Khamis, 30 Ogos 2012

Rezeki Allah Taala.

Assalamualaikum Ya akhi Ya Ukhti,
Mmm…dah lama benar aku tak jenguk kat sini, Sibuk dgn anak-anak dan kesihatan pun tak berapa nak mengizinkan, Aidilfitri dah 2minggu berlalu, tapi dalam hati aku ni suasana dan mood raya tu masih terasa lagi..Ada sesuatu yg menarik terjadi kat aku kemarin tu yg buat aku tergerak nak menulis hari ni.

So, Kemarin adalah hari pertama aku bekerja selepas cuti hari raya..Aku ambil keputusan untuk puasa saja sbb kalau aku tak puasa pun bukan aku keluar makan..maklumlah bukan senang nak berjalan ke café..aku lebih rela menahan lapar daripada nak menahan kesakitan untuk berjalan ke café. Lagipun sementara syawal masih ada ni apa salahnya aku grab peluang nak cari pahala kan..bukannya selalu pun boleh puasa 6.

Di sebabkan kemarin first day kerja, jenuh la aku housekeeping mail box aku..cuti lama kan.. bertimbun mail sampai beratus-ratus, Kena la baca one by one..bukannya boleh nak delete terus..takut2 nanti terdelete mail yang penting pulak..
Dalam byk2 mail tu adalah 1 email tu, iaitu café kat tmpt keja aku buat promosi raya, promosi ketupat,rendang, lemang dan lain2 lagi la..Tak tau la kenapa bila tgk saja gambar ketupat tu rasa punya la teringin, terliur macam nak makan time2 tu jugak..teringin tahap gaban la kira. rasa macam sedap sgt ketupat yang aku tgk tu..padahal aku tgh puasa tu..lama aku dok belek gambar ketupat tu..sedap sungguh kalau dapat makan..padahal ketupat saja pun..lagipun bukannya aku tak pernah makan..Ni la gambar ketupat tu yg aku maksudkan tu..


Masa tu baru la aku tau macam mana perasaan org mengidam makanan..
barulah aku faham kenapa mak siPekan sanggup biarkan dirinya di telan batu belah semata-mata hanya kerana terkilan tak dapat makan telur tembakul. Padahal Pekan tu budak lagi apa salahnya siemak beralah dgn budak kecik tapi kerana hampa tak dapat makan..
terkilan tu mengatasi segala-galanya..matilah mak Pekan tu..Eh! apa aku merepek ni..bukannya cerita batu belah yang aku nak cerita kat sini, tapi..jom kita pikir sejenak, walaupun cerita tu cerita dongeng  mesti ada sbb mengapa cerita tu di ‘create’. Ada pengajarannya yang boleh kita ambil kat situ..

Ok..berbalik pada cerita aku..masa aku tgk gambar ketupat tu lbh kurang dalam pukul 3 mcm tu la..so sementara nak tunggu sampai 7ptg time aku habis kerja, aku asyik teringat jerk kat ketupat..bukan sbb aku lapar tau..kalau aku lapar mesti masa aku tgk gambar mee
kari member aku kat FB aku teringin gak..mee kari pun one of my favourite gak..tapi aku tak teringin pun..biasa2 saja la..

Time nak balik pun tiba, Ada sorang kawan aku ni aku panggil dia KakTi, dia kerja shift tak sama ngan aku, kalau aku pg dia malam, kalau aku malam dia pagi, Tapi kami buat kerja yg sama, senang cerita sama jawatan, so apa2 kerja aku yang tak complete aku akan passdown kat dia la suruh dia tolong complete kan..mmg tiap2 hari time nak balik kerja aku akan jumpa dia, kakti ni selalu bawak makanan kat aku, kadang2 kuih, yang paling selalu dia bawak untuk aku cucur jawa, sedap. pandai dia buat cucur jawa, susah nak cari orng muda yang pandai buat kuih tradisional zaman sekarang ni. So, hari ni pun time nak balik dia bagitau aku dia ada letak makanan kat locker aku, dia pesan kat aku jgn lupa ambil, Aku tengkiu jer kat dia, aku kata macam tau-tau jer aku puasa, at least bila dah bagi makanan tu ada jugak benda aku nak berbuka dalam perjalanan sementara nak sampai rumah..kalau tak berbuka dgn air kosong saja la jawabnya..

Sampai time berbuka aku pun buka la Tupperware tu, terkejut beruk aku bila tengok dalam tupperware tu ada ketupat..hmm..beruk pun tak terkejut macam aku…Ishh..rasa macam tak percaya sbb yang tu la yg aku teringin sgt tadi..aku rasa sepanjang hidup aku ni la first time
apa yg aku nak on the spot di makhbulkan Allah..hari ni nak hari ni dapat…Tu yang aku kata rezeki Allah taala..Siapa tahu..Aku sendiri tak sangka..masa makan tu rasa nak menangis pun ada…terharu dan bersyukur sgt2..Mungkin untuk orang lain apa yang aku cerita ni takde pape pun..tapi bagi aku..entahlah tak reti nak explain cemana perasaan aku tu…besar sangat rasa rahmatNya ke atas aku..

Tu baru kat dunia kan…Kat Syurga nanti macam mana la…Alim ulama kata kat syurga nanti apa saja yang kita inginkan semua datang dengan sendirinya…kalau dok bawah pokok teringin nak makan buah dari pokok tu tak perlu bersusah payah nak panjat ker kait ker..
Dahan pokok tu sendiri akan turun terjuntai cari kita…mmg tak dapat di bayangkan…
Alhamdulillah sebab syurga itu sememangnya milik kita umat Muhammad. Amin..

Ahad, 19 Februari 2012

If the beloved were among us



Tersentuh hati bila mendengar lagu ini, alunan muzik yang sungguh indah.Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat nabi kita Muhamad S.A.W.Amin....

Sabtu, 18 Februari 2012

Catatanku

 Assalamu'alaykum Teman Blog, Dah lama aku tak menjenguk ke laman maya ku ni. Mak yang pi ke Mekah pun dah pulang ke tanahair dengan selamatnya. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi. Cuma keadaan kesihatan dia tak berapa baik seminggu dua lepas sampai Malaysia hari tu. Asyik on off  demam dan batuk sampai satu tahap kena admit 4 hari kat hospital sebab doktor kata blood pressure very very low. Lepas tu doktor suspect ada jangkitan kuman lak kat paru2. Memang nampak dia tak bermaya langsung dengan makan tak mau. Sensitif dia pun lebih sejak balik ni, mungkin mak rindukan tanah suci mekah kot. Maklumlah dekat 50 hari kat sana kan. Entah macam mana lah perasaan dia, bila dengar perkataan tawaf ker saie ker atau dengar apa² saja yang berkaitan dengan haji air mata dia tertumpah la..tapi Alhamdulillah makin hari keadaan kesihatan dia makin bertambah baik.

 Itu cerita mak, Cerita aku pulak macam mana.. Aku melangkah masuk ke tahun 2012 ni dengan keadaan sakit aku yang semakin serious, dalam bahasa orang putihnya my pain is getting worse. Rasa tak berdaya dah..kalau dulu aku guna perkataan tak larat, tapi setara mana tak larat pon aku masih pi kerja jugak, masih buat kerja² rumah jugak tapi slow slow la...ikut kemampuan aku..nowday aku rasa dah tak daya. Aku guna perkataan ‘tak daya’ sebab perkataan ‘tak larat’ tu dah tak tepat untuk nak guna dah..kat rumah pun kadang2 sampai tak mampu nak jalan, apatah lagi kat tmpt kerja, koleksi MC aku semakin bertambah hari kehari, Bulan1 ja tak sampai pun 10 hari aku pi kerja...aku kadang² kesian kat diri aku sendiri..Orang lain kalau sakit sama macam tahap aku, dah tak buat apa² aku rasa, baring jer atas katil. tapi aku tak mau macam tu, Aku takut kalau aku tak bergerak sendi² aku akan lebih mengeras dan kaku. Macam yang doktor kata takut nanti aku tak boleh jalan terus macam sesetengah pengidap RA yang lain. So, aku pun sedaya upaya mengaktifkan diri sebab tak mau jadi macam tu.

Walau macam mana pun, aku tetap bersyukur..aku tahu semua ni ujian dariNya..Allah sayangkan aku sebab tu dia bagi aku kesakitan ini. Dia sayangkan aku sebab tu dia 'sentuh' aku. Semakin hari aku rasa makin dekat denganNya..Dia tak nak aku lalai..Kalau dulu aku adalah antara manusia yang lalai jugak...Tapi Alhamdulillah..semakin hari aku semakin di pandu ke jalan yang betul..Dalam keadaan aku sekarang ni kepala aku dah mula fikir nak apply socso..Walaupun benda tu dulu sedikit pun tak pernah terlintas difikiran aku, tak pernah terfikir pun dalam kepala hotak aku ni dulu yang aku ni akan berhenti kerja sebab apply socso..sedih sangat…

Kalau ikutkan hati dan nurani aku ni..aku mmg tak mau resign, dah lama aku kerja kat sini..dah jadi darah daging..Dah sebati ngan hidup aku. Aku sayangkan kerja aku, environmentnya lebih² lagi kawan-kawan aku..kami semua dah macam 1 familyMy Intel My life la kiranya, Intel dah jadi macam rumah no2 aku, Walaupun dulu kawan² selalu kata hospital tu rumah no 2 aku tapi bagi aku tmpt kerja aku ni la rumah nombor 2..Betapa sedihnya akhirnya aku kena mengudurkan diri jugak..walaupun aku sebenarnya seorang pekerja yang sangat berdedikasi..cehwah! hahaha....hmm pernah jugak suarakan hasrat hati dekat bos nak berenti tapi dia menolak, sampai sanggup bagi aku pembantu, aku tak perlu jalan banyak dia kata..hanya siapkan kerja dekat work station..yang lain biar orang lain yang uruskan..sampai macam tu sekali bos aku tu..hensem tau dia...Alex nama dia..hmm..

Korang semua doa-doakan untuk aku ya, semoga aku dapat socso ni..dari aku resign buta jer..at least kalau dapat ada gak rezeki aku untuk beli ubat lepas berenti nanti..Namun, semua tu hanyalah plan yang berlegar-legar dalam kepala  aku buat masa la ni..aku hanya mampu merancang Allah jua yang akan menentukan semuanya..mana tahu dalam tempoh 2 atau 3 bulan lagi sakit aku berkurang dan aku boleh bertahan dapat aku kerja balik ceria dan gembira seperti dulu……


Aku setia hanya padaMu,
Esok dan lusa bukan milikku
Oh! Tuhanku......