balik kan.. nak buat cemana mungkin effect ubat yang aku ambik berterusan ni menjadikan aku seorang yang pelupa..ehh apa melalut ni.. Dah² balik ke cerita asal.. Err kat mana kita tadi ya..🤔

Endoskopi.


Darah yang di add on dalam badan aku masa admit haritu.

Ok, bulan 5 tahun 2015 aku kena admit 3hari sebab hemoglobin aku drop sampai 6. Paras bahaya tu. So, doktor paksa aku admit, suka ka tak suka kena la admit jugak sebab doktor nak tambah balik darah dalam badan aku, dan nak investigate mana hilangnya darah aku ni..lepas tambah 2 pain darah pun bacaan masih belum cukup baik..doktor pun pelik jugak dengan misteri kehilangan darah aku, hmm patutlah masa tu aku selalu pening, letih yang pelik², muka aku kuning pucat, aku cepat penat kalau buat kerja, berpeluh² dan jantung aku selalu berdebar², aku selalu rasa nak tidur ja.. rupanya aku tak cukup darah yang serious masa tu.. Salah satu cara nak investigate doktor hantar aku buat endoskopi, bagi yang tak tau endoskopi tu apa dia, mai aku terangkan, terangkan ikut bahasa aku la kan, endoskopi ni sejenis procedure tanpa pembedahan yang mana doktor akan masukkan melalui mulut satu tiub kecil yang hujungnya ada kamera kedalam perut aku dan usus kecil untuk check kalau ada ulser ka pendarahan dalaman ker apa.. Hmm kalau nak cerita pengalaman di 'endoskopi' ni kat sini tentu jadi sangat panjang berjela kan entry ni..cuma aku cerita sikit sajala..bukan detail sangat.. aku sangat takut sebenarnya masa nak buat ni, dah cuba  bangkang doktor dan cakap aku taknak buat tapi doktor cakap mesti buat, maka aku pun pura pura tersenyum gembira dan terpaksa setuju cadangan doktor tu..demi kebaikan aku jugakkan..setiap orang mungkin tak sama 'feeling' masa diendoskopi tu..tapi bagi aku sepanjang proses tu sangatlah perit dan menyeksakan. Tak sampai setengah jam pun tapi rasa macam nak mati, sakit dan sangatlah tak selesa..dengan nak bernafas pun susah, seolah olah aku tak reti bagaimana nak bernafas, yelah kan, sebab ada benda keras dalam kerongkong, yang terpaksa aku telan perlahan lahan..air liur berjejeh..air mata jangan kira, berjurai tanpa disuruh.. bukan aku menangis pun..dia keluar seniri..selesai procedure tu aku rasa sangat lega, insaf sat sebenarnya..tu baru diendoskopi..macam manalah nanti saat² nyawa dicabut malaikat..Allahu gerunnya aku..😔

Bila dah duduk ward kita ni macam tikus putih la kann..redho sajala kalau depa nak buat apa pun.

Gynae.

Bila result endoskopi keluar, ternyata takda apa masalah pun dengan usus dalaman aku..takda luka takda pendarahan..cuma ada merah merah sikit sebab apa entah aku lupa dah, yang penting punca hilang darah tu tak jumpa kat situ..So doktor tak puas hati la kan..dia hantar aku pergi gynae pulak..kena buat appointment dekat gynae..bermulalah cerita baru aku..kisah baru, episod baru, dekat gynae ni la doktor dah detect aku ada cyst melalui ujian ultrasound, 3 bijik, dan salah satu tu yang sebelah kiri dah membesar 8.7cm, normally kalau cyst tu dah lebih dari 4cm doktor akan advise buat pembedahan untuk remove sebab takut dia twist atau pecah..bahaya. So, aku punya ni dah 8.7cm, lagilah kena buang kan. Hmm, adakah hampa berjaya menyelami bagaimana hati dan perasaan aku masa tu, asalnya pergi gynae sebab nak selesaikan satu masalah aku, tapi akhirnya timbul pulak masalah baru..terawang²an aku sebentar..sedar sedar doktor dok cakap apa entah..sian dia membebel sorang². Doktor suruh balik dan bincang dengan suami bila tarikh yang kami persetujui untuk buat operation, dan dia suruh datang balik tarikh appointment yang seterusnya dengan bawak suami sekali..aku macam tak boleh berfikir dengan waras masa tu..aku rasa sangat takut.. operation adalah benda yang sangat menakutkan bagi aku dan kalau boleh aku taknak lalui benda tu sampai habis umur aku..entahlah susah nak explain sebenarnya.. biaq aku sajalah yang faham, Nak jadi cerita kebetulan pulak masa tu ada seorang kenalan aku yang baru meninggal sebab operation buang cyst ni la, yala dah sampai masa dia sama kan, operation tu asbab ja, tapi aku tetap takut.. aku drive balik rumah dengan airmata berlinang sepanjang jalan..

Aku call kak sepupu aku yang aku panggil kaklong, dia dulu jadi staff nurse kat hospital Seberang Jaya, pernah kerja dekat GH Penang jugak masa usia muda dia, aku mintak nasihat dia, dia pun terkejut jugak mulanya tapi dia cakap perut aku tak besar pun, biasanya kalau orang yang ada cyst saiz macam tu perut mesti macam orang pregnant, perut awak kecik ja dia kata, manalah aku tahu kan.. Cyst aku pandai sembunyi kot, kaklong aku pun cakap macam doktor jugak, dia nasihatkan aku untuk buang, biasalah orang bahagian perubatan kan, memang akan cakap macam tu la, depa sangat percaya dengan bidang depa, tapi aku taknak jawapan tu, aku nak jawapan lain, aku mula menggugel, aku mula fahamkan diri aku apa itu cyst..banyak jugak info yang aku dapat, dan ada yang menakutkan jugak huhu, dan salah satu yang aku dapat tahu, cyst ni kalau dah buang pun bukan bererti aku dah selamat dan bebas, belum tentu, selepas dah buang pun dia boleh tumbuh semula.. jadi puas aku memikir, pertimbang dan perhalusi..akhirnya aku buat keputusan. Tarikh appointment seterusnya aku ajak Zul pergi sekali (sebab doktor suruh kan) tapi dia pi pun takdala membantu sangat..sekadar bagi semangat, takda dia nak tanya apa² kat doktor pun, apa yang doktor cakap yang itu, itu sajala, abis tu abis, memang dah dia jenis tu, jauh disudut hati sanubari aku geram dan kecewa jugak, aku sakit kot at least ringankanlah mulut bertanya kann..tunjuk la sikit dia 'care' kat aku, tapi tak..apa nak buat dah nasib aku. jadi, dia datang sebagai peneman sajala untuk haritu, semua keputusan aku yang buat sendiri.
Aku interview doktor tu, lepas satu soalan satu soalan, akhirnya aku kata dekat doktor aku taknak operation lagi buat masa sekarang, tangguh dulu.. Mulanya doktor dok cakap jugak macam paksa aku buat la tapi akhirnya dia terpaksa bersetuju dengan kekerasan kepala aku dan dia bagi nasihat  dan pesan kalau tiba tiba aku sakit sangat tengah malam, dia suruh aku terus datang hospital masuk emergency.. aku okeykan saja..yang penting aku terlepas dari bala untuk haritu..tangguh dulu, kansel tarikh untuk operation..

Lepas dah keluar dari situ aku rasa batu besar atas kepala sudah jatuh, rasa lega tak tau nak habaq, memang aku takut cyst ni makin membesar bagai johan, tapi aku lagi takut nak operation, takpa tentang cyst ni nanti aku fikir lain, nanti kalau dah buang dia datang balik tak guna jugak kan..buat apa nak ambik risiko dan buat kerja yang sia², baik jangan buang..teringat pesanan doktor tu, kalau sakit tengah malam segera pergi emergency, kenapa tengah malam, siang dia tak sakit ka..ahahah..sewel betul doktor tu, aku pun sama sewel..

Kolagen mengaktifkan cyst, susu kambing pun..

Jadi inilah punca aku stop makan perlaking haritu, kolagen mengaktifkan cyst, aku taknak benda tu makin membesar, tapi sekarang ni aku nak start balik, risau jugak sebenarnya, tapi takpalah, tawakal, harap takdak apa² kesan buruk untuk aku, mudah²an Allah pelihara aku..kalau hampa nak tau sampai harini aku tak pi dah gynae dan aku tak follow up dah untuk cyst ni, kad appointment pun aku tak tahu dah pi buang mana..teruk kan aku..dah 2 tahun berlalu..tapi bila aku pegang perut aku sebelah kiri aku boleh rasa 'benda' tu ada..bulat dan keras kat situ. Dia takdalah sakit, cuma kadang² tak selesa, dulu masa nak period memang sakit gila, rasa macam perut kena pulas macam kita perah kain tu, tapi lani dah tak pernah sakit macam tu dah.

Sepupu aku antara yang datang melawat masa aku admit, ramai lagi sebenarnya yg datang, kak sal, kawan tempat keja, anak sedara aku, mak mentua, asben. Terubat jugakla kesedihan hati bila ada yang sudi jenguk..

Tentang kes hemoglobin aku tu, doktor masih tak puas hati nak invertigate, beliau suggest aku buat scope melalui lubang najis dan nak ambik sumsum tulang jugak (yang ni lagi bapak ngeri). Kali ni aku bantah betul², apa jadi pun aku takmau buat, aku dah takut sangat, doktor memang marah, dia cakap u semua takmau, itu takmau ini takmau, macam mana, aahh lantak la nak marah pun, ada aku kisah.. Sakit aku, aku yang tanggung sendiri bukan dia pun.. Depa tu suka ja nak jadikan aku ni tikus putih depa, lagipun malu gila kot nak scope melalui punggung, ish tak leh imagine aku, baik jangan buat terus..yang nak ambik sumsum tulang tu pulak lagilah, banyak kes dah kot aku dengar cerita yang tak baik lepas orang ambik sumsum tulang..aish sangat menakutkan, sampai mati pun aku takkan setuju.

Lepas discharge aku amalkan minum susu kambing segar, usaha jugak pi cari tiap² hari, setiap hari aku minum sebotol 500ml, kadang lebih, tak pernah minum pun sebelum tu, sedap sangat rupanya sampai aku ketagih..ni salah satu ikhtiar aku la untuk naikkan balik hb, selain dok pulun makan iron tablet sampai rasa nak muntah, alhamdulillah bacaan hb aku semakin baik..tapi aku stop jugak susu kambing tu pun, cuma minum sekali sekala ja, sebab aku dapat tahu bahawasanya susu jugak mampu mengaktifkan cyst..sedih kan jadi aku...

Ok cukuplah entry kali ni, maaflah entry kali ni sangat panjang..aku hanya berkongsi secebis kisah aku, selagi ada nafas, selagi itulah takkan berakhir cerita..semoga ada manfaat untuk hampa, jam dah menunjukkan pukul 3.31pg, jom tidoq, maassalama...