Rabu, 8 Oktober 2014

Bihun Sup Tulang

Assalamu'alaykum teman blog,
Hari ni dah 13zulhijah, sungguh cepat kan masa berlalu..Hari raya korban tahun ni aku beraya rumah mak mentua, seronok jugak bila sesekali berkumpul ramai2 dengan adik beradik ipar. Biasanya raya korban aku terperap saja kat rumah sebab Zul akan bantu org sembelih lembu dekat masjid, tapi tahun ni dia tak pergi jadi kami balik kampung.

Oleh kerana tak ke masjid, secara tak lansung kami tak dapat agihan daging korban tahun ni, sup tulang yang aku buat ni hasil donation dari abang sepupu aku.
Abang pian aku ni tiap2 tahun ada orang sponsor dia kaki dan tulang lembu, tahun ni dah takdak sapa nak masakkan untuk dia since kak leha aku dah tak ada, jadi dia pass la segala tulang dan kaki kat batu jemala aku..

Banyak aku masak, satu periuk besaq, Zul pulak tak boleh balik semalam, pagi ni pun dia tak sempat makan jadi dia bungkus ja bwk bekal..banyak jugak aku tgk dia bawak..apa yg seronoknya tak sampai sejam keluar dia call balik dia cakap sup sedap sangat. Tiada apa yg lebih menggembirakan hati seorang isteri bila suami sanggup call semata2 nak bgtau masakan isteri dia sedap..tak cukup pulak tu katanya..kalau kat rumah boleh tambah..seronok tak terkata aku, biar seribu orang memuji tp tak sama dgn suami sendiri puji..feeling dia lain..dan dan rasa berbaloi penat aku memasak semalam..

Sup ni memang banyak, kalau harap kami jer makan memang tak habis, jadi semalam aku jemput sepupu aku cikman anak beranak mai makan, sekali dengan tukang sponsor tulang ni, sapa lagi kalau abangpian aku. Seronok sungguh tengok depa makan. Alhamdulillah rasa bahagia sangat bila dapat gembirakan orang lain walaupun dengan hanya menyediakan makanan untuk depa..lebih lebih lagi keluarga sendiri..

Kali ini aku tak sertakan resepi..hanya gambar sbb nak letak resepi mcm mana pun aku tak tahu sebab aku buat banyak. 1periuk besor..besar sangat. So semua main campak2..tak cukup adjust. Tak cukup lagi adjust lagi..sampai cukup..kira ni sup tulang versi hentam sajalah, rempah kurma pun aku letak sbb sup bunjut ada 1 saja..tak cukup..lagi satu yang special kali ni aku guna bawang goreng homemade. Memang sedap. Len kali confirm tak nak yg readymade dah. Yg homemade jauh lebih sedap. Kesian mak mentua aku, aku dera dia kupas bawang..ampun ya mak!


Bawang goreng homemade yg sangat marvelous.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan