Assalamu'alaykum rakan blog,
Wah, penat cuci sawang ni..lama sungguh tak jenguk sini, kalau ada anugerah orang paling malas update blog sedunia, mungkin aku layak jadi juaranya..hmm!
Tujuan teringat nak update blog hari ni sebab nak save resepi gulai itik yg aku buat Ahad baru ni. Kalau tak simpan confirm bila nak buat lagi dah tak ingat resepinya.
Aku tak pernah masak gulai itik, umur dah nak masuk 40 inilah baru pertama kali masak, fuh! nasib baik sedap..tak sangka sedap sangat. Mungkin inilah hasil kalau masak dari hati..mak mentua, sibulat dengan encik zul makan sungguh, berbaloi masak, hilang letih tengok depa makan.
Encik Zul aku ni memang gemar dgn gulai itik. Rajin jugak kalau jalan2 cari makan kami cari gulai itik kawah. Kadang2 makan kat kulim, kadang2 area Bukit Mertajam. Pendek kata truly kampung boy la dia ni..mcm2 makanan exotik dia makan..tapi setruly truly dia, truly lagi aku sebab dia tak makan tapai dan tempe..aku makan, favourite lagi tau!
Itik yg aku masak ni aku tak beli, mak mentua aku yang bagi, tak tahu pulak aku abang ipar aku ambik kat mana..Orang kata itik ni hanyir tapi alhamdulillah aku masak ok ja, lansung tak hanyir, aku cuci dgn tepung gandum dan limau. Rendam bg lama sikit daging itik tu.
Eh! Panjang pulak mukadimahnya, jomlah tgk resepi ni, aku tak pandai masak jadi resepi ni aku google untuk dapatkan idea..tp bila google tgk ada resepi yg simple sgt dan ada pulak yg susah sbb banyak bahan2..jadi aku ubahsuai ikut apa yang ada dalam petiais aku.
Bahan-bahan:-
2 ekor itik- dipotong kecil
Ubi kentang 7biji
Bahan untuk menumis:
Minyak masak
rempah tumis 4 sekawan (k.k.manis, cengkih, b.lawang, buah pelaga..)
Bawang besar 2biji- dihiris
Bawang putih 10ulas-dihiris
Halia seinci- hiris memanjang
Rempah kari daging 4senduk
Rempah kurma 2sudu makan
7tangkai cili kering-kisar
kunyit hidup seketul-kisar
Lada hitam 3sudu- kisar
Bwg besar 2biji- kisar
Bwg putih 15ulas- kisar
halia seinci -kisar
3 tangkai daun kari
3 btg serai - titik
Sedikit gula melaka
Kiub ayam 1ketul (optional)
santan pekat
Asam keping 3
3 sb kerisik,garam dan gula..
|
Aku masak guna Pressure cooker ni, gambar ihsan gogle |
cara-cara:-
On kan pressure cooker dalam mood stir fry..bila periuk dah panas masukkan minyak, tumis serai, bahan2 hiris dan rempah 4 sekawan hingga kekuningan, kemudian masukkan rempah daging dan bahan2 kisar tadi..tumis sampai wangi. Oleh kerana aku guna pressure cooker tak perlu aku tgu rempah pecah minyak, terus masukkan daging itik yg dah dicuci bersih, ubi kentang dan tambah sedikit air jika perlu..kemudian offkan mood stir fry dan aku setkan mood high pressure 25 minit, biarkan dia..tak perlu nak kacau lagi..
Selepas 25 minit periuk akan bgtau itik dah empuk, keluarkan semua wap dari periuk baru dapat buka tudungnya..kemudian onkan semula stir fry dan masukkan asam keping, santan, kerisik dan gula melaka. perasa dgn garam.
(aku letak tomato cherry dan beberapa biji cili padi sbb ada stok dalam peti ais)
Siap untuk dihidang..
Untuk yg masak dengan dapur gas, rempah kena masak sampai pecah minyak dan itik kena masak lama sbb daging itik agak liat..
Aku tulis detail cara nak gunakan pressure cooker tu sebab mana tau jika satu hari nanti aku dah tak ada, anak2 aku boleh tgk kat sini untuk rujukan mereka. Masa aku ada tak nak belajar..takut nanti bila aku dah tak dak periuk tu depa letak muzium..!
Inilah rupa gulai itik aku. Yummy!