Isnin, 13 Oktober 2014

Tami, berlari-larilah kesyurga

Hari ni sekali lagi cerita sedih ini terjadi, sangat sedih..Tami dah pergi tinggalkan aku, sungguh tragis cara kematiannya..dia mati digigit anjing, tak sanggup aku nak ceritakan lebih2.

Aku tak ada kat rumah hari ni, menghadiri kenduri, kemudian terus ke tesco dan pasar malam Alma, kebetulan adik Mila yg dah lama aku tak jumpa nak datang rumah, terus lajak pi ambik dia, bila balik rumah hari dah malam, tengok2 Tami dah kaku kat ruang dapur, yg paling sedih dalam kesakitan amat dia berusaha masuk dalam rumah untuk selamatkan diri..sungguh seksa cara kematian dia.

Maafkan kakak Tami, kakak tak dapat selamatkan Tami, kakak tak ada waktu Tami perlukan kakak..kakak sedih sangat..yang paling kakak terkilan Tami ketagih nak makan dryfood, dah 3hari dryfood habis kakak tak pergi beli, tiap2 hari Tami pi tengok mangkuk tu, kosong..kesian Tami..harini kakak dah beli bwk balik, tapi Tami dah tak ada..huu
Patutlah semalaman semalam Tami tidur lena atas cat tree yg baru beli tu, rupanya Tami buang tabiat.

Aku langsung tak ambik gambar dia, aku tak tergamak dan kalau boleh nak lupakan terus cara dia mati tu. Tak mahu lansung ada kenangan..aku harap sangat biarlah ini kali terakhir kucing aku mati akibat digigit anjing, janganlah ada lagi lepas ni..YaAllah dengarlah kata hati hambamu ini..

Kakak sayang Tami Lillahita'ala, kakak sayang Tami dunia dan akhirat..berehatlah Tami dengan tenang..Damailah Tami disana..kakak sedih sangat, tiada kata dapat gambarkan kesedihan kakak..tapi kakak redha..berlari2lah kesyurga sayang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan