Isnin, 20 Februari 2017

Pulut Seri Muka Noxxa

Assalamu'alaykum teman blog kesayangan. Hihi.. Apa habaq semua no, ni entry aku yang ke2 untuk tahun ni..bukti kata aku masih hidup la lagi sebab tu masih boleh update blog ๐Ÿ˜…, entry hari ni nak cerita tentang semalam, aku terrajin tanpa sengaja.. Terbuat pulut seri muka, aku pun tak sangka, entah dari mana datangnya kerajinan tu..

Masa awal tu aku dok makan menu legend kat dapoq sambil kepala ligat dok pikiaq nak buat apa entah untuk dimakan..perut pun lapaq sama sebenaqnya sebab memang dari pagi aku tak makan apa.. Hampa tau dak apa menu legend yang aku dok makan masa tu.. Tadaa nindia.. Sedap oo.. Rugi sapa tak besa makan.. Roti pat sagi cicah teh o panaih..๐Ÿ˜‚



Ok balik cerita asal, dalam dok pikaq nak buat apa tetiba teringat kat pulut seri muka.. Sebenaqnya dari minggu lepaih dok rasa teringin tapi biasala aku yang sekarang bukan aku yang dulu, latu teringat latu nak buat..memang dak la, Kena kumpul mood semua dulu, nak beli tu boleh tapi biasanya yang beli mesti tak meet expectation rasa dia, makan tak puas, dalam dok pikiaq tu tangan laju ja pi bukak esbox bawak keluaq nyoq, macam ada roh yang suh aku ambik nyoq tu bawak keluaq, harharhar roh la sangat..


Gambar kanan nyoq beku yang aku rebus, kemudian mendidih, gambar bawah santan pekat dan santan cair. 

Hampa buat macam ni dak? Aku pesyen simpan nyoq beku dalam peti ais, bila nak masak aku rebus dulu nyoq tu, tunggu sejuk sikit kemudian blend untuk ambik santan..senang bila simpan stok nyoq ni, bila bila nak masak dah ada nyoq dalam umah..leh tahan berbulan bulan..berbulan la kan dah aku tak masak.. tauu lani ada santan kotak, lagi senang keja, tapi bagi aku tak sedap, hasil dia tak sama macam kita guna santan asli..tapi aku pun guna jugak kadang kadang santan kotak tu..kalau dah takdak nak buat cemana kan, kotak pun kotaklah..


Rupa dia agak selebet sikit, tapi rasa dia memang sedap sangat. Don't judge a book by its cover tau.. 


Ok jom semak resepi dulu,
Bahan untuk Lapisan Bawah :
- 2 Cawan Beras Pulut
- 2 Cawan Santan cair
- Sedikit Garam
- 2 sudu minyak masak (optional, aku saja letak ja)

Bahan² untuk Lapisan Atas :
- 2 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan (kisaq ambik air 1 cawan)
- 3/4 Cawan Gula (boleh buat 1/2 cawan kalau tak suka manis.)
- 2 Biji Telur
- 3/4 cawan Tepung Gandum
- 2 sudu besar Tepung Jagung.
- sedikit pewarna hijau (jika perlu)
- Sedikit Garam.


Cara² Membuat :
1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan semua bahan lapisan bawah letak dalam inner pot, tutup periuk dan setkan Hi Pressure 2 minit.
3. Bila dah masak keluarkan wap, offkan periuk, bila pulut agak suam, masukkan dan tekan padat dalam loyang. Lapik tangan dengan plastik masa tekan. Tapi aku guna daun pisang, kebetulan ada daun pisang dalam petiais yang mak mentua aku bagi haritu. Ok dah siap tekan letak tepi dulu sat.
4. Masukkan semua bahan lapisan atas dalam blender kecuali santan.
5. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
6. Tapiskan bahan yang telah di blend kemudian campur dan gaul sebati dengan santan. Kemudian tuang dalam loyang pulut tadi.
7. Kukus selama 30 minit dalam noxxa..aku guna kaedah steambath, letak air dulu dalam inner pot, letak lapik dia kemudian loyang..setkan steam 30 minit.. Then tunggu hingga masak..dah masak biarkan sejuk dulu baru boleh potong, sebab kalau panas dia lembik.

Ni pelapik yang aku guna untuk lapik dalam inner pot, bawah dia ada macam silicon, jadi tak merosakkan periuk hampa hat mahai tu, jangan tanya aku beli mana, aku dah lupa, tapi kalau hampa nak, rasa ada juai dekat kedai dua ringgit yang dua ringgit la sangat tu.. Hmm

Nota aku:

1) Senang sangat kerja kalau guna noxxa, pulut takyah rendam dulu, terus masak ja..
2) Next time kalau nak buat, teloq tu kena guna yang kecik ja, teloq ni besaq so berkrim sangat lapisan atas dia..cemana ya orang yang guna teloq sampai 4 bijik dalam resepi tu..tak muak ker. 
3) Loyang mesti kena tudung dengan aluminium foil atau apa apa saja. Kalau tak air jatuh atas adunan. Kuih tak cantik. 
4) Lain kali nak buat mungkin aku kena masak sikit dulu atas api lapisan atas tu..mungkin hasil dia akan jadi lebih cantik dari yang ni.. Takpa try and error...
5) Lapisan pulut tu memang saja aku guna santan cair, memang ada resepi guna santan pekat, tapi aku taknak takut muak sangat. Ok sangat bila guna santan cair. Sedap..just nice bila kena dengan lapisan atas yang lemak berkrim.. Sedapnya lahai..tetiba rasa macam puasa dah dekat sangat bila aroma daun pandan memenuhi segenap ruang rumah..

Ok sampai sini dulu.. Jumpa lagi lain kali.. Tetiba rindu mak๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”kalau dia ada mesti dia suka seri muka ni, Alfatihah untuk emak dan juga buat semua yang dah tak ada, Semoga rahmat Allah sentiasa bersama dengan kita semua..Maassalama.. Wa ilaliqo..