Bismillah, Assalamu'alaykum teman blog, tangan gatai nak menulis, jadi aku pun menulis, setelah lama tak tulis kat blog ni, tapi sebenarnya bukan tulis pun, taip..aaacudah, jangan merepek, ok ok, aku serious, tarik nafas! Lepas! Kepada yang sudi, bacalah, tak sudi pergi kau menangis disana๐
๐
.
Kita dah pun melangkahkan kaki masuk ketahun 2017..Selamat datang 2017..Tahun baru masihi, tapi nanti mesti ada pulak yang bakal berkata, eh! buat apa sambut tahun baru, tahun baru kita 1 muharam..bukan 1 Januari..Ya, betul aku tahu tahun baru umat islam 1 Muharam, tahun baru hijrah, semua orang tahu, tapi tak salah rasanya untuk kita ucap selamat tahun baru 2017, sekadar untuk mengingati tentang betapa pentingnya waktu, bukan untuk bersuka ria, berpesta bakar mercun bagai dan lain-lain perkara yang lansung tidak bermanfaat. Selagi ia tidak bercanggah dengan syariat islam, rasanya tak salah..
Lagi pulak kita semua pun sedia maklum tahun masihi ni digunakan untuk menentukan musim sekolah dan juga aktiviti manusia. Semua yang Allah jadikan tidaklah sia sia, Tahun hijrah dikira berdasarkan peredaran bulan..bagi aku tahun masihi juga ada hubungan dengan kita umat islam, sebab tahun masihi pula dikira berdasarkan peredaran matahari.. bukankah matahari itu Allah yang jadikan. dengan adanya perkiraan tahun masihi ni dapatlah kita kenal musim, musim panas, musim sejuk, yang mana sangat sangat berguna untuk aktiviti kita manusia..
Tahun lepas masa kita melangkah masuk ke Januari tahun 2016, anak anak baru masuk sekolah, Terasa seolah panjangnya masa yang bakal kita lalui sementara nak sampai penghujung tahun, tapi pejam celik pejam celik, dah sampai pun penghujung tahun, dan dah melangkah masuk ke 1 Januari tahun baru 2017. Macam tulah jugak tahun ini, harini 1 Januari, terasa seperti sangat jauh nak sampai ketahun depan, tapi percayalah..masa akan berlalu dengan pantas sekali, allahu, jauh dilubuk hati terasa sangat takut..setiap tahun terasa semakin sukar..
Ya, Tak salah mengingati kedatangan tahun baru supaya kita lebih mengambil berat tentang masa. Malah ianya menjadi tuntutan kerana Allah sangat tegas tentang masa, telah jelas disebut dalam AlQuran surah ringkas tentang masa. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka juga berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran (Al Asr 1-3).
Semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang dalam kerugian itu, walaupun kelihatannya memang seperti itu..๐ฅ๐ฅ, semoga tahun ini aku lebih bersedia untuk segala kemungkinan.. Semoga aku mampu berubah untuk menjadi lebih baik dan solehah, Semakin bertambah tahun, semakin meningkat umur, dan semoga amal jugak bertambah seiring dengan usia..
Pesanan untuk diri sendiri dan untuk semua..
Semoga tahun ini kita lebih sihat, lebih soleh dan solehah, lebih kaya dan berjaya, semoga 2017 lebih bermakna untuk kita semua..
Aamiin Allahumma Aamiin...
Welcome to my simple blog..Laman ini kujadikan teman dan tmpt aku berkongsi cerita suka dan duka juga untuk aku share resepi aku yg tak tersave dek otak ni, atau dalam bahasa lainnya DIARI aku versi Alam Maya, namun masih boleh dibaca oleh sesiapa jua. Segala yang tercatat disini akan kusimpan sebagai kenangan aku dimasa depan. Kepada yang singgah, Syukran aku ucapkan. Mohon maaf sebarang kekurangan, Yg baik dari Allah dan yg buruk adalah kelemahan aku sendiri, Moga ada manfaat untuk semua.